kawan2:

Friday, December 31, 2010

TAHUN BARU 2011


Selamat datang tahun 2011,

selamat jalan 2010...

semoga apa yg diimpikan akan tercapai,...

segala yang aku tempuh sepanjang 2010 ini moga akanjadi pedoman dan iktibar yangmematangkan aku sebagai seorang insan di bumiku Malaysia yang ku cinta!

alhamdullilah ataskurniaan dariMU ALLAH...

SEMOGA hidupku kanbahagia disamping ibuayah,saudara dan family tersayang azhaRUDIN dan ALEEsya az-ZAHra!...

Thursday, December 30, 2010

blog baru!!



dalam kebizian aku hampir terlupa,...aku skrang dh buka blog baru,blog kedai bundle,khas buat bundle fans!! hehe

sekadar nak meriahkan suasana ,,,,...ye la tgk orglen ,ku pun nak gak rasa hihi.....anyway jom jengukla kedai aku ni,manatau ada yg korang terbekenan! http://lacileesya.blogspot.com

menang!!!




yeaaa! alhamdullilah blog lacileesya dah menang!

utk pertama kali ,aku dh menang di salah satu blog ku iaitu


yang mana syaratnya sonang jo,tp jenuh gakla menunggu kan....

syaratnya perlu jadi follower ke 35..dan aku lah yg bertuah tu hehe!

walaupun tkatau apa hadiah,anyway aku happy sangat.

tq pada tuan kedai iaitu cik norrie...!

bagi yg nak mengenal cik norrie leh ke sini


Wednesday, December 29, 2010

bola!


tahniah setinggi tinggi tahniah buat pasukan MALAYSIA kerana berjaya mengalahkan Indonesia...semoga selamat pergi dan selamt pulang ke tanah air tercinta!aku banggaaaaa sangattt!

Sunday, December 12, 2010

pulang ke kampung...


macam iklan raya pun ada...











gaya anak perantau yang teruja melihat sawah padi..






ketam masak serai,ayam masak mera dan dalca daging...




puding pandan (aku yang buat hehe..)
tapi tembikai tu bukan aku yangtanam la...






udang bosar...



si kecil beraksi berlatar belakangkan sekawan lembu





gambar ais krim yang murah satu bata ni rm2.50 je..puas makan...!




kek sambutan besday abah n makcik n kejayaan along baru2 ni..


Kesempatan balik kampong baru2 ni,aku manfaatkannya dengan pi makan kenduri di kampung bujang,yang mana semua adikbradik,termasuk pakcik,paksu,mteh,along,asha dan aku dapat berkumpul ramai2 dan pi kenduri....dalam pada tu sempat juga kami posing kat tepi bendang tu..hijauuu jaaa...best wooo...dan kepulangan kami juga kerana menghadiri jamuan kesyukuran kakak ku yang baru abih blajaq tu...so meriahla....

Saturday, November 27, 2010

anak ku (anak aku)....





dari kiri: aku n aleesya,efa,along,ezat,mama,makteh,makngah..opps yg nampak kepala tu puan shahirahh..
tiada dlm gambar en.azhar(sebb jadi kameraman)









ucap selamat pada binatang kesayangan!







entah apala aleesya tgh buat kat kampung nuuu.selalu time cemni mesti ajak tok abah pi garden..singkatan dari jublee garden yang dekat dengan umah aku,..opps umah ku di kampung la.kat sana mcm mini zoo la...ada burung,ikan,kolam dengan titi,monget,rusa dan alat senaman...kira ok la utk bawa anak2 jln2 ptg dengan zaman ekonomoney mcm sekarang ni memang sesuai sgt sebbnya free! hehe...nanti andai berkelapangan leh la aku kesana n uplod kan kat sini k!
dlm sminggu dua ni banyak jugakla aktiviti dlm hidupku,mencari2 hadiah utk famili day 15hb ni,pi zoo,mama ,ateh,along n famili mai ke umah ku,kami ke konvo akak ku,amik kunci pada penyewa,kerja oh kerja,dan yg terbaru bakal jiran yang tgh renovate umah,apalagi aktiviti menyapu habuk yang berkati2...mujurla en.azharudin seposting menolong mencoci lantai kat depan tu hehe.timakasey ye....
so ..nak ckp apa lagi....hmm tgk je la gambar2 kat sini....
jumpa lagi...

Wednesday, October 13, 2010

hancurnya sebuah KEBAHAgiaan kerana FACEBOOK!!!


Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.

So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook. Dan bagaimana pula jika si suami sering melawat danmemberi komen di album rakan wanitanya padahal fb si isteri lansung tidak dilawati....?

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!
Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.

Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?

Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?

Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!

So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati.

tulisan ni pun lebih kepada berpesan pada diri sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!

Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?

sekali melangKAH dek tersilap langKAH ,tiada peluang lagi untuk mengundur.kelak diri sendiri menaNggung MALUUUU....!!!



Source: http://justkhai.com/blog/hancurnya-sebuah-kebahagiaan-kerana-facebook/




Thursday, October 7, 2010

perasaan....dari seorg wanita.



1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Think about it!

Tuesday, September 7, 2010

1 syawal ...






1 syawal akan tiba jua tak lama lagi,dan aku pada esok pagi akan terus pulang ke kampung nun jauh di sungai petani.tahunni raya amat bermakna walaupun hanya sekejap ja bercuti,.walaupun 6hari bercuti,jarak perjalanan antara kampung ku dan kampung suami membuatkan coti tidak terasa lama...
untuk syawal tahun ni aleesya dapat baju raya lagi hadiah dari umi,abi n abg hasraff yang rindukan aleesya,.gaun pink ni akan ku pakaikan pada aleesya,harap2 muatla... selain pada tu umi siap bagi 1 hamper berisi biskot,kek marble, maruku hadiah buat kami. aku ucapkan terima kasih pada umi sekeluarga kerana menyayangi aleesya. dan khas buat mama,abah,makteh,mngah yang sepenuh hati menjaga aleesya,hanya ALLAH saja yang mampu membalas jasa kalian.
dan pada sahabat2 blogger, rakan2 sekolah,pusatlatihan perda,giatmara,kolej, aku rindukan saat kita dulu! dan buat kawan2 seperjuangan di tempat kejaku semoga terus tabah dan cekal dalam memnempuh liku2 hidup kita yang bergelar seorang pekerja,biarpun tak sehebat mereka yang cemerlang namun tanpa kehadiran kita mana munkin operasi akan berjalan lancar. selamat hari raya semua,mohon maaf andai kata ada terguris dihati,terkasa bahasa, lebih kurang mintak halal.
jumpa lagi

Saturday, September 4, 2010

kisah sambot raya...




tahun ni aku dpat merayakan satu syawal 2010 di kampung halamanku sendiri..sudah hampir 3 tahun aku menanti saat ini,bagi pekerja syif macam aku ni terpaksala ikut giliran supaya adil dan saksama hehe...utk persiapan tahun ni hanya sederhana dan ikut bajet..utk mama di kampung aku dah siapkan bekas tempat letak kuih raya ,begitu jua ibu mertoaku di gomeh....cumanya kueh kena isi sendiri hehe.dan untuk aku di umah cukupla sekadar bekas yang kecik sikit..(adaka orang nak mai umahku ni ) ;-)
dan bagi aku semangat raya ni agak berkurangan kerana umur pun dah makin tua..cuma hari raya tahun ni anak aku aleesya takkan keseorangan,ayah ,ibu akan ada disisi aleesya pagi raya ni tao!! cuma acik @ momy ja tkdak kerana beraya di segambot hehehe ..utk acik tak apa kami akan menguplod kan segera gambar2 aksi2 kami berhari raya yeeee...jgn marahhh.
buat kawan2 ku,SALAM AIDILFITRI DAN MOHON MAAF DARI HUJUNG KUKU KAKI SAMPAI UJUNG RAMBUT YA!..........

Monday, August 30, 2010

salam kemerdekaan...




31hb ogos ni kita akan menyambut kemerdekaan yang ke53, Alhamdullilah kita masih lagi mampu bernafas dengan aman,tidak seperti negara-negara saudara kita yang sedang bergelut,berjuang utk hidup...
YA ALLAH YA TUHAN KU,Kau lindungilah bumi Malaysia ku ini dari segala musibah dan peliharala negaraku ini dengan aman sentosa..syukur padaMu ALLAH atas kemerdekaan dan kebebasan yang tak ternilai ini...
merdeka ! merdeka! merdeka !

Saturday, August 21, 2010

sekadar berkongsi petua/ilmu...ikhtiar utk yg sukar hamil


petua ini saya pinjam dari redcomel iaitu sahabat craft bloggerku.semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaat ..kepada kawan2 yang ingin berkenalan dengan redcomel bolehla ke sini redcomel
petua ni untuk mereka yang ada masalah kesuburan, boleh berikhtiar melalui cara pemakanan. Ini adalah petua turun temurun orang melayu ye.


1. Memakan taugeh mentah selama 6 bulan setiap hari. ~ berapa banyak tak pulak buku ni cakap, tapi tiap hari, make sure basuh dulu tau. Jangan balik-balik pasar buka plastik terus ngap aje. :)


2. Makan ulam pegaga.~ ulam pegaga mmg bagus. Masa saya praktikal dulu saya penah cuba hasilkan minuman pegaga dengan nenas,dalam usaha menghasilkan minumam berkhasiat, tapi serius tak sedap dan lagi rela saya makan ulam pegaga begitu sahaja. Terus terminate eksperimen tu. Sigh..


3. Ambil kunyit bara besar ibu jari, daun asam jawa2 genggam dan sikit garam. Tumbuk dan perah.Minum sebelum sarapan dan makan malam. Amalkan dua minggu.~ Sanggup minum tak? :-) Mesti minum,tutup hidung peh tu telan je. Jangan takut.( Ni kalau masuk fear factor sure menang punya. )


4. Jika alami senggugut yang teruk, ambil secekak akar kayu senggugut rebus 2-3 jam, tapis dan ambil airnya, minum segelas sekali, 3 kali sehari. Amalkan selama 6 bulan.~ Mesti susah nak cari akar kayu macam ni zaman sekarang, tapi setahu saya di Johor ada Taman Herba yang mengumpulkan beribu-ribu species tumbuhan herba. Mungkin boleh cuba cari di situ.A


5.Ambil ranting daun dedap , buang bintik2 putih padanya. ambil bawang merah, bakar tapi jangan sampai hangus ye ..Pas tu rebus keedua-kedua bahan tadi ni. Minum air dan hampasnya diletakkan di tempat peranakkan dan lub**g punggung. Ulang 3 kali sehari.





Harap info ni dapat membantu pada yang perlu. Insya Allah moga hidup akan bertambah ceria dan indah dengan kehadiran zuriat yang dinanti!

Thursday, August 19, 2010

rindunyeee...


ibu rindunyeee kat aleesya...agaknya anak ibu dok watpa tu.? teringat sunggohla kat aleesya tao! harini umi long belikan baju tidoq princes ,aleesya terus pakai tanpa banyak soal,sampai tak mau tanggalkan pulak. kelmarin tok abah bawak aleesya pi taman burung.sakan sunggohla nak ibu ni. kami semua rindu kan aleesya...harap2 impian ibu selama ni kaan termakbul. semoga kita dapat menyambut syawal bersama buat kali yang pertama. tapi andai kata tak seperti yang dirancang,ibu pasrah huhuhu cuba di lain masa.... ;-) rindula kat aleesya,..

Friday, August 13, 2010

ramadhan




RAMADHAN yang dinanti datang lagi,...alhamdullilah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati ramadhan pada kali ini...beberapa hari sebelum kedatangan ramadhan aku agak sibuk dengan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh kompeniku..tapi penyertaan kalini tidak sia-sia,alhamdulilah emas milik kami..
esok kami akan pulang untuk berpuasa di kampung nun di utara....dan pastinya kehadiarn aleesya dinantikan oleh tok mama,abah,ateh,awah dan sedara2...semua rindu pada aleesya...jumpa esok ya!...

Sunday, July 25, 2010

ronda2 kotaraya...










minggu lepas ketika tokmama mai kesini,kami bawa tok mama ke pesta flora di putrajaya. aqif n mummy turut serta...lebih kurang jam 6,30 baru dapat jejak kaki di situ kerana jalan banyak tutup dan parking penuh,perkara pertama yang dilakukan adalah sessi fotografi. orang ramai sungguh, dan aleesya seperti biasa tak lekang dari dukung,patah pinggang wehh! aqif pulak rilek ja... kami pun takla ronda sampai abis kerana dh hari makin gelap..dan kanak2 pulak asyik main kapal terbang sorong yang dibekalkan oleh mommy aqif...
masa tibanya kamidisana ning baizura baru je selesai nyanyi,tapi pandangan aku lebih tertumpu pada orang puteh bukan mat saleh tu,tapi orang yang serba puteh dari ujung rambut sampai ujung kukukaki...maskot ke ntahle...tapi kehadirannya menarik perhatian ramai dengan mata tertutup berdiri keras walaupun kadang2 goyang jugakk...ok la tgk gambar laa...tklarat n ak type dah...hhehehe
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers