kawan2:

Saturday, March 31, 2012

alhamdullilah bertemu jua..



alhamdullilah,akhirnya aku sudah ketemu jua dengan impianku,impian yang dah jadi kenyataan,.
impian kecil untuk orang biasa seperti aku,..tak perlu impian untuk rumahbanglo,melancong ke obersea,beli gelang rantai mas,tapi bagi aku yang hanya orang biasa,impian sebegini sudah cukup untuk menggembirakan aku...mungkin sebab itu amat payah untuk melihat aku dengan aksesori emas....sebab aku memang tak suka pakai aksesori emas,sampaikan cincin kawin pun tak pakai( ceh padahal jari dah gomok ,mana nak muat hehe).

perkenalan aku dengan impian aku ni,hanya melalui alam maya....aku baru mengenali,tapi sekali pandang dah terpaut di hati,lantas aku segera mencari2,dan akhirnya Tuhan makbulkan permintaan ku ,temukan aku dengan cik shida yang menyediakan khidmat menjual berbagai jenis orkid yang sangat cantik..cik shida ni la yang bagitau lokasi nak beli pokok ceri ni dimana,tgk kat sini:





agak-agaknya pokok ceri aku nanti berjaya tak berbuah macamni.....huhu


tengok tu si kecik yang pantang jumpa kamera... dengan impian yang termakbul sudah...

tu dia kelihatan dah bunga-bunga ceri yang akan muncul taklama lagi.....best2

ni la kisah jatuh hati tu,pokok CERI BARBADOS yang telah berjaya aku beli di nursery pokok milik encik shamsuddin di dengkil, mujurla nak mencarinya tak susah,..sebelah medan selera dengkil dan sebelah kedai kayu cina kalo tak silap nama kedai kayu tu yew chuan...dekat dengan dengkil centre point.. aku beli 3 pokok ceri ,tapi bukan tamak....1 utk aku,1 utk ibu mertuaku,1 lagi utk mama ku dikampung.... dan lagi tu pokokkedondong.tapi panggil pokok amra ..haa ciklimah@kekodok bulat insyaAllah nanti berbuah pokok amra aku ni kita leh nyicah kerapla noo...hehe mudah mudahan...

sempat posing sattt...

ni gambar yang di snap oleh leesya...
ni pulak pokok yang telah disangka tak idup ,rupanya idup..siap dah keluar bunga..tapi aku tak ingat nama pokok ubat ni,sebab benih ni ku dapat masa pi kenduri di kuala kangsar tu le....http://aduhaianak.blogspot.com/2012/02/jalan2-kkangsar.html..

akan ku jaga dengan sebaik mungkin pokok2 ni...hehe semangat berkebun menjelma musim2 hujan ni.....mudah-mudahan semangat ini berterusann.......

ni antara kisah pokok ceri barbados ni...




Thursday, March 29, 2012

sajjaaa tkdak kejaaa..

entry sajaaa tkdak kejaaa....

hmm tkdapat jugak pi pasar kemboja impian ku..dah la payah nak merasa off hari ahad di rumah sendiri...owhhh hmm silap aku jugak sapa suruh tak tutup lampu keta..kan ke bateri dah konggg emm alahaiii.... maaf,gambar diatas hanya selingan...tiada berkenaan entry ni...
tq: google 4 the pic

Friday, March 23, 2012

jalan2 penang...

ni kisah kami balilk kampung waktu bulan jan 2012 ,kira ni cuti di tahunbarula,..mcamni la kami ..waktu orang lain sambut tahunbaru ,kami masih keja,dan kami selalunya lewat meraikan sesuatu hanya keran akami kerja syif huhu...kisah kali ni kisah jalan2 penang,oh penang..tempat yang penuh kisah waktu aku kecik hingga 14tahun...sebab lepas pada tu aku dah pindah balik duduk di sungai petani..




ni gerai yang menjadi gerai yang selalu aku kunjungi,sebab popia kat sini sedap sangat ,beza dengan popia tempat lain..tapi zaman aku dulu 1 popia dalam 50-70sen..la ni dah rm1.20 untuk satu ketul popia ni,popia ni basah,pastu leh request kuah dia tau.sedap woo,manis + pedas semua rasa...selalunya cina la yang banyak sekali beli...
tu rupa popia basah ni,gerai terletak di tepi padang brown (tapi sebutannya padang broom) taktau la pulak pasaipa tertukar bunyinya...ia dekat dengan balai polis dato kramat,..

ni choq udang yang turut ada disitu,gerai lagi satu....

