kawan2:
Tuesday, September 7, 2010
1 syawal ...
1 syawal akan tiba jua tak lama lagi,dan aku pada esok pagi akan terus pulang ke kampung nun jauh di sungai petani.tahunni raya amat bermakna walaupun hanya sekejap ja bercuti,.walaupun 6hari bercuti,jarak perjalanan antara kampung ku dan kampung suami membuatkan coti tidak terasa lama...
untuk syawal tahun ni aleesya dapat baju raya lagi hadiah dari umi,abi n abg hasraff yang rindukan aleesya,.gaun pink ni akan ku pakaikan pada aleesya,harap2 muatla... selain pada tu umi siap bagi 1 hamper berisi biskot,kek marble, maruku hadiah buat kami. aku ucapkan terima kasih pada umi sekeluarga kerana menyayangi aleesya. dan khas buat mama,abah,makteh,mngah yang sepenuh hati menjaga aleesya,hanya ALLAH saja yang mampu membalas jasa kalian.
dan pada sahabat2 blogger, rakan2 sekolah,pusatlatihan perda,giatmara,kolej, aku rindukan saat kita dulu! dan buat kawan2 seperjuangan di tempat kejaku semoga terus tabah dan cekal dalam memnempuh liku2 hidup kita yang bergelar seorang pekerja,biarpun tak sehebat mereka yang cemerlang namun tanpa kehadiran kita mana munkin operasi akan berjalan lancar. selamat hari raya semua,mohon maaf andai kata ada terguris dihati,terkasa bahasa, lebih kurang mintak halal.
jumpa lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nama anak lebih kurang sama dengan anak saya..alisya..
P/s : dijemput join My Raya Moments Contest
Post a Comment