kawan2:

Wednesday, January 25, 2012

hadiah utk baby dhiya

semakin hari semakin sibuk,dan utk bulan seterusnya lagi sibuk,aku kini sedang menyedia dan mencari hadiah2 utk cabutan bertuah untuk majlis makan malam tempat keja ku,pastu disusuli dengan kenduri di kuala kangsar, dan diikuti family day di melaka pulak..
phehhhs,hidup aku tk pernah sunyi dari kegiatan dan dibantu oleh p.a ku,aleesya...apa yang aku pegang,buat semua dia nak buat..owww..munkin ingin mewarisi kemahiran ku yang tak seberapa ini...



adalah wajib p.a bergambar dengan produk ibunya..

jenuh jugakla nak menulis atas baju ni,kena tunggu p.a lena...

rompers dan hairband yang aku buat....

rompers dan hairband ni aku buat kahs untuk sahabatku yang baru sahaja mendapat cahayamata yang kedua,tahniah mawi&ena...diorang ni aku kenal masa aku mula2 keja,..aku ingat lagi masa tu ,geng budak2 kedah smua menyewa flat sebelah menyebelah pintu,almaklum la pi keja pun pakat tumpang keta kawan2...masa tu ingat lagi,perit,..hari mula menyewa kami pakat2 tido atas tuala dan selimut yang dibawa berbantalkan beg baju,..hehe..lawak bila ingat..pastu iron baju pun pinjam2,sat2 ketok pintu nak pinjam iron.geng lelaki la yang selalu mai pinjam iron tu,..
awi,ena..pasangan muda yang bahagia,mengecapi kebahagian dengan jaya dan muda2 lagi sudah pandai mengumpul aset...aku kagum dengan depa...baju yang aku buat ni limited,tiada dua di dunia ini,khas aku buat untuk baby depa yang bernama dhiyya soffiya..munkin terpengaruh nama dhia kot,si abang yang seusia dengan aleesya beza 1bulan bernama danish ar-rayyan,masa tu pulak tengah hot crita bella,ala crita lakonan elly mazlein dgn ako mustapa yan pegang watak doktor rayyan tu...hm kebetolan la kot..takkisahla..
hadiah ekslusif ni akan ku berikan nanti masa kami melawat ena di sp nanti...tunggu..
wahai orang2 kampongggggg,tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Tuesday, January 24, 2012

seMug bunga..

seMUg bunga ini akan ku hadiahkan utk kakakku.
pening pikiaq,tiba2 mug bungaini muncul masa aku memilih hadiah utk acara di tempat kerja..
aku harap hadiah ini along aku suka..akak aku ni bab bidang seni penulisan memang teror dan pernah menghasilkan buku2 novel,...tapi masa dulu la...antara novel yang masih aku ingat adalah athlea,mengalun badai,dan demi rindu ini,dan akak aku ni aktif dlm penulisan cerpen gak,dulu dia pernah menulis dlm majalah ujang (kalo tk silap aku la,dh lama beb mana nak ingat) dengan memakai nama TENGKUJUH,dia ni aktif gak amik gmbar orang kawen dengan memakai nama maylique,tapi disebabkan masa berubah ,berlalu pergi ,bak kata orang apa yang kita minat itu tak semestinya akan kita buat selalu,.so sekarang ni dia hanya tumpu pada kerja dan part time amik gambar kawen...

semug bunga ros plastik,keychain dan tempat gantung2 nama dia yang aku buat sendiri disini...

ni antara cover novel yang pernah along aku hasilkan,tu yang kanan sekali cover muka azza elite tajuk demi rindu ini,..aku & kak aku pun heran gak nama muka azza elite yang jadi pilihan...lagipun cover ditentukan oleh publishing,..cover yang lain2 aku tak sempat carik...aku ingat lagi zaman kami dok berek polis kat penang dulu,aku la yang tukang pi kutip surat2 dia ,boleh la dlm sehari tu 3,4 surat yang dia dapat,time nak raya lagila,..siap upah aku tu hahaha,gara2 takut bapak ku tau,.aku? kecik lagi masa tu,paling banyak pun dapat masa raya tup un aku yang pos dulu kat artis,yang paling minat 4u2c la ,tambah2lak masa tu minat giler ngan ac,haha,siap jadi fan club 4u2c,tido pun ngan sarung bantal 4u2c,tshirt 4u2c,yang penting amik ac jadi abang angkat tu wajib! bangga giler masa tu,time raya kad 4u2c mesti ada,kru,kad agong,sultan brunei...bangga gilerss.hahahhaahah,nanti la aku try cari balik2 kisah2 lama tu hihi...ingat lagi apa saja tentang 4u2c,exist aku gunting wat buku skrap,sayangnya aku rasa buku tu dah tak wujud,yela dulu2 mana faham,seronok main ja,..nantila kalao2 aku jumpa akan ku buatkan entry khas utk semua tu,..err ada ka yang membaca ni,? apa2 ja la,coretan sekadar suka2...okla,nak siap barang2 utk pulang ke desa ni.hehe....


Sunday, January 15, 2012

Bantal@bantai...

bantal utk hadiah harilahir abg hasraff anak kepada pengasuh anakku ini...


sebelum diserah kepada pemiliknya,adalah harus diposing dulu,seperti selalu...masa ni model dlm keadaan yang sgt sporting sebab dia ingat bantal ni utk dia..haha...
ni pandangan belakang bantal n keychain..

ni plak bantal yang keletihan setelah photoshoot dilakukan..ahahaha...
nak tau lebih lanjut dan gambar2 lagi..klik ke sini! CRAFTKAMI
Semoga abg hasraff sudi menerima nya dari kami..!~

Wednesday, January 4, 2012

alhamdullilah,suka

alhamdullilah,aku suka,ntah kenapa..
aku memang suka cara teh syuhada yang bersahaja dlm mewancara sesuatu rancangan,nampak simple,brutal,santai,tak terlalu kontrol..
dan kali ini penghijrahan yang aku paling suka...



CIk TEH syuhada dah bertudung...alhamdullilah.......................
semoga rakan2 seperjuangannya yang lain mengikuti jejaknya...
amin...suka sangat...ntah napa...

terima kasih cik lin kerana berkongsi kisah...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers