kawan2:

Tuesday, May 31, 2011

cekelat crunch...














sekadar memenuhi permintaan rakan ku Ina mawie yang bersungguh nak lihat bagaimana rupanya cekelat crunch yang ku buat tu..semoga recepi yang tak seberapa ni membantu ....sebab aku pun bukan pandai sangat...


sebenarnya sangat sonang n mudah,.sebab hanya perlu lebih usaha dan giat usaha untuk hasilkan cekelat ini kerana beli n cair n tuang ke dalam acuan,sejukkan terussss saja ngapppppp.!



cekelaT CRUNCH!


bahan2nya:-


- 1 bar coklat compound jenama beryl's


(ada bermacam brand tapi bagiku cekelat ni sedap...)


- 1 pek bertih beras.perasa koko lebih sedap!


(err rasa betul kot namanya,tktau lak nama yang spesifiknya)


- acuan kegemaran anda..



caranya:-


- gunakan teknik double boil utk cairkan coklat tersebut.


pastikan betul2 cair dan terus tuang pada acuan tersebut.


- selepas itu taburkan bertih beras mengikut sebanyak mana yang diinginkan.


- lapisklan sekali lagi coklat tersebut jika mahu....


- sejukkan!


- keluarkan dari acuan,sedia untuk di makan begitu sajaaaaa....


mudah sangat! sebab tak perlu buat apa..hanya perlukan usaha...hehe


resepi yang sangat sesuai untuk orang saperti ku yang nak cepat siap!













Monday, May 30, 2011

selamat hari lahir ANAK...aleesya az-zahra binti azharudin







selamat hari lahir anakku,...

kerana mu anak,maka itulah permulaan bermulanya blog aduhaianak ini...

hanya kerana mu anak, kerana kamu anugerah teristimewa.

segalanya kami curahkan kerana kamu...hanya kamu untuk kamu...

semoga seronok dengan sambutan hari lahirmu pada hari ini di kampung halaman walaupun tanpa kehadiran ibu dan ayah,semestinya sambutan tetap meriah seperti yang anak tunjukkan semalam dalam 3G..

nanti InsyAllah kita sambut disini yaaa anak....

aduhaianak,oh anak,...

kami sayang kamu...!





Sunday, May 29, 2011

kek cekelat ibu...

lihatla kek yang ibu buat...



saya sukakan nya!









mmmmm,bestnyaaa...


hari coti yang lepas ,peluang yangada aku gunakan untuk membuat kek,..sebenarnya aku memang malas bab nak buat kek,sebab kek selalunya tak menjadi,...taktau napa kerana oven atau kerana aku yang tak punya bakat hehehehe..maka talian hayat telah dilakukan kepada along ku http://bakergrapher.blogspot.com/ maka resepi mudah untuk buat kek cekelat telah ku terima,mklumla prinsip aku kalo masak mesti yang senang, mudah n cepat utk di ngap...aku jenis yangtak penyabar ..hehe apa saja mesti nak siap cepat...

so kepada yang membuat permintaan iaitu sahabatku Ann http://zurheritage.blogspot.com tapi bab masak ann lebih pakar la...inila resepi mudahnya:....



kek cekelat simple: -


bhn A-

- minyak masak 1 cawan

- serbuk koko 1 cawan

- susu cair 1 cawan

- gula 1 cawan

- susu pekat 1/2 cawan

- telur 3 biji


bhn B-

- tepung gandum 1 1/2 cawan

- 1/2 sudu kecik baking powder

- 1/2 sudu kecik sodabikabonat

bahan ini semua diayak bersama...


*satukan kesemua bahan A, termasuk telur yang telah dipukul sebati. kemudian tuang tepung yang telah diayak tadi,..kacao sebati,(kacao dgn wire whisk pun ok,senduk kayu pun dah ok..)

bila dah sebati tuangkan kedalam acuan loyang yang telah dilengserkandengan minyak terlebih dahulu...

kukus dalam pengukus yang telah panas selama 45minit mengikut kebesaran pengukus dan kesesuaian acuan..seeloknya balutla tudung periuk anda dengan kain supaya tiada air yang menitis ke atas kek anda...

sejukkan,potong n bolehla terus ngap kedalam mulut anda .

nak hias dengan topping pun boleh..

ikotla kerajinan yang anda ada...

utk topping saya hanya gunakan bahan seperti ini:


- sedikit serbuk koko (agak2 sendiri sukatan)

- marjerin atau butter(agak@ sendiri sukatan)

- susu pekat manis (agak2 sendiri sukatan)

* cairkan marjerin tersebut jgn sampai hangit. masukkan susu pekat dan serbuk koko,kaCao atas api perlahan dan tutup api.

tuanglah keatas kek anda dan hiaslah mengikt selera dan kerajinan anda ok.selamat mencuba!

p/s: resepi kek ni selain daripada teknik mengukus,teknik membakar pun boleh juga,,cuma munkinkek itu akan kurang lembabnya berbanding kukus...


































Saturday, May 21, 2011

menjadi ke?...




ujung minnggu ni ku tak keja,,....rasanya aku tkkan kemanamana...kerana poket dh kering..

so aku ku gunakan masa yang ada ni untuk asah bakat yg tak bpa nak berkilat selamani utk buat kek,kueh..hahaaahahaaa,nak lawan kawan aku http://littlelulu-cempaka.blogspot.com/ kekodok bulat @melor tu..jgn marah puan....kawan aku ni semangat lak nak wt coklat...maklumla barang dah ada....aku..hmm akan ku cuba bagi smangat pada diriku sendiri untuk buat je apa2 kek,kueh,coklat ke...tunggu je la...jagan semangat nak tido lak yang mai...hmm cemana tu...sabaq je la....

(gambr kat atas ni pinjam je dari pakcik google...dapoq n alatan ku tak secanggih tu laaa...tq pcik google)

Friday, May 13, 2011

seBARKAN....Penjenayah simbah ASID!!

seBARKAN!






sebarkan! mungkin bantuan / info yang dapat mencegah dan mengelak seseorang lag imenjadi mangsa seterusnya.!




Lakaran wajah suspek psycho yang menyimbah asid kepada ramai wanita di KL yang disiarkan dalamBuletin Utama.


Bangsa : India


No Plat Motosikal: WPV 4963 (Honda EX5)


Mangsa: Perempuan Melayu Bertudung juga perempuan India


Tips : Jika terkena asid jangan sapu, siram dengan air yang banyak. Sila war-warkan kepada kawan-kawan supaya penjenayah ini cepat ditangkap.copy n paste dari sini...




(terima kasih pada cikmelor kerana berkongsi maklumat..)


Wednesday, May 11, 2011

minta maaf pada sEMUA....



sekadar selingan dari blogku yang lagi satu...



.............................


sekadar luahkan apa yang terbuku dihati ku harini,

dok pikiaq2 sampai lenguh leher aku tau!

dari pada sorang2 dok pikir sampai sakit pala...

aku coretkan disini....

munkin terapi utk diri sendiri....

tk bermaksud nak salahkan sesiapa,sekadar luahan hati....

serius weiii....

munkin bila ku hadapi baru tao nak pening tahap apa pulak,jgn pengsan sudah!


minta maaf pada semua,
minta maaf pada emel2 yang tak dpt ku balas,...
minta maaf pada yang telah ku gagalkan impian mereka...
keadaan yang menyesakkan jiwa dan kekusutan yang melanda...
apapun dugaan dan rintangan,kita kena teruskan jugakkan...
entah sampai bila,....entah bila2...semuanya kan berakhir,..
tapi itulah manusia..tklepas dari dugaan,ujian,rintangan,
aku sebagai umatNYA hanya mampu berdoa agar aku dipunya akal yang waras,tahan,cekal,kalis dalam menempuh semua itu.....
buat sahabat kekodok bulat@ http://kekodokbulat.blogspot.com/ terima kasih atas keberANIANMU........maafkan aku ya .....aku sedih niii....serius.....

sekadar coretan nooooo.....

Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu....



selamat hari ibu buat seluruh wanita di muka bumi ini...

segala pengorbanan seorang ibu tiada tandingan dan tidak terbalas jasanya..

mulianya seorang ibu,sanggup menggadai nyawanya demi untuk keluarganya.....

mulianya seorang ibu kerana menjaga,mendidik anaknya dari kecil hingga dewasa...dari seorang ibu,lahirnya kita dimuka bumi ini,...

dari kepayahan seorang ibu menempuh segala rintangan,dugaan,bersabung nyawa melahirkan kita,..alangkah bertuahnya punya seorang ibu.....biarpun ada diantara kita sudah tidak punyaibu,doakanlah buat ibu anda....semoga bahagia disana....

biarpun ada diantara kita masih,belum bergelar ibu,mudah-mudahan Allah akan merahmati dan mengurniakan anda dengan anugerah yang tak ternilai itu....

sesungguhnya ibu ,umi,emak,mak,amma,mama,mommy...

kami sayang kamu!

dan aku kini telah bergelar ibu....

dan aku kini semakin mengerti hati seorang ibu......

dan buat ibu ku,....mama salmah bt ismail...

sesungguhnya kami amat merinduimu tetap seperti dulu...

biarpun kita sering berjauhan,namun tetap dekat dihati...

maafkan aku kerana kita terpaksa berjauhan dan tidaklagi seperti dulu....

tapi aku tetap merindui dan mengingatimu....'MAMA








Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers