kawan2:

Tuesday, February 28, 2012

giLAAAA PUNYA OrANG!

APA punya manusia!
GiLaaaaaaaaaaaaa
agak2 la nakbuat sabotaj pun...
jgn jadikan insan2 tak berdosa ini sebagai mangsa..
moga pengasuh yang buat camni kena tindakan yang berat!
aku sokong!



kesian budak -budak tu.....

Friday, February 24, 2012

jalan2 k.kangsar


ni kisah jalan2 ke kenduri kawanbaik aku sheila,sheila ni kawan aku masa zaman berek polis dato kramat dulu,,,usia kami sama,cuma masa skolah menengah aku jadi muda setahun sebab aku kan kena kelas peraslihan sebab sekolah cina kan...yela sgt muda,padahal aku yang lambat setahun blajar dari orang yang seusia dengan aku hehe....sheila ni nama glamer dia sheila mat senyum,sebab ayah dia dia suka senyum ja ,jenis tak cakap banyak...aku dulu dok tingakat satu,umah dia tingkat 3....tapi kami selalu main sama2,kira satu kpala laaaa....so kenduri aku dia mai,takkan kenduri dia aku tak pikan..macam tak aci la kan....

masa ni sheila diminta menyampaikan sebuah lagu bersama hubby dia,.aaiseyy ,umpama ngantok sorong boh bantai,..apalagi sheila pun nyanyi satu lagu tajuk penawar rindu...pheh dasat....tapi hubby dia malu2 ja....kalo dak buleh duet lagu" sherashi bersamee" kan...
ni aku saja tokok2 tambah,padahal lagu penawar rindu gak...
ni kira abih posing dahlaa,ehehee,dlm usaha nak sembunyikan dan posing gaya ala2 nak nampak kuruihh hahaha...


ni band muzik yang menghiburkan para tetamu yang mai kenduri tu,hebat,....suara makchik yang nyanyi tu tersanGAT la PoWER! kalah budak2 af,....grup ni nama MUZIKAL KLASIK kuale kangsor....semua geng veteran,sempoii...
ni anak aku la,yang posing dengan labu sayong mini....

dah tak larat berjalan,kena dukung la pulakkkk



ni pulak akar kayu yang sempat dicari oleh abahku,biasala bekas polis hutan..abah aku ku cepat kenai pokok2 ubat...ni katanya pokok utk kencing manis,..nama aku pdah lupa.....





selepas pada makan kenduri tu,kami berangkat pulak ke warung @ restoren laksa yang dikatakan femes ames kat k.k tu,punya la teringin nak pi lepas aku try cari apa makanan yang best di kk dlm tenet ,sebab pujian nya kata sedap amat...cari punya cari kami pi la kedai dia yang kat sebelah pizza hut k.k tu,penilaian mula,ok,konsep ok,cara hiasan ok,simple,tapi tula, aku rasa sepatutnya staff dia perlu di train lagi utk layan customer,...sebab restorennya cantik,tapi cara layanan masing ala gerai,...pastu kerusi meja tak cukup...orang penuh,tapi tula kannn,...

ini yang aku order,dan semua hampir order yang sama,dah kata sedap sangat,tapi hmmm bagi selera aku,kuahnya agak caroiiii(cair)rasa hmm 2* jela,sedap lagi kita buat,....
ni pulak ABC special nya,ni aku belum usik lagi,penilaian pertama dah tak mengkagumkan,so apa pula rasanya....hmm tawar,patotla masa aku baru smpai kat restoren tu,ada plak customer komplen abc tak manis...rupanya tawar...bila komplen alahai dia tanya lak aku nak tambah apa...tambah susu manisla,,tgk2 dia pi tambah susu cair..nak rasa pa dikk oiii....so pada pandangan aku la,,,komen yang aku bagi ni bukan nak jatuhkan imej dia,tapi aku harap dlm masa yang sama pihak restoren ni akan baiki lagi khidmat dan tahap kesedapan nnya...serius 2 * je...so kawan2 kalo korang pi k.kangsar tak RUGI pub kalo tak merasai laksa yang amat femes dikatakan disini....tapi tula kan kita manusia,tekak tak sama,dlm pada tak begitu2 rasanya nya pun orang kuar masuk tak berenti...
soo jumpa lagi di destinasi seterusnya....k nak siap pi trip family day kat melaka pulak.......bye bye...

Thursday, February 23, 2012

AL-FATIHAH,adik faris telah pergi...

AL FATIHAH BUAT ADIK FARIS....

baru semalam berkongsi kisah,..
kehilangan yang amat memilukan buat ibu dan ayahnya...
perginya seorang mujahid kecil,..
insyALLAH anakmu menunggu di pintu syurga...
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi anakmu....
adik faris dalam kenangan.....
* terima kasih pada blog mazidul yang sentiasa memberi perkembangan terkini arwah adik faris.

Tuesday, February 21, 2012

sayang faris...




sayang faris,...
kepada ibu dan ayah adik faris nur daniel, puan zuraini mohd dan ayahnya sharulismawi ismail,semoga tabah dan terus memberi kekuatan buat anakmu utk menempuh saat2 getir ini.....


BARAH DARAH

semoga ALLAH memberi kekuatan pada adik faris dan ahli keluarganya untuk menempuh saat saat ini,...buat kawan-kawan marilah kita menyumbang ke tabung adik faris seperti dibawah:
Maybank 1628-5200-2738 atau 1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).

setakat ini rm16,800 telah berjaya dikumpulkan, masih memerlukan lebih rm30,000 utk bayaran perubatan adik faris,.marilah sama-sama kita doakan moga derma utk adik faris cepat meningkat naik...
* terima kasih pada blog mazidul klik disini utk keterangan lebih lanjut...
AYUH KITA SEBARKAN!!!

Saturday, February 18, 2012

iklan KEK


tumpang iklan:-




tempahan kek coklat lembab

utk kawasan sungai petani dan kawasan sekitar diterima...
sesuai utk dijadikan juadah minum petang atau boleh dijadikan hadiah serta hantaran pengantin.
*bunga boleh request nak warna apa ...
turUt menyediakan:- tepung SEGERA UTK KEK COKLAT

Satu adunan kek akan
menghasilkan kek seberat 1 kg. Cuma tambahkan bahan2 yang simple untuk mendapat kek yang enak,

Tambahkan secawan susu pekat, secawan gula dan secawan minyak. senang dan
jimat.

Resepi untuk topping juga disertakan, makan tanpa topping pun sedap.

harga : RM8-00
untuk pos sertakan Rm5.

Free delivery sekitar Sungai Petani untuk tempahan 5 kotak adunan.
Untuk tempat lain pun boleh buat delivery dengan caj mengikut lokasi.

Gambar adalah kek yang dihasilkan.

BOLEH HUBUNGI KAK MIE DI

TALIAN 019-4798074

Sunday, February 12, 2012

permintaan lagi..




saya tunaikan satu permintaan/ tempahan cecewahhh...untuk membuat agar2 untuk dihidangkan pada jamuan di tempat kerja..permintaan ini dibuat oleh cik bob ,bakal pengantin baru di tempat kerja ku...okla cik bob,saya usahakan,.maka terhasillah agar2 pandan@ agar2 lumot...harap cik bob dan pelanggan yang lain berpuas hati..tima kaceyy..kalo sedap bagitau kawan,kalo tak sedap dok diam2 hahaha...


pemprosesan dilakukan dengan keadaan yang menguji kesabaran kerana keadaan huruhara ,akibat tukang masak yang baru berkecimpung dalam masakan baru sedaq yang serbuk koko pulak dah abih (utk wat kek kukuih dia tu la,excited terlebih),tengah malam baru sedar,hmm dah kompem awai esok nak kena pi cari kat kedai..owhhh malasnyaaa...tapi terima kasih jugak pada kekodok bulat yang sudi dan bersusah payah meminjamkan acuan lompangnya hehe...

bulehla kan,amatur baru,...


dah siap dah,tunggu nak bok pi tempat keja ja...kek kenit tu aku buat untuk tumpang kenduri....


dalam pada tu,nasi tengahari utk encik bosz kena la masak gak,mana leh lupa weii,..so masak simple2 jala,..ayam masak merah,kobis goreng kunyit n nasi kuning,,,.....kalo lupa yang ni kalo,..kompem aku kena gam dah tak leh masak2 merapu hahaha.....
ok la,jumpalagi noo..
byk lagi nak crita...babai






Friday, February 10, 2012

kek coklat kukuih

suatu pagi di hari jumaat:-
anak: ibu,huhuhuuu,..
ibu: la awat....pasaipa gheyau ni...
anak: aleesya nak ba dei tu yuuuu..ibubuat la badeiii to yuu ibuuu....huuuhuuuhuuu
ibu: adoi doiii,ya la ya la satgi ibu buat...
anak: topong dah beli ka ibu?
ibu: ada,ada ibu dah beli topong...
1 jam berlalu...jengjengjeng....(pheh nasib beik menjadi kek ibu kalini,kalo kek ni dibakar guna oven kompem belum jadi hahaaaaahaa....)
anak: wahhh.cantiknyee kek (la buleh plak sebut kek,aduhaianak,aduhaianak.) ni ibu....pandai ibu buat,hmm sedap la ibu..
ibu: oh yeahhh,itu yang ibu nak dengaq,hehe....pandaiii anak ibu,....(kembang la sat...)

ba dei tu yuu: sebutan utk kek birthday to you
topong: tepung

alhamdullilah menjadik...merekah umpama apom gitew!

posing sikit....

pek utk jiran dan kengkawan....

apa? nak amik tempahan? ...hehehe sat sat....ilmu tk mantap lagi.....ni pun nasib beik ja...haha..
terima kasih pada tukang bagi resepi...along@kakmie salah seorang yang baru berkecimpung dalam bidang tempahan kek2 di sekitar sungai petani...terima kasih terima kasih....
resepi ada disini,...ala resipi mudah ja...klik disini yeaa...

Monday, February 6, 2012

waaaaaaaa,best nyee tima kasih kizzz...

ohh alhamdullilah,
saya nak ucapkan terima kasih pada cik kiz kerana telah mereviewkan blogku di halaman blog nye...
kerana ini adalah kali pertama blogku ini direviewkan,ohh toce toce,tq ya...
terima kasih juga kerana telah memilih blog saya sebagai pilihan utk direviewkan..
oh saya sangat menghargainya itewww...
.dan atas rasa terima kasih saya akan hadiahkan sesuatu utk cik kiz,so andai cik kiz terbaca atau sudah baca emel saya plezz balas emel saya k...
terima kasih kepada mereka yang susah payah mai melawat saya noooo...
maaf sebab baru berpeluang on9 sebab baru balik dari makan kenduri di kuale kangsar..
jumpa lagi di episod akan datang,bupbyee....
kepada sesiapa yang bulom mengenali siapa cikkiz yang aku maksudkan,sila klik sini naaaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers