kawan2:

Showing posts with label kisah pokok. Show all posts
Showing posts with label kisah pokok. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

ceri barbados


kisah pokok sekitar rumah yang dah lama tak dienteperemkan,kisah my ceri barbados yang berbuah buat kali ke2,...kalo buah sulung 2biji,kali ni 6 bijik! sangat hebat pokok ku ini,mungkin selesa dengan pasu agak luas sket....(maaf pokokku,tuanmu ini sangat perlu merancang kerana banyak sgt komitmen huhu!nak tukar+tanah pun perlu perancangan...)berikut kelihatan pokokku yang begitu menarik kerana ada buah merah yang bergayut....


ni sewaktu masih belum masak.....hijaooo gtew!

khasiatnya:-
  • Pokok ceri Barbados juga dipanggil sebagai Malpighia emarginata, Acerola, West Indian Cherry dan Wild Crapemyrtle.
  • Pokoknya selalunya membesar sehingga 2-3 meter dan kadangkala mencecah 6 meter.
  • Buahnya kaya denga vitamin C.
  • 100gram buah ceri barbados = 1677.6mg vitamin C
  • Buah ceri barbados mengandungi 32x vitamin C lebih banyak dari jus buah oren.
  • Khasiat perubatan: buahnya boleh memberi manfaat kepada pesakit hati, diarrhea, desentery, batuk,demam dan sakit tekak(jusnya dikumur untuk melegakan sakit tekak) .
  • pokoknya boleh dijadikan pokok bonsai.

* tq to http://erieq.blogspot.com/2010/04/makan-buah-unik-pulak.html

rasanya? mmmmm maSAMMM...hehe


Friday, April 13, 2012

dah nampak dah...

kali ni kisah pokok2ku yang takseberapa....
dalam masa yang ada ni,dengan tiadaan aleesya ,aku kena kemaskini pokok2 yang idup segan mati takmahu tuuu segera..
sebabnya tanah dah lama gak ku beli,tapi dok laaa dalam beg plastik tu tak gerak2 selagi tuan dia tak gerak2 tangan utk pi beerkebun...(kebunla sgt)..
utk pengetahuan,err pokok ceri barbados dah mula menampakkan buahnya,walaupun hanya SEBIJIK tapi okey paa utk penanam seperti aku ni,..yang kadang2 siram kadang2 tak ingat nak siram hehe,,,
tk sabar nak ambik gambar bila dah masak nanti...


tu dia,...dah nampak dah....harap2 buah tu dapat bertahan sampai masak la...huhu...

kata penjualnya,pokok ni tahan kena panas,tak banyak pantangnya,tapi bila aku letak direct dgn sunlight nampaknya pokok saya menjadi layu...munkin sebab tak cukup air dan zat macam kat nursery kot..jadi aku telah pindahkan dia duduk sebelah pokok sirih supaya dia dapat teduh dan semangat macam pokok sirih tu...tapi la ni pokok sirih tu macam tak semangat plak,...munkin sebab pasu tu dah tak muat...

ni pulak, pokok apa tak tau...tapi banyakla kat umah aku ni,aku ambik benih ni dari umah ku di kampung....siap naik flight tu mai sepang ni,siap sorok dalam beg tu hehe hebat2...

ni plak pokok jambu aku tu la..kesian dia,..aku tak dan kutip jambu tu,la ni dah kembang n kompem ada olatt yang dok dalam buah tu...

ni pulak pokok stevia aku,aritu dahmati abih pokok ni,gara2 aku yang terlupa siram,...sebab pokok ni kena tempat teduh,air mau cukup...tapi dia tinggal jugak waris sikit,..nahhh tumbuh jugakkk 1....

ni plak pokok baldu aku,..benih ni ambik di umah mak aku termasuk pasu kerang tu sekali..hehe...complete set tapi tk termasuk tanah la..


ni pokok daun kari yang dah botak kerana dah 2 kali botak masih lagi ada ulat2 kecik warna itam mai tenggek,geram tui..geli pun ada...mana tau satgi masak gulai ayam,ikan pi jadi kari ulat...eii gelimaaan manmannn..(ceh macam la rajin masak gulai...)tapi alhamdullilah la dah mula keluaq tunas...



dan yang last pokok kadok yang jugak tak bpa nak sihat,..yala cemana nak sihat,sellau orang tanam kat tanah aku pi boh dalam pasu,jadi dia gak tak brapa bebas la kot nak membesar bagai johan...hmm ingat nak tanam bawah pokok jambu sebab situ teduh...tgk la kalo aku rajin hehe....
so yang penting rajindengan tak rajin jaa..jangan jadi macam aku main ikut dannnnnnnnnn jaaa....
ok kengkawan selamat menanammm ya...

Monday, April 9, 2012

hari menuai..jambu

semalam ujan ,maka jambu2 telah bergugurann di taman.
kelihatan pagi ini seorang wanita ayu(ceh ayat tak bleh blahh)telah mengutip dan mengait buah di pohon iteww ahaks..ditemani chipmunk yang awai-awai pagi dah mai makan buah jambu tu..makanla cik tupai oii,byk buah tu...dan aku kumpul-kumpulkan jejambu itew sehinga 2 bakul ini..


periuk kiri tu,yang dah dipilih,potong,yangtengah n kanan buah yang tak leh makan ada olatt..

upacara pemilihan buah dilakukan,adakah kaedah paku di pokok berhasil kali ni utk elakkan buah berulat..?
hmm nampaknya agak ada kemajuan kali ini,..
buah yang di besiang( adakah anda paham perkataan ini? mksudnya buah yang di apa haaa,err buah yang di potong2 la kott..hehe) telah berjaya dikumpulkan kepada 1 periuk kecik ,lihat gambar atas kiri...
nampaknya teori paku di pokok menjadi jugak walaupun ada juga buah yang olaat..
tapi berbanding dnegan yang lepas2,kalini hasil yang dpt dimakan ada pertambahan.

opps,jangan salah sangka,kucing itew bukan sedang memakan buah jambu ya,..

alhamdullilahhh,banyaknye buah niiii....

aku dah siap paket kan utk kawan2 ku di tempat keja,ukt noni,utk kekodokbulat (tula hang tkmo dok berjiran dengan aku,kalo dak leh kita nyicah hahaha) ,tapi aku gaulkan dengan garam n gula ja sebab aku takdak serbuk asam,..bulihla kot noo...
utk aku,aku sejukkan dulu dalam peti es,..satgi balik keja leh nyumnyummm pheh sangat lazat kalo dimakan ditengahari panas2...
sungguh menyelerakan.....

Saturday, March 31, 2012

alhamdullilah bertemu jua..



alhamdullilah,akhirnya aku sudah ketemu jua dengan impianku,impian yang dah jadi kenyataan,.
impian kecil untuk orang biasa seperti aku,..tak perlu impian untuk rumahbanglo,melancong ke obersea,beli gelang rantai mas,tapi bagi aku yang hanya orang biasa,impian sebegini sudah cukup untuk menggembirakan aku...mungkin sebab itu amat payah untuk melihat aku dengan aksesori emas....sebab aku memang tak suka pakai aksesori emas,sampaikan cincin kawin pun tak pakai( ceh padahal jari dah gomok ,mana nak muat hehe).

perkenalan aku dengan impian aku ni,hanya melalui alam maya....aku baru mengenali,tapi sekali pandang dah terpaut di hati,lantas aku segera mencari2,dan akhirnya Tuhan makbulkan permintaan ku ,temukan aku dengan cik shida yang menyediakan khidmat menjual berbagai jenis orkid yang sangat cantik..cik shida ni la yang bagitau lokasi nak beli pokok ceri ni dimana,tgk kat sini:





agak-agaknya pokok ceri aku nanti berjaya tak berbuah macamni.....huhu


tengok tu si kecik yang pantang jumpa kamera... dengan impian yang termakbul sudah...

tu dia kelihatan dah bunga-bunga ceri yang akan muncul taklama lagi.....best2

ni la kisah jatuh hati tu,pokok CERI BARBADOS yang telah berjaya aku beli di nursery pokok milik encik shamsuddin di dengkil, mujurla nak mencarinya tak susah,..sebelah medan selera dengkil dan sebelah kedai kayu cina kalo tak silap nama kedai kayu tu yew chuan...dekat dengan dengkil centre point.. aku beli 3 pokok ceri ,tapi bukan tamak....1 utk aku,1 utk ibu mertuaku,1 lagi utk mama ku dikampung.... dan lagi tu pokokkedondong.tapi panggil pokok amra ..haa ciklimah@kekodok bulat insyaAllah nanti berbuah pokok amra aku ni kita leh nyicah kerapla noo...hehe mudah mudahan...

sempat posing sattt...

ni gambar yang di snap oleh leesya...
ni pulak pokok yang telah disangka tak idup ,rupanya idup..siap dah keluar bunga..tapi aku tak ingat nama pokok ubat ni,sebab benih ni ku dapat masa pi kenduri di kuala kangsar tu le....http://aduhaianak.blogspot.com/2012/02/jalan2-kkangsar.html..

akan ku jaga dengan sebaik mungkin pokok2 ni...hehe semangat berkebun menjelma musim2 hujan ni.....mudah-mudahan semangat ini berterusann.......

ni antara kisah pokok ceri barbados ni...




Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers