kawan2:

Wednesday, September 28, 2011

kapal haji.....sejarah kapal hajii...

MALAYSIA KITA dan MALAYSIA RAYA....
itu nama kapal haji kota waktu mula2 para jemaah dari Malaysia menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah...dilancarkan pada 14 oktober 1951.dan kini caranya dah berubah mengikut peraliran zaman dan semasa dimama kapal udara digunakan..
bayangkan dulu bagaimana cabarannya bagi para jemaah utk menunaikan ibadah suci di kota Mekah, ada yang jatuh sakit,melahirkan anak malahan ada jua yangtidak sempat menunakan haji dan dikuburkan di lautan...sungguh sedih...
dan alhamdullilah,dengan kemodenan dan kemajuan jemaah haji kini lebih selesa dan dipermudahkan dengan adanya kapal udara..


dan bila tiba musim haji,kami (antara aku,kekodokbulat, nor) pastinya akan menjadi suspens,..tambah-tambah orang macam aku yang tidak mahir lansung hehehe...dantahun ni tiba pula giliran aku untuk berkhidmat dengan para jemaah di Malaysia,..kenala aku banyak2 belajar dari kekodokbulat dan nor...
dan esok 29hbsept 2011 bermulalah kehidupan aku yang akan terasing dari kegiatan semasa...semoga akudiberi kekuatan,kelapangan, dipermudahkan segala urusan untuk menempuh jadual selama sebulan ini,dan yangpasti lemak2 di betis ku akan terbakooor haha...(tu pun kalo tebakor,ntah2 bertambah ganda lagi adala hihi)






suasana sewaktu tahun 1960 ,sewaktu sanak saudara menghantar ahli keluarga mereka yangmenunaikan fardu haji melalui kapal laut,kapal ini bernama KUALA LUMPUR....
kapal MALAYSIA KITA...

KAPAL MALAYSIA RAYA






kapal ini dipercayai dapat mengangkut seramai 2000 jemaah .nama asal kapal kuala lumpur ini adalah Dilwara .
dan menjelang tahun 1970 ,pengangkutan udara semkain menjadi pilihan,dan kapal laut ini ditamat kan perkhidmatannya pada tahun 19790 sebagai pengangkutan kapal haji.dan di scrap pada tahun 1971 di Kaousiung.


* terima kasih sumber http://msaadhamid.blogspot.com/2010/09/kenali-kapal-haji-kuala-lumpur.html .




semoga ALLAH memberi kekuatan dan kesabaran kepada aku untuk tempoh sebulan ini....amin

Monday, September 26, 2011

zikirlah..zikir asmaul husna utk anak yg degil dan keras hatinya..







dengan berzikir,hati ,minda jadi lapang..
segalanya akan tenang..begitu juga dgn hati anak2 yang degil,dan keras hati..
untuk menghadapi cabaran membesarkan anak dizaman ini sememangnya sesuatu yang mencabar...
semoga ilmu yang sedikit ini dapat kita praktikkanpada anak2 kita....
sama-sama beroleh berkat,sama-sama mendapat rahmat..

antara ayat yang sering dibacakan adalah surah Taha ayat 1-5,tapi andai pembacaan tidak lancar ,cara zikir juga dibolehkan..

dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".




"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan.


* terima kasih pada resepirahsiaku.com kerana berkongsi ilmu...
http://www.resepirahsiaku.com/2011/09/zikir-asmaul-husna-untuk-anak-yang.html#comment-form
insyaallah,dapatlah kita praktikkan utk kebaikan kita bersama..mudah2an berkesan..semua ibubapa inginkan yang terbaik buat si anak....


Sunday, September 18, 2011

walaupun terlambat...

walaupun kepulangan kami terlambat dari yang sepatutnya,kami tetap gembira...
gembira menyambut syawal dengan cara kami.
cara kami yang sederhana,itu cara kami,..
berkunjung ke rumah saudara,itu semesti ..
biarpun hanya di hari biasa ,bukan lagi 1syawal..
namun tetap meriah kerana syawal itu sebulan..
semakin hari kita semakin dewasa,
semakin hari kemeriahan syawal itu hanya milik si kecill..
zaman ibu dan ayah telah berlalu...
namun ibu dan ayah tetap gembira kerana anaknya gembira
pulang beraya disamping tok mama,tok abah tok teh n umi long sekeluarga!

mood bergaya!

brgaya dengan gaya tembamkan muka!

model milooo ...

saya sangat happy!
banner ni adalah sumbangan umi long saya pada tok mama saya,kalo nak tau dulu2,sebelum ada banner cemni,tiap2 tahun tokmama akan suruh umin long,ibu saya utk buat banner tiap kali perayaan,,,termasukla tahunbaru cina!...tapi sayang nya masa tu blom ada kamera hp,kamera digital...dan ibu saya pun terlupa nak snap banner tu utk kenangan,...

ini ikan kaloi tok mama saya,ada orang hadiah kan waktu kolam di tepi pondok besar masih ada,kolam itu didirikan sempena hari perkahwinan ibu saya,tapi,tapi kolamitu dah dikambuskan kerana kehadiran kami,cucu2 kesayangan ...kerana khuatir kami akan tertarik dengan kolam itu..maka kolam itu kini menjadi pentas utk pasu2 bunga tok mama saya!
ikan kaloi ini punya rahsia,salah satu ekor ikan kaloi ini berenang senget sewaktu mula2 menyesuaikan diri di kolam kami,kerana tatkala hayatnya dulu dia dipelihara di dlm akuarium yang semakin sempit akibat tumbesaran ikan kaloi itu,maka ikan itu diberikan pada tok mama saya utk dipelihara,agak lama juga ikanitu mampu berenang secara normal,dan ikan kaloi ini pandai menjaga kecantikkan nya,ikan ini hanya MAKAN BUNGA RAYA!..bunga raya..ya itu saja santapannya...!betooll kami tk tipuu...!

ini pula ikan gaPI peliharaan umi long saya.tapi bukan dipelihara di dlm bekas itu,cuma ayah saya letakkan ikan2 yang diambil di umah umilong itu kedalam bekas yang dikategorikan sesuai iaitu bekas KFC kerana penutupnya berlubang2,supaya ikan2 gapi ini selamat smpai di sepang di umah ibu saya...hehe...masa ni saya tengah fikir2 adakah ikan gapi ini selamat smpai ke umah saya.....hmmm

ini antara pokok2 tanaman tokmama saya ,tapi ibu saya ada ambik benihnya,dah 2kali,dan sampai sekarang ibu saya belum jumpa benih tu letak tang mana!.ibu,ibu...
ni pandangan hadapan umah tokmama saya....
sangat patriotik...
nanti bila2 senang saya akantunjukkan apa yg ada disini..
ibu saya cakap,dulu ada juga orang yang lalulalang ingat rumah tok mama saya ini muzium dalam kampung,...sampaikan ada yang datang buat kajiselidik ...hehe...

ni deretan sangkar burung peliharaan tok abah saya...sangat2 byk!...
okla nanti jumpa lagi yeee....tata!

Thursday, September 8, 2011

edisi terima kasih+ nk balikkampongg!

yang pasti saya nak balik kamponggg

sangat2 teruja....

terima kasih auntie halle..

sungguh terujaa...

tu dik mah.....

tudiaa........

ni kek batik buatan cheepp azhar@hero gemas
yang direquest by puan wanii..

lagi-lagi pisang gorennggggggg

hari-hari pisang goringg
baki pisang 2 tandan yangtinggal....

kebun sekangkang kera....tu rimbunan serai yang tak habis2 ..sampai dhnakpupus.....

ni la pokok pisang abuu tuu..
*terima kasih dik mah,.
terima kasih kerana sanggup bwk pisang kebun ku jalan2 pusing key yel naik eRL tuu,
ku hargai kesanggupan kao susah payah membawanya dikk...huhu
bukan senang nak bawak tu,berat tu walaupun sesikat dan setengah sikat pisang jaaa...
alkisah pisang ni,yg pisang comel tu memang dh ada masa ku pindah,pisang yang gebu nama pisang abuu tu(yela kot) benih yang dibawa dari kampung ku ke sepang ,jauh tu,..bayangkan berapa byk negeri dah langkah....

dan semenjak dua menjak ni,pisang kat kebun tu kerap berbuah,lepas setandan keluar lagi setandan..jadi kali ni serentak 2 tandan sekali keluaq...
jadi ku bahagi2 kan la kepada jiran tetangga,tupai(sebab umahku ada tupai selalu mai buat lawatan) dan besan..opppsss...!
dan menu tiap petang lepas keja adalah pisang goringgggla,.
satu menu yang menjadi kegemaran anakku...

terima kasih jugak buat dik mah sekali lagi sebab bagi nonut/donut yang comei2 ..
sungguh semangat aleesya makan hang taooooo!
walaupun hanya donut biasa,bukan big apple ke apa ke,..tapi kami tetap hargai...
terima kasih pada penaja nonut iaiatu dikmah /potri katering hehe!
dan balik ni baru nak rasa KPop tuu hahahahah
semoga maju jaya dlm sebagai ejen kPOP DAN KnR..haha
jgn marahhhh...

Saturday, September 3, 2011

takziah,al-fatihah

sepertimana yang diketahui umum,negara dikejutkan dengan pemergian seorang jurukamera bernama tv dalam liputan misi kemanusiaan di Mogadishu,Somalia.

Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya. "Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia,"




semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..



AL-FATIHAH...









sesunggunya pengorbanan beliau harus disanjung biarpun tidak pergi menggalas senjata tetapi sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyampaikan bantuan untuk rakyat somalia yang menderita disana,...hanya ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA INI.....


tak banyak dalam banyak2 negara islam didunia ini yang mampu dan TAMPIL DAN BERSUARA DAN BERTINDAK,...seperti negaraku MALAYSIA..!

alahai cikgu sheeda...


entry kali ni ,sekadar mengisi masa lapang,sememntara bahan2 siap...inihanya pendapat aku,tapi kalo ada antara peminat cikgu shida yang terasa dihati,..aku minta maaf,aku sekadar bagi pendapat aku....

Rupanya populariti cikgu shida dari parit ni telah membawa dia terjun ke dunia lakonan utk telefilem "cikgu shida cari jodoh".
bagusla cemtu ,glamer la kau cikgu shida,bolehkembangkan bakat daripada terpendam cmtu ja..manatau leh saing pelawak-pelawak yang ada..tapi yangtak bestnya jangan la sampai perlu dedah kan apa yang tak patut,...hmmm..apa perasaan anda jika cikgu shida adalah cikgu kepada anak anda?......

serba -boleh kan.........

imej ni aku suka.....serius dan bersahaja
cikgu yang sportingg.....

tapi gaya dahberubahla dlm telefilem tu...


rasanya ni utk watak makenik kot...

hmm sekali air sungai berubah,sekali pasirnya pun berubah...perubahan itu memang baik,namun adakalanya perlu berpada-pada,..apapun manusia boleh berubah,berubah jadi baik dan sebaliknya...aku harapkan cikgu shida yang menjadi kesayangan anak muridnya tidak akan hanyut dibuai arus glamor seorang artis, biarlah cikgu shida tetap jadi cikgu shida yang ori,tetap yang dulu....jangan terlalu dibuai kontroversi !
dan aku harap lepas ni takdak lagila muncul cikgU2 yang lain yang ikut jejak cikGU SHIDA!
SERIUS! nak berhibur dan menghibur biarla kena pada tempatnya..






dan sebagai seorang cikgu,mahupun bukan cikgu,sebagai umat manusia tambah lagi melayu islam,tak perlula gelarkan orang dengan panggilan monyet...tupai...

terima kasih!...

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers