kawan2:

Sunday, September 18, 2011

walaupun terlambat...

walaupun kepulangan kami terlambat dari yang sepatutnya,kami tetap gembira...
gembira menyambut syawal dengan cara kami.
cara kami yang sederhana,itu cara kami,..
berkunjung ke rumah saudara,itu semesti ..
biarpun hanya di hari biasa ,bukan lagi 1syawal..
namun tetap meriah kerana syawal itu sebulan..
semakin hari kita semakin dewasa,
semakin hari kemeriahan syawal itu hanya milik si kecill..
zaman ibu dan ayah telah berlalu...
namun ibu dan ayah tetap gembira kerana anaknya gembira
pulang beraya disamping tok mama,tok abah tok teh n umi long sekeluarga!

mood bergaya!

brgaya dengan gaya tembamkan muka!

model milooo ...

saya sangat happy!
banner ni adalah sumbangan umi long saya pada tok mama saya,kalo nak tau dulu2,sebelum ada banner cemni,tiap2 tahun tokmama akan suruh umin long,ibu saya utk buat banner tiap kali perayaan,,,termasukla tahunbaru cina!...tapi sayang nya masa tu blom ada kamera hp,kamera digital...dan ibu saya pun terlupa nak snap banner tu utk kenangan,...

ini ikan kaloi tok mama saya,ada orang hadiah kan waktu kolam di tepi pondok besar masih ada,kolam itu didirikan sempena hari perkahwinan ibu saya,tapi,tapi kolamitu dah dikambuskan kerana kehadiran kami,cucu2 kesayangan ...kerana khuatir kami akan tertarik dengan kolam itu..maka kolam itu kini menjadi pentas utk pasu2 bunga tok mama saya!
ikan kaloi ini punya rahsia,salah satu ekor ikan kaloi ini berenang senget sewaktu mula2 menyesuaikan diri di kolam kami,kerana tatkala hayatnya dulu dia dipelihara di dlm akuarium yang semakin sempit akibat tumbesaran ikan kaloi itu,maka ikan itu diberikan pada tok mama saya utk dipelihara,agak lama juga ikanitu mampu berenang secara normal,dan ikan kaloi ini pandai menjaga kecantikkan nya,ikan ini hanya MAKAN BUNGA RAYA!..bunga raya..ya itu saja santapannya...!betooll kami tk tipuu...!

ini pula ikan gaPI peliharaan umi long saya.tapi bukan dipelihara di dlm bekas itu,cuma ayah saya letakkan ikan2 yang diambil di umah umilong itu kedalam bekas yang dikategorikan sesuai iaitu bekas KFC kerana penutupnya berlubang2,supaya ikan2 gapi ini selamat smpai di sepang di umah ibu saya...hehe...masa ni saya tengah fikir2 adakah ikan gapi ini selamat smpai ke umah saya.....hmmm

ini antara pokok2 tanaman tokmama saya ,tapi ibu saya ada ambik benihnya,dah 2kali,dan sampai sekarang ibu saya belum jumpa benih tu letak tang mana!.ibu,ibu...
ni pandangan hadapan umah tokmama saya....
sangat patriotik...
nanti bila2 senang saya akantunjukkan apa yg ada disini..
ibu saya cakap,dulu ada juga orang yang lalulalang ingat rumah tok mama saya ini muzium dalam kampung,...sampaikan ada yang datang buat kajiselidik ...hehe...

ni deretan sangkar burung peliharaan tok abah saya...sangat2 byk!...
okla nanti jumpa lagi yeee....tata!

Thursday, September 8, 2011

edisi terima kasih+ nk balikkampongg!

yang pasti saya nak balik kamponggg

sangat2 teruja....

terima kasih auntie halle..

sungguh terujaa...

tu dik mah.....

tudiaa........

ni kek batik buatan cheepp azhar@hero gemas
yang direquest by puan wanii..

lagi-lagi pisang gorennggggggg

hari-hari pisang goringg
baki pisang 2 tandan yangtinggal....

kebun sekangkang kera....tu rimbunan serai yang tak habis2 ..sampai dhnakpupus.....

ni la pokok pisang abuu tuu..
*terima kasih dik mah,.
terima kasih kerana sanggup bwk pisang kebun ku jalan2 pusing key yel naik eRL tuu,
ku hargai kesanggupan kao susah payah membawanya dikk...huhu
bukan senang nak bawak tu,berat tu walaupun sesikat dan setengah sikat pisang jaaa...
alkisah pisang ni,yg pisang comel tu memang dh ada masa ku pindah,pisang yang gebu nama pisang abuu tu(yela kot) benih yang dibawa dari kampung ku ke sepang ,jauh tu,..bayangkan berapa byk negeri dah langkah....

dan semenjak dua menjak ni,pisang kat kebun tu kerap berbuah,lepas setandan keluar lagi setandan..jadi kali ni serentak 2 tandan sekali keluaq...
jadi ku bahagi2 kan la kepada jiran tetangga,tupai(sebab umahku ada tupai selalu mai buat lawatan) dan besan..opppsss...!
dan menu tiap petang lepas keja adalah pisang goringgggla,.
satu menu yang menjadi kegemaran anakku...

terima kasih jugak buat dik mah sekali lagi sebab bagi nonut/donut yang comei2 ..
sungguh semangat aleesya makan hang taooooo!
walaupun hanya donut biasa,bukan big apple ke apa ke,..tapi kami tetap hargai...
terima kasih pada penaja nonut iaiatu dikmah /potri katering hehe!
dan balik ni baru nak rasa KPop tuu hahahahah
semoga maju jaya dlm sebagai ejen kPOP DAN KnR..haha
jgn marahhhh...

Saturday, September 3, 2011

takziah,al-fatihah

sepertimana yang diketahui umum,negara dikejutkan dengan pemergian seorang jurukamera bernama tv dalam liputan misi kemanusiaan di Mogadishu,Somalia.

Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya. "Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia,"




semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..



AL-FATIHAH...









sesunggunya pengorbanan beliau harus disanjung biarpun tidak pergi menggalas senjata tetapi sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyampaikan bantuan untuk rakyat somalia yang menderita disana,...hanya ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA INI.....


tak banyak dalam banyak2 negara islam didunia ini yang mampu dan TAMPIL DAN BERSUARA DAN BERTINDAK,...seperti negaraku MALAYSIA..!

alahai cikgu sheeda...


entry kali ni ,sekadar mengisi masa lapang,sememntara bahan2 siap...inihanya pendapat aku,tapi kalo ada antara peminat cikgu shida yang terasa dihati,..aku minta maaf,aku sekadar bagi pendapat aku....

Rupanya populariti cikgu shida dari parit ni telah membawa dia terjun ke dunia lakonan utk telefilem "cikgu shida cari jodoh".
bagusla cemtu ,glamer la kau cikgu shida,bolehkembangkan bakat daripada terpendam cmtu ja..manatau leh saing pelawak-pelawak yang ada..tapi yangtak bestnya jangan la sampai perlu dedah kan apa yang tak patut,...hmmm..apa perasaan anda jika cikgu shida adalah cikgu kepada anak anda?......

serba -boleh kan.........

imej ni aku suka.....serius dan bersahaja
cikgu yang sportingg.....

tapi gaya dahberubahla dlm telefilem tu...


rasanya ni utk watak makenik kot...

hmm sekali air sungai berubah,sekali pasirnya pun berubah...perubahan itu memang baik,namun adakalanya perlu berpada-pada,..apapun manusia boleh berubah,berubah jadi baik dan sebaliknya...aku harapkan cikgu shida yang menjadi kesayangan anak muridnya tidak akan hanyut dibuai arus glamor seorang artis, biarlah cikgu shida tetap jadi cikgu shida yang ori,tetap yang dulu....jangan terlalu dibuai kontroversi !
dan aku harap lepas ni takdak lagila muncul cikgU2 yang lain yang ikut jejak cikGU SHIDA!
SERIUS! nak berhibur dan menghibur biarla kena pada tempatnya..






dan sebagai seorang cikgu,mahupun bukan cikgu,sebagai umat manusia tambah lagi melayu islam,tak perlula gelarkan orang dengan panggilan monyet...tupai...

terima kasih!...

Monday, August 29, 2011

OHH my kampung raya mERDEKA!!!

OHH MY KAMPUNG......
salam aidilfitri...bila makan kuih,ketupat tu..ingat2 la kami disini....
oooh my kampung meriahnya....
miss u.....


buat mama,abah,along,mteh,mngah,dan rakan taulan sanak saudara dikampung,
semoga lebaran ini tetap meriah tanpa kehadiran kami,...
huhuhu...

Sunday, August 28, 2011

salam lebaran...

salam lebaran buat semua,
salam sejahtera buat insan tercinta....salam aidilfitri buat semua,tak kira dimana berada semoga semua kan beroleh rahmat dan berkat,memanjangkan silaturrahim bertambah erat tak kira kecil ,besar,tua,muda ,miskin mahupun yang kaya,yang terkenal mahupun tidak semua pasti meraikannya...

sempena 1 syawal ini saya memohon kemaafan andai kata terkasar bahasa,tersalah biacara,teremosi takkena tempatnya,terlebih darikurangnya,..keranasaya juga insan biasa ,yang tak lari dari melakukan kesilapan,..terima kasihbuat teman,terima kasih buat teman di alam maya,terima kasih atas perkongsian ilmu ,berita,petua,resepi,kisah,pengalaman....semoga segalanya dihalalkan...dan terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir danbatin
daripada
shazwani@wanikeni
& famili.....




Saturday, August 27, 2011

anda dimana?


anda semua di mana ketika ini,?
sudah pasti sedang sibuk menyiapkan persiapan hari raya dan tak kurang juga yang terus menambah bonus pahala dengan terawih ...
aku,? aku masih setia disini,berteman kan bunyi enjin kapal dan gelagat manusia yang berjawatan tinggi namun tk semesti nya pemikiran tinggi! ...
dan kesempatan yang ada,sempat jugak la jahit kain sampin utk hero gemas ,...
dan sedikit panduan jimat cermat daripada aku..hihi



jahit kain sampin lepas makan soq...


ni kisah beg tarik aku yang dah koyak rupanya...
beg ni dah bersama aku lebih kurang dari tahun penghujung 2004 hingga kini masih berkhidmat dengan aku,yela sebab tuannya pun leh tahan kedekut..isy ..tk la,memang beg ni tahan lasak,kira berbaloi sangat la tahan lama,..walaupun harganya seingat aku dlm linkungan hanya rm60 ,beli di mydin dekat jalan TAR ...

tudiaa,anda buleh lihat dengan jelas yaa..

kalao macam ni tahapnya,memang kompemla beg aku akan terburai bila dah sampai penang nanti...(ni kisah masa nak balik kg aritu)...apa nak ,buat mana nak cari dengan dan dan beg ,...jadi aku pun tiba2 terpikir nak buat sarung macam beg jemaah yang pi haji yang mana beg depa selalu ada sarung kain kot luaq kan yang kadang2 leh tengok kat sarung tu tulis alamat kan...apa lagi pi la cari kain yang sesuai...pastu teruskan dengan menjahit....zupzap zupzap siappp!...

pandangan dari atas....


pandangan dari depan.............
jadi para suri rumah yang mengalami tragedi beg koyak buleh la mengikuti tips jimat saperti aku ini. kompom beg anda tidak akan terburai dan senang dikenali di antara beg2 yang lain,...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers