kawan2:
Saturday, December 12, 2009
rindulagi...
aleesya...ibu rindu sangat kat aleesya. pada malam ni ibu keja malam,tadi ada satu pakcik sembang ngan ibu,sembang punya smebang dia tanya ibu cemana ibu dapat tahan perasaan rindu pada anak...ibu senyum saja (pura2 dapat control perasaan tu walaupun ibu rindu tahap gaban maksimum) tapi apa nak buat,siapa ingin berjauhan dengan anakkan? hmm kenapa aku emosional sangatni?,bersabar wani...mungkin satu hari nanti semuanya akan selesai...
Saturday, November 28, 2009
berehat...
semua org perlu rehta, semua org nak rehatkan..tapi bagi aku walaupun hari ahad aku perlu bekerja, maklumla kerja syifni tiada erti cuti hujung minggu,,kadang2 jeles jgk tapi apa buleh buat ...dah nama pun kerjaaaaa...so jangan harap nak berehat,,,,..untuk yang berehat2 di hujung minggu ni,selamat rehat2..tgk gambar ni,cik katak pun berehat huhuhuuuu
Sunday, November 22, 2009
kenangan kita....
Saturday, October 31, 2009
keletah aleesya...
antara kepandaian anakku la ni dia dh pandai nak tolong tokteh menyapu,buang sawang,tolak rayyan dlm stroler, dan mcm2 lagi.disebabkan keaktipfan itu doll stroller yang baru ibu beli taksampai sminggu dah out of service...nasib baik anak kambing still ok,.. sekarang anakku kat kg tinggal dgn tokteh n tokngah..tima kaseh smua kerana begitu sayangkan anakku.....
Monday, October 19, 2009
semakin dekat ....
mlm ni adalah malam terakhir bagi ku yang keja syif ni..esok pagi leh la gotong royong umah yang dah lama tak dipedulikan.semenjak akhir2 ni aku sangat sibuk,begitu juga ibu dan ayah ku yang sedang dalam persiapan ke tanah suci. khamis ni aku kan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan mereka serta anakku yang amat ku rindui.. hari semakin dekat,dan aleesya ibu harap suatu hari nanti ibu dapat menjaga aleesya sebagaimana ibu-ibu yang lain... insyaAllah
Friday, October 16, 2009
muzium roti h5
singgah singgah...
masa balik kampung dulu,sempat jugakla singgah kat cendol Pak cik Leman Dawi yang popular sgt..layanan diterima sgt ok,ramah,persekitaran bersih memang patotla dapat anugerah kebersihan,bayangkan sinki punya putih serlah,takmcm yang selalu dapat dilihat kt restoren lain. syabas pcik Leman, semoga bisnes terus maju dan sukses selalu..yang rimbun2 tu tandasnya..
lama tak jumpa..
Saturday, August 29, 2009
beRJAYA!!!
"Syukur alhamdullilah,keluarga kami mencipta sejarah,bang ni la rumah kite"eh,tersasul pulak sampai mcm iklan lak.sebenarnya syukur akhirnya aleesya azzahra anak ibu dah berjaya melangkah dengan penuh yakin tanpa takut2 lagi,esok genap 1 thun 3 bln alesya dh pandai berjalan.sayangnya ibu n ayah tak dapat saksikan langkah aleesya yang pertama,tapi itulah pengorbanan..ibu n ayah jauh di rantau nakkk...isk iskhh..sedih betooi
Friday, August 14, 2009
juai juai...
ni gambaq masaku meniaga kat admin building,mula2 takut gak nak try,ya la dahla siap amik coti semata2 nak juai2.alhamdullilah keja keras akhirnya berhasil.70% barang laku.tapi biasala adat kita org melayu yang meniaga mesti ada komen2,kutuk2 dari kawan2.tapi kitaorg tak kisahla,janji kitaorg cari rezeki halal dan tak kacao sesapa pun...
barang2 yang kami juai kira campur2 la,asha separuh aku separuh..yela dh sewa tapak pun konsi2.penat memang penat tapi best.sekurang2nya pengalaman bertambah.
Monday, August 3, 2009
aleesya n nenek2...
masa ni kat airpot bayanlepas.,aleesya disamping tokmama dan tok omputehnya iaitu nenek lisaannebaker yang baru dikenali masa dok tunggu flight ke klia,nenek lisa ni pandai ckp melayu rupanya so aku takyahla susah2 nak keras lidah nak speaking london,kira kerap jgkla jumpa matsaleh yg pandai ckp melayu,(nasib baik takkutuk heheehe)aritu masa attend kapal jumpa 1 mat saleh dari perancis yang dtg kl n odwy tunggu flight nak balik brunei,terpegun gak aku sebab dia pandai ckp melayu,mandarin..rupanya dia cikgu di brunei,pheehhh kagum betoi,tapi sayangnya aku tak sempat nak bual panjang2..
aleesya ni pulak masa kat airport punyala seronok sebab apa tau? sebabnya dia merangkak penuh airpot mcm kat umah,haduiii aktif sungguh taklarat kepung..dgn nenek ni pun dia siap sembang mcmla paham ckp nenek tu..aduhai anak ibu...
Sunday, August 2, 2009
terlewat...
dah lama tak update...aku bz sgt dgn mcm2 hal,aktibiti,kerja2.gambar ni sewaktu aleesya sambut besday yang pertama.disebabkan dlm familiyku ramai yg sambut dlm bulan may maka kek pun kongsi2 la..hehe jimat jimat..tapi pening gak la nak cari hadiah untuk semua ahli yg menyambutnya..
yang pasti aleesya yang dapat hadiah manyak sgtt,tenkiu tenkiu pada smua yaaaaa...tengokla kek aleesya tu.meriah siap ada twety,keta racing,burung merak,spiderman,....hhahahaa
Monday, July 6, 2009
contest umahku syurgaku...
tadi aku ada termasuk ke blog mamadanish78.blogspot.niat di hati nak joint la,tapi cemana ya,aku try gak ikut apa yg mamaD suruh tapi taktaula jadi ke tak..hmm sapa nak tolong ni,mintak litlelulu tlg pun dia tak reti..aaaaaarrrggg cemana ni sapa nak tolong...ye la kat umahku heheehee banyak sudut2 yah sesuwai sgtt..tk caya hmm.mana leh tunjuk ,rahsia syarikat huhuhu...
Tuesday, June 30, 2009
RINdu...
rindu pada aleesya,ibu selalu ingat kat anak ibu,sampaikanayah selalu kata ibu dah tak betol ke sebab selalu cakap sorang2..heheeeheee sapa rindu anak weiii..
tokmama kata aleesya dah pandai bergaya dgn baju pilihan sendiri,mulut pun dah pandai keluar perkataan sebijik-sebijik..tapi takleh jalan lagi...bila agaknya anak ibu nak leh jalan? ibu tak sabaq sgt nak jumpa n peluk aleesya n cubit aleeysa..gerammm betoi.
takpa sabaq,sabaq ni ujian buat ibu n ayah,kami kena redha dengan keadaan ni,mungkin ada rahmatkan sesuatu sebab tu terjadikan...hanya ALLAH yang lebih mengetahui....
Tuesday, June 2, 2009
sayang anak..
aleesya baru baik dari demam campak halus,kata mamaku panas dah takdak cuma ruam2 halus masih belum keluar sepenohnya..kesian kat anak ibu,ibu takdpt jaga anak ibu di waktu mcm ni..
cukup setahun aleesya sambut ulangtahun kat kampung.ibu dan ayah terpaksa sambut awal dgn aleesya,.. dah besaq anak kami,.kami sayang anak kami,hmm sapa tak sayang anak weii.
minggu depan tokma akan bawak aleesya mai sini,ibu dan ayah taksabaq sgt jmpa..cepatla masa berlalu.......
Saturday, May 2, 2009
ragam kehidupan
dah lama tak ku singgah di tempat ini,baru kini berpeluang.bermacam ragam,peristiwa yang ku tempuh sepanjang tempoh ini.oh ya adikku dah selamat melahirkan seorang putera bernama MIFZAL THAQIF,tapi sayang ku tak sempat nak menguplod gambaqnye.(maaf ye dik).dan aku kini kembali sunyi,kerana anakku kini berada di kampung.dan yang pasti ku merindui anakku itu....
Friday, March 27, 2009
menghitung hari....
ini kisahku,esok tamatlah hari-hari yang ku hitung untuk bertemu anakku aleesya az-zahra yang semakin membesar dgn karenah yang kadangkala aku sendiri tidak menjangkanya.
esok selepas kerja,aku akan terus menaiki pesawat untuk terbang ke menemui aleesya bersama ayahnya.anakku pulang bersama tokmamanya minggu lepas bersama acik yang masih menghitung hari untuk menerima orang baru...! bawak bawak bersabar acik heheeeheee semoga semuanya selamattt....insyaAllah
anak,permata hati...
Subscribe to:
Posts (Atom)