tu cara penyediaan popia basah ,..dulu zaman aku pak dia yang meniaga,lani pak dia pun dah arwah. dan diwarisi oleh anaknya pula....popia ni inti utamanya adalah sengkuang ja semata2,,takdak taugeh ,kacang panjang pun...

ni jalan yang ke gerai tu....jalan johor tapi di pulau pinang la...

ni skolah rendah aku dulu,...sayangnya jalanni sempit,.tkleh nak brenti.....

ni umah aku dulu,..aku dok kat berek polis ni la.umahku atas surau,...dulu setiap surat pada setiap umah yang ada ni,akan diletakkan di balai polis dan akula posmen karat yang akan pi kutip surat2 untuk akak aku tu,maklum la peminat ramai ....pastu tiap2 mlm bulan puasa ada moreh,kami akan kira giliran umah mana yang akan wat moreh..pastu dengan itu kami akan dapat agak umah mana yang akan buat menu yang sedap dan lazat..haha...kalo menu yang tk lazat mesti macamliat ja nak pi semayang terawih..gila ..pi solat untuk makan moreh..haha...

dulu aku suka dok kat tembok putih yang kat tiang bendera tu,..aku akan duduk dengan shila(kawanku yang kawen kat kuala kangsar tu)kami dua orang akan kira bpa biji keta,bpa biji moto,bas,,..gila tuii.ntah apa motip nya.hahahahhaha... pastu kat area balai ni dulu ada banyak poko matahari,aku dengan shila selalu akan mai chek tiap pokok,pastu kami akan korek mana2 pokok2 matahari yang dah tua,dan pastu kami bok balik n goreng biji matahari tu tanpa minyak n makan macam kuaci haha! jadi keja sungguh...

ni orang tengah lintas pi komtar,dulu komtar ni femes gilaaa laaaa....

ni masjid kapitan kelling....
ni nasi kandaq beratoq yang kalo mai waktu kemuncak,memang kena beratoq panjangla...tapi aku taktau la kesedapaan dia tahap mana kan....sebab seingat aku ,aku pun tk penah makan kat sini







yang trenbiru kat atas tu adalah tren terbaru,yang merah ni tren yang lama,tapi bezanya laju n lambat sampai je la....


nikasa kami pi bukit bendera....ya la dah lama tak mai sini,nak rasa nek tren baru...aritu dah nak mai,tapi asyiktunda-tunda ja...kat atas ni tk banyak sangat tmpat yang buleh dilawati,..yang ada masjid ,kuil,balai pilis,pejabat pos,hotel kecik,taman burung kecik,medan selera, dan pada pendapat aku harus tambah lagi tempat2 yang lebih menarik utnuk dilawati..setakat nak rasa naik buggy ronda area atas bukit ni bulih la,,lagipun ada tempat pameran yang ada tren gerabak lama pun masih dalam pembinaan semualjadi tkla dapat pusing2 sangat,adala pertunjukkan ular,tu ja...suhu hmm sejuk gak,kira tka peluh la,..tren pulak rasa cepat sangat sampai banding dengan gerabak yang dulu lambat pulak nak sampai...kira yang dulu sempat la kira berapa batang pokok,yang la ni baru nak kira nahh dah smpai pokok yang kat atas...cemna nak kiratu..

ni anakku yang taklekang dengan ello nya..ello-milo....



ni belalang yang dijual kat atas sana,sekoq rm2.....pandai anyam kan,dengan daun nyioq plak tu...

masing2 puas dengan belalang sorang sekoq...

ni waktu tunggu tren.....


ni la corat coret masa jalan pi penang tu,dngan masa yang tk berapa nak ada,gagah jugakla jalan2 kan...bukan senang nak dpat masa yang berharga macamni....hmm lepas ni nak cerita pi pengkalan balak aritu..hokey jumpa lagi...hmm off 2 hari setengah ni nak pi mana haaa.......hidung pun dok shokshrek...adoilaaa,macam nak domam jaa....sapa tak tau bok mai virus ni...rasanya macam teringin nak pi pasar kemboja kat kanchong darat nuuu,tapi hmm taktau la dapat pi ka tak...asyik tunda ja....

Thursday, March 22, 2012

susah senang kita bersama..pengorbanan seorang isteri

sekarang ni kecoh dengan tuntutan pihak indonesia untuk amah mereka yang mahu diberi gaji rm700 dengan rehat 1 hari di tiap ujung minggu(manyak cantik)..
bagaimana pula dengan rutin harian seorang isteri dirumah,?....




Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimahkan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

hmm bukan mudah sebenarnya menjadi seorang isteri,surirumah...apatah lagi yang bekerja,pergi kerja sama-sama,balik kerja sama-sama,..namun kewajipan,seorang isteri tidak akan berhenti dan masih terus membuat kerja di rumah pula setelah seharian di pejabat,..jadi bertimbang rasalah wahai kaum suami...mudah-mudahan susah senang kita bersama biarpun ribut badai melanda selagi hayat dikandung badan....janji yang kita ucapkan sama-sama jangan di lupa dan dimungkiri...

kredit :
http://www.resepirahsiaku.com/2012/03/pengorbanan-seorang-isteri-yang-tidak.html#comment-form

dan gambar sumber google....

Wednesday, March 21, 2012

kisah kenduri ipoh..


ni kisah makan kenduri di ipoh,kenduri ni melibatkan 2 pasang pengantin,yang mana pengantin baju ungu ni namanya ashraf,iaitu anak pakteh ku yang sulung,kira sepupu ku laa..dan adiknya nadia yang pasangan baju kaler kelabu tu...2bradik ni sama comei sama padan...
ingat lagi dulu,bila cuti skolah kami (aku ngan alongku) selalu gak la kami pi cuti2 kat umah depa,..maklumla masa tu depa pun kecik2 lagi,kami pun muda belia lagi hehe....makteh n pakteh ku selalu bawak kami jenjalan,sampai ke lumut n naik feri ke pangkor nuu,tuptup aku plak praktikal di sana n jumpa la hero gomeh aku kat sana,....opps kisah tu nanti la episod len crita
,,,haha.!
dah lama aku tak mai taman pengkalan pasir putih ipoh ni,...dekat 22tahun adalaa...tudia aiii.patot sesattt haha




memandangkan pada hari-hari sebelum aku bz ya amat ,dan dalam tarikh yang sama tu kawan aku pun kawen jugak,jadi aku hanya sempat membuat hadiah hasil kerjatanganku untuk kedua pasang mempelai ini...set frame dan fridge magnet....

ni pulak hadiah untuk adiknya,pasangan nadia dan mi....er aku tak tau la pulak suami dia nama pa...hehe...suhaimi,er azmi kot...hakimi kot..

ni gambar yang sempat aku snap sewaktu aku rilek2 dok di ruang tamu umah depa,...haaa masa ku selalu pi lepak umah depa waktu dulu dengan along aku tu,depa smeua besaq2 ni la,,....bayangkan berapa punya lama masa telah berlalu dengan begitu pantesss ....yang bertudung kuning tu adalah makteh ku dan berbaju melayu kelabu tu adalah adik ayah ku iaitu paktehku...kira ni gambar family belah maktehku la....yang paling tengah tu opah n atok...atok dah lama meninggal,..tapi opah masih kuat dan cantikk...opah n makteh ni pandai masakk woo..yang aku ingat depa pandai buat donut..lembut sekali..kira apa yang depa masak memang sedapla...

sama cantik sama padankan..

ni pasangan sherashi bershame....
masa ni ngantin laki tengah nak nyanyi lagu ke pintu kasih-fotograf..buley tahan suara....

ni hantaran yang jarang2 sekali aku tengok,kreatip betuiii..kacang2 manis leh bentuk cemni..hebat2..

ngantin pompuan yang sempat posing jap dengan produk ku..hehe

tuuu dia,,gaya......phehhh .penuh perasaan




posing skit...
ni anakku dengan anak makchaq aku,yang kebetulan pakai baju sama..haha

posing macam cover cerita misteri...(sebenarnya aleesya tak moodd)

tu aleesya dok dengan beradik-beradikkk...gaya sepit tu yang mahai...

ni barisan anggota keluarga belahku,tudung purple makngahku,pastu maksu ku,makngah upm ku,makchikku,dan anak2 maksu ku yang dah besar remaja....
ni adikkku dengan pasangan duet dia hahahahahha...sporting gila pakcik ni,nyanyi,nyanyi,nyanyi.....aku pun sbenaqnya nak nyanyi gak,,tapi takot satgi orang tak tengok ngantin orang tengok aku haha...penyanyi wanita bersuara rock kapak!
ni klip rambut yang aku buat khas untuk anakku......yela nakbagi 1 set dengan baju hehe....kalo berminat leh pi kat sini yeea kawan-kawan...craftkami .
sesekali bertemu sanak sedara rasa meriah giler,imbas kembali zaman dulu kat kampong ,bila semua pakat balik semua kelah kat bendang belakang umah waooo beh nyaaa...tapi smeua dah tingggal kenangan yang memang amat mustahil untuk terjadi lagi.....masa nak kenduri ni la kita nak jumpa adik beradik,yang mana kecik2 dah besar..dan barula aku tau aku makintua dah huhu.....oww macam tak caya kan..tapi tu la hakikatnya....hmm
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers