kawan2:

Showing posts with label kisah kampongku. Show all posts
Showing posts with label kisah kampongku. Show all posts

Friday, August 31, 2012

cerita raya kami,..

mula-mula sekali ucapan untuk semua,..selamat hari raya aidilfitri....
biarla orang nak cakap apakan,almaklumla dengan kesihatan semenjak2 menjak yang tak mengijinkan ni,alahai nak update blog pun malaih....!

yang pastinya raya ni aleesya mesti la happy,sebab raya sakan dia dari ramadhan sampai syawal dia di kampung nuu,...syokk aaa...

tengok tu,...mai mood nak bergambar la tu...

oww ni gambar kami sekeluarga,keluarga kecik (oh ya kelihatan si ibu yang semakin oversaiz haha)
selamat hari raya yeee kawan-kawan....

tema tahun ni itam putih n dot2...


ni tugu alamat ada kat depan umah kat kampung,ade ka patot aleesya cakap ni kubur,alahai anak oiii...

merajuk sebab tak dapat nak tarik bendera..haha..

posing kat banner raya upin ipin....


posing pulak kat banner merdeka kat umah ku di kampung...kalo zaman remaja dulu akula yang amik kontrak buat banner tiap2 tahun,alaa banner tulis sendiri je,tkla sehebat cemni,tapi sayang zaman tu manada kamera digital,kamera pun kokak2 ja,tak teringat la pulak nak amik gambaq wat kenangan...



kira raya kali ni happy la jugak walaupun raya hanya sat2 ja di kedah,pastu fly pulak ke n9 phehhh jauh tu,...nasib beik ada transpot kompeni jadi jimatla masa skit tapi penat gak la,..tapi nakwat cemana nak bagi adilkan...bagi sama merasa nikmatnya raya di kampung masing-masing...apapun janji bahagia...kan kan...selamat hari raya noo...


Friday, August 10, 2012

gembira dan sedih...

harini,..ada banyak perasaan yang aku alami,banyak benda bila lagi pikiaq lagi kusut,tapi cemana pun aku kena hadapi jugakkan,... kisah manusia yang lupa daratan dan tak sedaq diri,dan manusia itu jugak yang telah spoilkan mood aku harini ,bila tak jumpa,tak teringat rasa macam lega walaupun hakikatnya grrrr,,,,...tapi bila dah terserempak mcm hampesss..!
opps apa aku cakap ni,bulan posa ni,sudah2...biaq la Allah yang membalasnya...
tinggalkan bab yang tak menguntungkan tu,..
esok aku nak balik kampung,pastinya saat yang aku tunggu2 bagi perantau macam aku, yala walaupun utara tu tak jauh tapi bila di usia tahap macam aku ni,bagi aku makinjauh dengan mak bapak itu adalah suatu perasaan yang tak dpt di kata,sukar nak luahkan,tambah pulak kalo tengok drama2 atau kisah2 pengajaran lagila emo...tapi apa nak buat itu adalah dugaan,aku pecaya bukan aku ja yang alami,pasti kat luaq sana ada yang alami,..jadi beruntungla mereka yang berdekatan dengan ibu ayah....walaupun aku akui aku bukan la anak manja...tapi kenangan katkampung terlalu banyak huhu.
atas sebab nak balik esok ,aku hanya sempat tidoq 3jam siang tadi,dan sampai saat ini,dan munkin sampai esok tengahari baru la dapat lelap sat dah la dengan selsema pening smua cukup..
sebelum balik dah order siap pulut udang yang lazat untuk berbuka esok,yela bukansenag orang macam aku ni nak rasa kuih yang sedap2 di klia ni,..ni la peluang,taklupa jugak order sengkuang calit yang tiba2 aku tringat nak makan....hmm lazat..
dalam pada tu sempat jugakla aku siapkan 2 kad raya yang wajib di poskan pada ibu mertuaku dan mamaku...kalini raya buat kad sendirik,,....

ni gambaq raya tahun 2010,masa ni aleesya pun kecik lagi dalam 2 tahun...opps maaf ya ibunya terlebih sengih waktu ni,...hehe

ni pulak hadiah khas utk aleesya dari pengasuhnya umi,abi ada kad ,kek lapis,batang buruk ,aneka kurma,..ow terima kasih nanti saya akan sampaikan pada aleesya ya umi....

mesti aleesya suka,...

ni la kad ucapan yang ku buat sendrik,...jadikla,..

pantun utk family di kampung ,..

ni pulak pantun utk omak mertuo den dan pemeli..,...

ni pulak plastik air utk aku letak pada pokok2 bunga ku yang idup sogan mati pun sogan tu,...
kesian la nanti sapa nak siramkan..jadi dengan adanya beg2 plastik air ni mudah-mudahan sihat walafiat walao tkdak orang yang siram...

nahletak ja kat situ,...
k jumpa lagi insyaAllah...

Saturday, June 2, 2012

balik kampong part3- balik dah...

sambungan:- kiranya sambutan bagi tahun ini utk mejelis harilahir utk peserta bulan mei adalah yang paling meriah laa.dan seperti biasa @ selalu mama aku akan sedih berpisah dengan aleesya,jgn kata mama,...makngah,ateh ,abah (dan juga aku) pun sedih...
sebab pada aku dalam banyak2 perkara,
perkara yang paling bahagia adalah disamping ibubapa,...tambahan pulak jika ibubapa kita tidak sesihat waktu dulu,...
dan bagi jiwa aku,terus terang jiwa,hidup aku bukan/tidak sesuai utk klia....biarla orang lain anggap KLIA itu hebat,mengkagumkan,happening.tapi bagi aku ,..aku tak sesuai utk teruskan usia aku yang tua nanti di Klia....serius ku cakap.....
tapi kita hanya merancang ALLAH YANG MAHA KUASA juga yang menentukan....
(maaf terEmoshenol pulak)
itulah aku,biar pun suatu ketika aku dahulunya brutal,minah rempit,dan penah suatu ketika dulu aku dianggap anak lelaki yang telah dewasa oleh jiran2 kampung aku,dan disangka lelaki oleh anak2 kawan mama aku,umah sewa aku didatangi orang surau utk mengcheckkan samada umah kami ni ada lelaki dok skali tak...
smua gara2 aku yang adakala penampilan bak mat rempit dengan moto jaguhku...(dah tersadai pun depan umah),...ahhh itu semua zaman muda kan..sapa tk pernah muda,....(nantila bila2 aku crita..melalut plak...)
itulah aku,nampak ja rock bebeh,..tapi tkdak apa benda pun ...hanya orang biasa,orang kampung,orang susah...
tapi impian aku yang satu tu la tetap terpendam dalam hati aku,...
hanya ALLAH saja yang tahu gelodak dalam jiwa ni,...
dan aku takkan putus2 berdoa dan menanam impian itu walaupun impian itu belum tentu akan termakbul,biarpun 10-15-20 tahun lagi aku tetap berHARAP......





ni masa kami nak balik ,abah yang hantar kami pi apot,...mama tak sihat....(maybe ma takot tak dapat tahan kesedihan nak pisah dengan cucu kesayangan dia...)


maafkan kami ma,kami kena balik,...insyaALLAH kita akan jumpa lagi...
jaga diri baik2...jangan sedih-sedih...




jumpa lagi nanti...
kami akan mai lagi...
itu pasti!!

Saturday, May 26, 2012

kisah balik kampong lagi..


setiap keinginan dan cita-cita adakalanya tidak semestinya tercapai dan menjadi nyata...
tapi kehidupan harus diteruskan...

kisah balik kampong kami...
bersambung....

*masing2 bergaya dengan beg opeeennn..(aeroplane)

Sunday, September 18, 2011

walaupun terlambat...

walaupun kepulangan kami terlambat dari yang sepatutnya,kami tetap gembira...
gembira menyambut syawal dengan cara kami.
cara kami yang sederhana,itu cara kami,..
berkunjung ke rumah saudara,itu semesti ..
biarpun hanya di hari biasa ,bukan lagi 1syawal..
namun tetap meriah kerana syawal itu sebulan..
semakin hari kita semakin dewasa,
semakin hari kemeriahan syawal itu hanya milik si kecill..
zaman ibu dan ayah telah berlalu...
namun ibu dan ayah tetap gembira kerana anaknya gembira
pulang beraya disamping tok mama,tok abah tok teh n umi long sekeluarga!

mood bergaya!

brgaya dengan gaya tembamkan muka!

model milooo ...

saya sangat happy!
banner ni adalah sumbangan umi long saya pada tok mama saya,kalo nak tau dulu2,sebelum ada banner cemni,tiap2 tahun tokmama akan suruh umin long,ibu saya utk buat banner tiap kali perayaan,,,termasukla tahunbaru cina!...tapi sayang nya masa tu blom ada kamera hp,kamera digital...dan ibu saya pun terlupa nak snap banner tu utk kenangan,...

ini ikan kaloi tok mama saya,ada orang hadiah kan waktu kolam di tepi pondok besar masih ada,kolam itu didirikan sempena hari perkahwinan ibu saya,tapi,tapi kolamitu dah dikambuskan kerana kehadiran kami,cucu2 kesayangan ...kerana khuatir kami akan tertarik dengan kolam itu..maka kolam itu kini menjadi pentas utk pasu2 bunga tok mama saya!
ikan kaloi ini punya rahsia,salah satu ekor ikan kaloi ini berenang senget sewaktu mula2 menyesuaikan diri di kolam kami,kerana tatkala hayatnya dulu dia dipelihara di dlm akuarium yang semakin sempit akibat tumbesaran ikan kaloi itu,maka ikan itu diberikan pada tok mama saya utk dipelihara,agak lama juga ikanitu mampu berenang secara normal,dan ikan kaloi ini pandai menjaga kecantikkan nya,ikan ini hanya MAKAN BUNGA RAYA!..bunga raya..ya itu saja santapannya...!betooll kami tk tipuu...!

ini pula ikan gaPI peliharaan umi long saya.tapi bukan dipelihara di dlm bekas itu,cuma ayah saya letakkan ikan2 yang diambil di umah umilong itu kedalam bekas yang dikategorikan sesuai iaitu bekas KFC kerana penutupnya berlubang2,supaya ikan2 gapi ini selamat smpai di sepang di umah ibu saya...hehe...masa ni saya tengah fikir2 adakah ikan gapi ini selamat smpai ke umah saya.....hmmm

ini antara pokok2 tanaman tokmama saya ,tapi ibu saya ada ambik benihnya,dah 2kali,dan sampai sekarang ibu saya belum jumpa benih tu letak tang mana!.ibu,ibu...
ni pandangan hadapan umah tokmama saya....
sangat patriotik...
nanti bila2 senang saya akantunjukkan apa yg ada disini..
ibu saya cakap,dulu ada juga orang yang lalulalang ingat rumah tok mama saya ini muzium dalam kampung,...sampaikan ada yang datang buat kajiselidik ...hehe...

ni deretan sangkar burung peliharaan tok abah saya...sangat2 byk!...
okla nanti jumpa lagi yeee....tata!

Thursday, August 18, 2011

buka kat kampong..

selesai sudah episod berbuka di kampungku,kampung bakar kapur,sg petani...penah dgr tak,...mesti tk femes kan,,...tkpa janji aku ada kampung,kampung yang tak sama mcm kampung2 lain,yala kalo sama tkdak la istimewa sesuatu kampung tu kan...
alhamdulilah,kami smpai lebih kurang 1135 kat penang,..lambt g nak bukaa....




sempat posing dgn minnie maklumla lama dah nak balik nak kapai tebang ...

kuih qasidah buatan chepp mira@along

nampak tu udang timbul,hehe kuah mee rebuih my moms mee kuah UDANG LIPAN

set mee utk diberi kepada jiran tetangga...

sambal sutun yang aku buat,utkmakan dgn mee tu

ni ikan sumbat cabai yang aku bagi pakai tali pinggang dari daun pandan.
bagi selamat skit semasa di dlm belanga ...hehe


dalam orang dok sibuk di dapur ,dua budak ni buat projek sendiri dengan aktiviti tabur bedak sampai abih...semua dinding ,tilam.turun salji la sat bilik tu..ni lepas kena hanger dengan ibu..hihi....kan dah kena

ayaq 4 jenis.......

masing-masing tunjuk bakat ehehehee

deretan juadah buka posa......
ada mee goren aku goren,popia,sambal petai(kami tkmakanpun 3 org ja yg makan),buah melaka,gulai lokan jiran bagi,shoop pish boll n ayam(peberet aleesya),anggur,kuih-kuih pulut udang sedap didonia,apam mekar,keripop,kuih keledekguli yg my moms buat (pun aleesya angkut lagi tk abih)kurma YUTA..tiada dlm gmbar koayteow goren jiran bagi lagi..hehe
Kuih-muih tajaan chepp mira.......


senangja,guna saprah kertas surat khabar...apapun memang meriah dengan keriuhan kanak2..meriah dengan juadah,meriah dengan sodara sodari.tapi keriangan itu tk selamanya,..kerna aku jauh di perantauan huhu..
inilah yang tak dapat di tempat tingalku sekarang,dulu lain sekarang lain,dolu sorang sekarang dah kawennn uhuaaahuaaa.....jodoh utara selatan kisahnya....3hari 2mlm dikampungku....ohhh my kampunggg......

ni masa nak balikke klia,tgk aleesyaletihmacam posa,...kapal penuh ,kena la berkampung seketika,sampai2 dah time buka......

jumpa lagi,....sampai jumpa lagi ya,nanti aleesya balik tauuu!...
selamat berbuka pada semua...hmm apa menu berbuka petang ni...buka di mana,belum tau sebabnya nak balik kampung gomeh polakkkkk......minggu balik kampung.... :-)
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers