kawan2:

Saturday, April 14, 2012

masalah,masalah....



Sahabat, tahukah kamu apa makna "WALL" ?
Ia memberi makna DINDING.

Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan ok

Siapakah yang mewujudkan FACEBOOK?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI!

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???
Kaitan mereka sangat ERAT dan MESRA : DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segala-galanya.

Oleh itu, jangan kita jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.
Marilah kita share info berguna ini, semoga kita dan umat-umat Islam yang lain dapat manfaat daripada info ini insyaAllah.

kredit : http://mazeermohamad.blogspot.com/2012/01/jangan-jadikan-facebook-sebagai-dinding.html

hidupni memang banyak masalah....
kalo tak dak masalah itu MASALAH namanya...
takkan aku ja yang bermasalah,..
hmm ramailagi kat luar sana masalah jugakkkkan..?
Jadi salurkanlah rasa marah tu pada saluran yang betul,..
jangan biarkan masalah itu menguasaii diri..
dengaq tu chekkkk.....
sabaq je la...

Friday, April 13, 2012

dah nampak dah...

kali ni kisah pokok2ku yang takseberapa....
dalam masa yang ada ni,dengan tiadaan aleesya ,aku kena kemaskini pokok2 yang idup segan mati takmahu tuuu segera..
sebabnya tanah dah lama gak ku beli,tapi dok laaa dalam beg plastik tu tak gerak2 selagi tuan dia tak gerak2 tangan utk pi beerkebun...(kebunla sgt)..
utk pengetahuan,err pokok ceri barbados dah mula menampakkan buahnya,walaupun hanya SEBIJIK tapi okey paa utk penanam seperti aku ni,..yang kadang2 siram kadang2 tak ingat nak siram hehe,,,
tk sabar nak ambik gambar bila dah masak nanti...


tu dia,...dah nampak dah....harap2 buah tu dapat bertahan sampai masak la...huhu...

kata penjualnya,pokok ni tahan kena panas,tak banyak pantangnya,tapi bila aku letak direct dgn sunlight nampaknya pokok saya menjadi layu...munkin sebab tak cukup air dan zat macam kat nursery kot..jadi aku telah pindahkan dia duduk sebelah pokok sirih supaya dia dapat teduh dan semangat macam pokok sirih tu...tapi la ni pokok sirih tu macam tak semangat plak,...munkin sebab pasu tu dah tak muat...

ni pulak, pokok apa tak tau...tapi banyakla kat umah aku ni,aku ambik benih ni dari umah ku di kampung....siap naik flight tu mai sepang ni,siap sorok dalam beg tu hehe hebat2...

ni plak pokok jambu aku tu la..kesian dia,..aku tak dan kutip jambu tu,la ni dah kembang n kompem ada olatt yang dok dalam buah tu...

ni pulak pokok stevia aku,aritu dahmati abih pokok ni,gara2 aku yang terlupa siram,...sebab pokok ni kena tempat teduh,air mau cukup...tapi dia tinggal jugak waris sikit,..nahhh tumbuh jugakkk 1....

ni plak pokok baldu aku,..benih ni ambik di umah mak aku termasuk pasu kerang tu sekali..hehe...complete set tapi tk termasuk tanah la..


ni pokok daun kari yang dah botak kerana dah 2 kali botak masih lagi ada ulat2 kecik warna itam mai tenggek,geram tui..geli pun ada...mana tau satgi masak gulai ayam,ikan pi jadi kari ulat...eii gelimaaan manmannn..(ceh macam la rajin masak gulai...)tapi alhamdullilah la dah mula keluaq tunas...



dan yang last pokok kadok yang jugak tak bpa nak sihat,..yala cemana nak sihat,sellau orang tanam kat tanah aku pi boh dalam pasu,jadi dia gak tak brapa bebas la kot nak membesar bagai johan...hmm ingat nak tanam bawah pokok jambu sebab situ teduh...tgk la kalo aku rajin hehe....
so yang penting rajindengan tak rajin jaa..jangan jadi macam aku main ikut dannnnnnnnnn jaaa....
ok kengkawan selamat menanammm ya...

Wednesday, April 11, 2012

doa elak bala/bencana

petang tadi aku dikejutkan dengan berita gegaran tsunami yang dirasai,..alongku juga merasainya tempias gegaran itu di tempat keja..teringat aku pada anakku aleesya,family di kampung.
mudah-mudahan dilindungi ALLAH yang maha mengetahui segalanya...

Nauzubiilahminzallik,..
sama-sama kita berdoa agar dijauhkan sebarang musibah...
doa mengelak bencana...

tanda-tanda tsunami:
- air laut surut tiba-tiba..
- gempa di dalam laut.
- haiwan dan burung tiba-tiba lenyap dipandangan keranan haiwan punya deria yang lebih kuat dari manusia...
- gegaran dan hayunan yang kuat sekitar pantai..
- langit cerah tapi terdengar ada bunyi kuat seperti deruman kenderaan.

sesungguhnya ALLAH MAHA BERKUASA di langit dan di bumi....

Monday, April 9, 2012

hari menuai..jambu

semalam ujan ,maka jambu2 telah bergugurann di taman.
kelihatan pagi ini seorang wanita ayu(ceh ayat tak bleh blahh)telah mengutip dan mengait buah di pohon iteww ahaks..ditemani chipmunk yang awai-awai pagi dah mai makan buah jambu tu..makanla cik tupai oii,byk buah tu...dan aku kumpul-kumpulkan jejambu itew sehinga 2 bakul ini..


periuk kiri tu,yang dah dipilih,potong,yangtengah n kanan buah yang tak leh makan ada olatt..

upacara pemilihan buah dilakukan,adakah kaedah paku di pokok berhasil kali ni utk elakkan buah berulat..?
hmm nampaknya agak ada kemajuan kali ini,..
buah yang di besiang( adakah anda paham perkataan ini? mksudnya buah yang di apa haaa,err buah yang di potong2 la kott..hehe) telah berjaya dikumpulkan kepada 1 periuk kecik ,lihat gambar atas kiri...
nampaknya teori paku di pokok menjadi jugak walaupun ada juga buah yang olaat..
tapi berbanding dnegan yang lepas2,kalini hasil yang dpt dimakan ada pertambahan.

opps,jangan salah sangka,kucing itew bukan sedang memakan buah jambu ya,..

alhamdullilahhh,banyaknye buah niiii....

aku dah siap paket kan utk kawan2 ku di tempat keja,ukt noni,utk kekodokbulat (tula hang tkmo dok berjiran dengan aku,kalo dak leh kita nyicah hahaha) ,tapi aku gaulkan dengan garam n gula ja sebab aku takdak serbuk asam,..bulihla kot noo...
utk aku,aku sejukkan dulu dalam peti es,..satgi balik keja leh nyumnyummm pheh sangat lazat kalo dimakan ditengahari panas2...
sungguh menyelerakan.....

Sunday, April 8, 2012

dah kat kampung..

ni kisah anakku yang nak balik kampung..
balik kampung yang mula-mula menaiki ketapi menjadi kepada menaiku bas...
gara-gara tiket ketapi yang dah abih..heran gak bukan cuti skolah..rupanya minggu ni ada budak2 u yang bercuti seminggu...menurut kata adik ipao ku laa..
patotlaaaaa hmmmmmm

maka bas telah menjadi pilihan yang tepat untuk anakku yang pantang melihat bas...mesti dia akan cakap bas epes(bas express atau bas mama)..sebab mak aku selalu mai sini dengan bas..

kebimbangan jelas terpancar,..sebabnya aleesya dah hampir2 tak jadi balik sebab tiket ketapi untuk hari jumaat dah abihh...haha

akhirnya misi aleesya berjaya untuk balik kampung ,setelah berjaya beli tiket bas keesokkan harinya,...
aleesya tunjuk muka risao,takot2 kali ni masihtak berjaya untuk balik kampung dengan bas...


ceceeeh happy sangat..!

dah mula boringg la tuuuu...





ni aksi aleesya yang tak sabar nak naik bas,masa bas belum muncul aleesya jerit
: bas,...ohhh bas....mai laaa cepatt" haha lawak betuii!

berjaya akhirnya dengan che pah yang tak dilupakan....tapi silap aku jugak tak mintak seat barisan tengah,jenuh meloncat tera nak sampai kammpungggg ,dah la duduk tepi pintu kecemasan..adoiyaii nak wat cemana nakk,ni bukan naik kapai tebang,,leh kakak cantik tolong tukaqkan seat tuuhuhu....
best laaa dia kat kampung la niiii....bestla warga no.46 tuuu
ibu?,,,,,... bz sedia2 dengan macam2 keja...

selingan... ni pokok jambu ku yang dah mula nampak buah2...banyakk wooo

tapi sayang rupanya indah,tapi belum tentu isinya seindah rupanya...
sebab dalam nya selalu ada olaaaaatt............ulat buah huhu...
kalo nak makan kena pilih2laa...
tapi dah cub apetua nakkurangkan ulat n buruk buah...
ada yang kata kena ketuk paku pada pokok tu..hmm bunyi macam tak logik...
tapi ku dah try..
tunggu n tengok ja laa hasil tuaian kali ni ada pembaharuan ka takk nooo...
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu....................




Saturday, April 7, 2012

kenapa kita ketawa sgt?...


entry ni utk kawan2 sekerja aku..
semalam,..kelmarin kenapa kita happy@ketawa @gembira sangat..?
adakah kita betul2 happy?
adakah itu tindakan normal utk orang yang macam tak dak kehidupan macam kita ni menghayati kegembiraan dengan cara kita...
bila odway balik umah semalam aku terpikiaq awat kita happy sangat haaa...dan hari ni mata kiri aku tergerak2..apa petanda tu...
adakah kita akan terpisah kawan?
aku rasa biarpun kita tak sempurna ,(kita manusia memangla tak sempurna) tapi kita dah cuba sebaik mungkin untuk pertahan dan lancarkan prestasi kerja kita...jaga kubu kuat kita noo..
harap-harap khabar yang kita dengar tu hanya omongan kosong..
aku tak mau mengharap dan menaruh harapan...tapi aku kalo bleh biaq kita saja yang ada disini tanpa perlu ganti2lagi..(bukan nak kongker na)
tapi tak salah kita nak happy kan ,walaupun hakikatnya masing-masing punya masalah tersendiri..
teringat baikt lagu maher zeinnn,
InsyaALLAH,
InsyaALLAH,insyaALAH
ada jalan nyaaaaaaa


ketawa

mungkin ketawa tu ubat pengubat lara utk orang yang duka lara macam aku,..hmmm
no tenshon tenshonnnn......berikut saya bagitau khasiat ketawaaaa:

a. Merendahkan tekanan darah

b. Merangsang mood.

c. Meningkatkan daya ketahanan badan.

d. Memperbaiki fungsi otak

e. Melindungi jantung.

f. Merapatkan hubungan dengan orang lain.

g. Melegakan perasaan.

h. Membuatkan kita berasa selesa.

mungkin sebab tu la aku gelak sangat kelmarin,,nak release tenshonn katakan...hmm
nasib beik meter kat dinding tu tak naik bleppbleppbleeeeppp


ketawa

ketawa lagi...
jangan ada yang teGHEyak sudahlaaaaa noo lepaih ni.....

kredit pic & sumber to: google...

tegheyak: - menangis

Friday, April 6, 2012

doa utk ibu dan bapa...


mari lah kita berdoa untuk ibu dan bapa kita selagi kita masih bernafas di muka bumi ALLAH ini..redhalah dengan segala ujian yang diberi kepada kita untuk menyusuri liku-liku hidup yang penuh dugaan dan mencabar ini,...YA ALLAH ...ampunkan lah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan pada ibu dan bapaku samada sedar atau tidak sedar...

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…

kredit: http://aidanatasya.com/doa-untuk-ibu-bapa/

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers