esok sabtu insyaAllah dipermudahkan,.. aku ,anak akan balik le ke kampung nun di utara,tapi kalo flight penuh maka akan berkhemah la kami di klia haha...
ni nak tunjukla koleksi aku,ala zaman rumaja dolu2 fanatik sangat dengan kumpulan 4u2c haha,siap jadi ahli fan club tu,...ni kad raya yang depa hantaq kat aku....masa dapat kad ni apalagi syok gila,oh ya selain dari 4u2c ni ,aku dengan akak aku rajin hantar kat yang dipertuan Agong,sultan brunei,sultan kedah,perdana menteri ,tapi sayang sebab aku taktau letak tang mana dah kad-kad tu,...

ni pulak acara wajib,kad raya save bajet dari ibu la,...orang jimat2 macamnila,semua nak save...aku buat la kad ni utk familyku,mertua dan pengasuh aleesya dulu....dah siap pos dah..
ha ni pulak kueh raya tak seberapa yang aku buat sampai naik lenguh kaki,sebab buat sambil duduk tak best,berdiri lagi best hasilnya kaki macam nak tercabot haha...aku buat 3 jenis je pun,popia nestum,biskut german yang memang enak banget dan biskut bunga cina....phehhh nama...
apapun buat kawan-kawan,aku mintak ampun maaf dari awal blog hingga setakat blog ini,mana tau apa yang aku coretkan ada menyentuh sensitiviti ,hati kawan2,kot kot terkasaq bahasa,terguris kata
ok selamat hari raya maaf zahir batin kawan kawan ku......
semoga kita berjumpa lagi....
sayang hampa semua ,bertabah la hati buat yang bertugas,....










