kawan2:

Saturday, June 30, 2012

hari BERSIH...

PRENGGGprengggggg prenggggg,,dengan bunyi meisn rumpot itulah telah membuatkan seluruh penduduk umah no.13 telah cargas,(kalo dak asyik tergolek ja haha) bunyi tu adalah wajib bagi tiap2 bulan.lihatla,kawasan umah yang dah bersih,legaaa aiii tengok keliling dan bersih dan bebas dari lalang n kemucut ...phehhhh bila dah clear macam ni baru semangat nak menanam lagi,..

lega aiii,...pokok pun lama dah tak peduli....


tengok tu aleesya dengan aqif punya seronok lari sana sini dengan nome (kucing sesat) kat umah kami tu,...

kelihatan berlonggok beg2 daun kering hasil pemeraman selama hampir 2 bulan hehe....

dalam pada tu sempat jugakla buat puding zebra utk jiran sebelah kak yah yang akan buat kenduri kesyukuran sempena dapat cucu sulong esok,tapi esok kami tak dapat hadiri,kami kena pi kenduri sedara di bidor nuuuu...
okla nak siap2 makan tengahari n pi keja pulakkkkk....
lepas ni nak tanam pokok nangka pulak rasanya,,benih mai dari sungai petani,.....

Saturday, June 23, 2012

ceri barbados


kisah pokok sekitar rumah yang dah lama tak dienteperemkan,kisah my ceri barbados yang berbuah buat kali ke2,...kalo buah sulung 2biji,kali ni 6 bijik! sangat hebat pokok ku ini,mungkin selesa dengan pasu agak luas sket....(maaf pokokku,tuanmu ini sangat perlu merancang kerana banyak sgt komitmen huhu!nak tukar+tanah pun perlu perancangan...)berikut kelihatan pokokku yang begitu menarik kerana ada buah merah yang bergayut....


ni sewaktu masih belum masak.....hijaooo gtew!

khasiatnya:-
  • Pokok ceri Barbados juga dipanggil sebagai Malpighia emarginata, Acerola, West Indian Cherry dan Wild Crapemyrtle.
  • Pokoknya selalunya membesar sehingga 2-3 meter dan kadangkala mencecah 6 meter.
  • Buahnya kaya denga vitamin C.
  • 100gram buah ceri barbados = 1677.6mg vitamin C
  • Buah ceri barbados mengandungi 32x vitamin C lebih banyak dari jus buah oren.
  • Khasiat perubatan: buahnya boleh memberi manfaat kepada pesakit hati, diarrhea, desentery, batuk,demam dan sakit tekak(jusnya dikumur untuk melegakan sakit tekak) .
  • pokoknya boleh dijadikan pokok bonsai.

* tq to http://erieq.blogspot.com/2010/04/makan-buah-unik-pulak.html

rasanya? mmmmm maSAMMM...hehe


Friday, June 15, 2012

bird besar,...

sat lagi insyaallah kami akan terbang pi langkawi,...
aleesya kata kita nak pergi tempat bird besar ke ibu,?
ya anakkkkkk.....
mudah mudahan percotian bajet kita ni akan berjalan lancar...
Ya ALLAH Ya TUHANku,
lindungilah perjalanan kami ....
jumpa nanti yaa..

Thursday, June 14, 2012

photoshoot enibesary kami...

kisah yang ni pulak pasai cerita phoshoot enibesay kami yg genap 5 tahun 27 mei lepas,hehe...jadi untuk menampilkan kelainan,kami telah memilih gaya unipom keja kami yang tak asing lagi (jimat2,tkpayah nak sewa2 baju gon kembang-tu pun kalo ada saiz la kan) lokasi pada mulanya aku tak bpa nak setuju,tapi atas pujukan rayuan puan @cik bugs aku pun ok ja la,...walaupun dalam hati dupdap dupdap jugakla kan...almaklumla yang nak pi shoot ni bukan pengantin baru,tapi pengantin lama dengan anak k...
maka kami telah ke lokasi yang tak jauh sangat maklum la bajet,banglo tinggalan yang terletak berhampiran kelab golf sungai petani,dikatakan banglo kediaman pegawai daerah yang dikatakan dibina sebelum merdeka,(gulp....)
masa sampai-sampai tu kami baca doa dulu,...ya itu sudah mesti sebab kita ni mai bertandang umah orang harussnya berdoa dipermudahkan segala urusan..
keadaan rumah adalah sangat bersih dan sangat kelihatan kukuh pada kayu-kayu dan senibina dalaman nya,...
maka sessi photoshoot dilakukan .....dengan model kecik yang baru bangun tidoq (mood tak bpa baik,yela letih sambut besday mlm tu tak abihlagi) dan ditemani pishah pembantu setia....
jengjeng jenggg.....

konon2 cover majalah maskulin hahaha!

konon konon lagikkk haha.....

ni gambaq kat tingkat atas hall rumah banglo tu,luas wooo,..lihat tu,model kecik yang muka masam....
ceh cehhhhh..yela baju dah ok,nak amik gambaq ala2 schawal pun ,masalahnya yang model wanita tu takdak saiz kebaya yang celuih/muat hahaha..

hero gomeh lagik....

dan lagikk...

gaya leftenan adnan....

dari jendela....

tang pintu pun boleh posing gak....

ni kat kawasan tangga...model kecik masammm


model kecik yang macam baru bangun tidoq,..(memang pun baru bangun n takmandi haha)

gambaq yang harus ada,gambaq loncat...
macam kat bawah ni,,....gambaq kat banglo jugak,...tapibanglo ni dah roboh..

ni pemandangan dari luar banglo tu...


besaq woo umah ni,..
sekian saja antara gambaq2 yang dapat dipertontonkan buat tuang2 dan puang2....
terima kasih pada cikbugs @along aku,pishah, dan ryan yang sporting dan aleesya yang tak meragam .....semoga 5 tahun lagi model wanita tu kuruih sikit haha....ntah ntah bukan kuruih sikit tapi gumok banyak haha....jumpa lagi...daaaaa

Wednesday, June 13, 2012

last-tamat


kira last dah ni ,
sila jangan bosan (sebab inikan blog saya,...suka ati saya la kannnkannn... haha)
penutupan edisi bsday anakku,...


aksi-aksi aleesya bila dah bosan(munkin sebab banyak sangat sambutan tahun ni,dah malas nak bagi kejasama).

aleesya dengan kek yang dibeli oleh ayahnyee....

gambar dengan ayah yang wajib ada....

ni kenangan masa aleesya sambut hari lahir 1 tahun.....(ayah pun kuruih lagi haha)
tunggu pulak lepas ni gambaq enibesari ayah ibu dia...

Saturday, June 9, 2012

adalagi....

kisah yang masih tak sudah...
adalagi cerita sambutan bsday anakku ni,..kira sangat bertuah dan meriahla kalini,...yela umi & family susah payah buat suprise party kat mcD kota warisan pada 31 mei aritu...sangat terima kasih.....


ni yang aku sediakan,yela last menit dapat tau,apa lagi jenuh gak la pagi2 dah pi kedai ,...nasib beik ibu reti wat kek cekelat ...haha....tu ja yang reti ponnnn....


jadila kan daripada takdak pa nak bawak....



aleesya dikelilingi umi,abi,ibu zan dan kawan2 yang lain...

umi tengah menulis ucapan di kad besday...

ini kek yang di request aleesya sendiri,kek ni abg hasraf yang buat tau!....sgt sedap,pandai sunggoh (tk macam aku asyik2 kek cekelat ja reti haha)rupanya aleesya yang mintak kek robot ni,aduii yai sangat kontra dengan penampilanmu nakkk (patotla si ibu tercengang tengok awat kek ni corak robot,bukankah anak ku itew perinsessss haha)....




ni pun umi yang sediakan....hadoiii terhutang budi sunggohla....

siap dekorasi belon2 ....

tu ayah dah tersandar....

pasangan dua sejoli yang happy sedia2....



aleesya potong kek dengan abg hasraff ...

ni rupa mcD kat kota warisan,....aku pun first time mai sini,tempat baru la katakan....
hai anak ....sungguh bertuah kamu...
sentiasa dirai,disayangi,dimanjai....
munkin semua ini dapat menampung kembali masa-masa lalu yang ibu terhutang padamu naaakkk...
tak siapa ingin berjauhan,..
namun keadaan yang memisahkan..
tapi kini kita kembali bersatu,..
kerana tuntutan kerja dan kebimbanganku meningalkan kamu pada sembarangan orang.....
biarla semua jadi kenangan yaaa....
aduhaianak kisah kenangan kita..cecehhhhh....



Monday, June 4, 2012

motivasi



edisi motivasi utk diri sendiri:-
hang kena sabaq..
hang kena kuat.............
hang kena paham..........
hang kena bertolak ansur....................
dan juga redha.....

p/s: buat kekodokbulat semoga cepat sembuh dan berehatla ye secukupnya...hati2 melangkah selepas ini...tq to kakmie photographer atas khidmat photoshoot sempena ennibesary tempoh hari,...tunggu entry seterusnya..

Saturday, June 2, 2012

balik kampong part3- balik dah...

sambungan:- kiranya sambutan bagi tahun ini utk mejelis harilahir utk peserta bulan mei adalah yang paling meriah laa.dan seperti biasa @ selalu mama aku akan sedih berpisah dengan aleesya,jgn kata mama,...makngah,ateh ,abah (dan juga aku) pun sedih...
sebab pada aku dalam banyak2 perkara,
perkara yang paling bahagia adalah disamping ibubapa,...tambahan pulak jika ibubapa kita tidak sesihat waktu dulu,...
dan bagi jiwa aku,terus terang jiwa,hidup aku bukan/tidak sesuai utk klia....biarla orang lain anggap KLIA itu hebat,mengkagumkan,happening.tapi bagi aku ,..aku tak sesuai utk teruskan usia aku yang tua nanti di Klia....serius ku cakap.....
tapi kita hanya merancang ALLAH YANG MAHA KUASA juga yang menentukan....
(maaf terEmoshenol pulak)
itulah aku,biar pun suatu ketika aku dahulunya brutal,minah rempit,dan penah suatu ketika dulu aku dianggap anak lelaki yang telah dewasa oleh jiran2 kampung aku,dan disangka lelaki oleh anak2 kawan mama aku,umah sewa aku didatangi orang surau utk mengcheckkan samada umah kami ni ada lelaki dok skali tak...
smua gara2 aku yang adakala penampilan bak mat rempit dengan moto jaguhku...(dah tersadai pun depan umah),...ahhh itu semua zaman muda kan..sapa tk pernah muda,....(nantila bila2 aku crita..melalut plak...)
itulah aku,nampak ja rock bebeh,..tapi tkdak apa benda pun ...hanya orang biasa,orang kampung,orang susah...
tapi impian aku yang satu tu la tetap terpendam dalam hati aku,...
hanya ALLAH saja yang tahu gelodak dalam jiwa ni,...
dan aku takkan putus2 berdoa dan menanam impian itu walaupun impian itu belum tentu akan termakbul,biarpun 10-15-20 tahun lagi aku tetap berHARAP......





ni masa kami nak balik ,abah yang hantar kami pi apot,...mama tak sihat....(maybe ma takot tak dapat tahan kesedihan nak pisah dengan cucu kesayangan dia...)


maafkan kami ma,kami kena balik,...insyaALLAH kita akan jumpa lagi...
jaga diri baik2...jangan sedih-sedih...




jumpa lagi nanti...
kami akan mai lagi...
itu pasti!!
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers