kawan2:

Monday, January 11, 2010

bersama-sama....







bersama-sama Aleesya tak pernah menjemukan dalam hidup aku sebagai ibu yang jauh dari anak,masa terluang akan sentiasa diisi aktiviti yang kadangkala mengalah yang Berhormat. tiap kali balik kampung ada saja lokasi yang akan dituju. apapun saat2 bersama anak yang tersayang,terindu sangat2 dihargai dan menjadi kenangan manis buat ibubapa seperti kami....gambar-gambar ini sewaktu kunjungan ke taman lye huat yang terletak di changlun kedah,lokasinya takjauh dari Bukit Kayu Hitam cuma sayangnya lawatan kami ketika itu tak kena pada masanya kerana bazar yang sediaada telah diganti dengan bazar yang baru yang sedang dlm proses perpindahan,takbyakla kedai yang bukak....apapun lawatan haritu sgt menggembirakan kami terutama Aleesya yang suka betoi tgk ikan-ikan kat kolam tu....

Friday, January 1, 2010

tahun baru menjelma....


alhamdullilah,tahun 2009 telah melabuhkan tirainya.tahun yang penuh dgn peristiwa gembira dan sedih kerana kehilangan org yang tersayang iaitu nenekku. serta pakngahku. semuanya berlalu begitu pantas. dan aku ,masih dengan keadaan berjauhan dari anakku,aleesya azzahra.harapan aku dan doaku mengharapkan tahun 2010 ini membawa rahmat,rezeki dan kemanisan didlm hidupku.mudah mudahan....semoga apa yang telah aku lalui selama ini akan dapat ku harungi dan membawa sinar dan harapan buat diriku dan keluarga ku terutama sekali anakku yang ku sayang....
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers