kawan2:

Friday, March 25, 2011

kenangan kita....







kenangan kita sewaktu dulu masih segar di ingatan,
pertama kali menjejak kaki di tempat orang,perjalanan,kehidupan..
di kiri kanan penuh dugaan cabaran...
takdir Maha Esa, restu ayah bonda..kita telah mencapai cita-cita...
ela...semoga persahabatan yang kita bina ini akan kekal selagi hayat di kandung badan, tetapkan abadi dalam ingatan,jauh di mata tapi dekat dihati...semoga penghijrahan akan membawa kebahagiaan buat ela dan suami.ditambah pula bakal menerima orang baru taklama lagi...
panjang umur kita kan bersua lagi....

Tuesday, March 15, 2011

pulang ke selatan...




esok...


esok aku akan pulang ke selatan pula,di penghujung negeri sembilan iaitu gEmas....


sekadar bercuti seketika rehat2kan otak...


tapi seriusnya bulan mac tahun ni adalah bulan berjalan2 bagi aku...sampai tk sempat nak uplod gambar2..


okla ,jumpa lagi pada sabtu ni...mudah2an ketemu lagi...


semntara tu layannnn puding rotiku..khas buat ahli keluarga sepian's family...


hehhehehe sekadar mencontohi semangat sahabat2 ku yg sentiasa semangat ke dapur..cik limah kekodok bulat n cik aNN zur heritage...


memohon kesyukuran...

minyak petrol kelihatan tumpah membasahi jalanraya.











alhamdullilah,syukur...
kami memohon kesyukuran yang amat sangat padamu Tuhan.
kemalangan yang hampir2 meragut nyawa makcik dan pakcikku..kejadian berlaku di jambatan Pulau Pinang pada khamis 10hb mac 2011 tepat pada jam 2.55 petang.kemalanganberlaku disebabkan lori yang tiba-tiba mengalami masalah tayar pancit terus merempuh kereta yang dipandu pakcik ku dari belakang...mujur keduanya selamat tanpa kecederaan serius sekadar sedikit calar2.....namun pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati mereka...syukur YA ALLAH....

Monday, March 7, 2011

ketenangan...


ni chalet yang aku duduk tu....

sempoi,siap ada tempat coci pinggan tepi kolammmm,sambil berenang leh cuci pinggan



ni chalet bersebelahan kami.....






















tempat berehat,,,,........








aleesya n abah.................













aqif yang pantang jumpa air.....











sekitar hari perkelahan atau lebih tepat lagi lepas geram untuk seketika melupakan hal2 kerja antara disinilah tempat aku dan familyku mencari ketenangn,,err bukanla bermaksud hidup tak tenang selamani,...tapi kadangkala menyesakkan jiwa...
kira macam terapi la,.tu yang ada berendam sampai takmau naik-naikke darat,..
destinasi kali ini adalah di chalet salak denai yang terletak di daerah Yan,kedah.
kira dalam 50minit dari umah aku la...tempat ni redup2 ja.kira di kaki gunung jerai la...sepanjang perjalan dari umah aku ke sini ,kami melalui semeling,merbuk,singkir,tanjung jaga,ruat,yan...yeaaa dah sampai.....alhamdullilah chalet ni tak mengecewakan kan kami sekeluarga....so layannnnn jela,cerita panjang pun tak guna,,,.opps lupa nak gtau,kadar sewanya adalah hanya rm60 dari jam 11pagi sampaila 6ptg...so nak berendam sampai kecut dan lebam pun tkkisah....kalao nak bermalam tmbah rm20 jaa.tapi tempat ni selalunya penuh sentiasa disebabkan hanya ada 3 buah rumah je yang menyediakan kemudahan 1rumah untuk 1kolam....apapun terima kasih pada pemilik chalet ni yang begitu kreatif dan memudahkan kaum muslimah yang teringin berendam dalam kolam,kerana kolam ni tak bercampur dengan orang luar...kira private pool la,,,wuiiyoooo

Sunday, March 6, 2011

kemanisan hidup...

hidup aku manis kerana ada kamu...

kemanisan hidup yang kita,aku rasai...tak akan dinikmati oleh insan lain,

begitu jua kebahagiaan yang orang lain miliki aku tak dapat merasai...

dan begitu juga kepedihan yang aku rasai masih berbekas yang begitu mendalam...

biarpun sehingga kini masih tinggal tanda tanya, akan aku cuba hadapi dengan tenang.

tiada yang dapat lari dari masalah diri...

dan hidup ini usah dipersiakan kerana hidup ini terlalu berharga buat kita manusia.

biarlah manusia yang plastik itu meneruskan wataknya ....



aleesya,...ibu hanya ada aleesya dan ayah....

Wednesday, March 2, 2011

mampukah aku berdiam diri...


kepulangan aku ke kampung sungguh menyeronokkan,segala yang ditempat keja,aku buang jauh2 walaupun ada perkara yang aku tak sangka berlaku...

semuanya kerana mULUT,benarlah kata orang kerana mulut badan binasa...

semuanya kerana mulut....kekadang aku terfikir,...salahkah aku,adakah semuanya salah aku,salahkah aku terlalu berbuat baik,salahkah aku kerana terlalu mempercayai,..? salahkah aku kerana berpura2 seperti tiada masalah,walhal serabut dgn masalah,...salahkah aku kerana terlalu menjaga hati dan perasaaan orang lain hingga hati aku sendiri bagai dihiris-hiris...

salahkah aku andai memberi ruang dan waktu untuk mereka kembali sedar dengan apa yang mereka lakukan..salahkah aku jika aku terus menanti dan berdiam diri sedangkan mereka disana lansung tak hiraukan masalah yang mereka berikan....


mampukah aku berdiam diri,terus pekakkan telinga,pejamkan mata dengan apa yang berlaku....

diam ,diam,DIAM diam....MAMPUKAH aku terus berdiam lagi...

haruskah aku biarkan mereka tertawa pada aku....

Ya Allah KUatkan lah hatiku ini.....

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers