kawan2:

Saturday, June 25, 2011

kek tipu,..cobaan

hehe menjadila jugak kek tipu aku,cara aku!


okla tu,percobaan pertama,...hehe

nila cara orang yang takpegi berkursus faux cake...


ni pula projek terbaru....sebenarnya dhlama tapi semalam baru sempat buat...


dalam kesibukkan aku nak menyiapkan produk utk dijual pada 28hb ni ,sempat gak curi masa menyambung tugasan/masakan kek tipu(faux cake) ku yang terbengkalai....niat dihati nak buat macam proo..haha tapi disebabkan kekurangan masa dan fulus mania maka aku telah memcoba sendiri membuat kek tipu itu melalui pemerhatian ku melalui internet maka eksperimen telah dilakukan dan terbengkalai dan disambung dan selesai semalam,....
yang nak tergelaknye,bila dah siap anakku aleesya siap nak usung pi simpan dalam peti es,oowww aduhaianak,ini kek tipu,tak yah simpan dalam peti......dijamin makan tak habis-habis... aarggggh...cit ti@kekodok bulat http://littlelulu-cempaka.blogspot.com/ tak best arr
hang takdak masa meniaga nanti ...apa puntak bleyy....huhu..tkpe la ku paham...ku paham hehe

Sunday, June 12, 2011

apam@apom nenek2/ apam tepung gandum

menjadi jugak la apam nenek2 ni...

tengok tu perbezaan jadi n tak jadi...


tengok tu.....


ok hari ini saya telah mencuba resepi orang lama,resepi nenek yang sering dijadikan hidangan minum petang, setelah melihat ibu mertuaku yang telah menghasilkan apam yang begitu lama telah ku lupakan,maka dengan semangatnya aku juga telah mencobanya...kerana dan yang pasti resepi ia mudah dan tak banyak benda,senang!


Apam tepung gandum:-



- 3 1/2 cawan tepung gandum

- 1 cawan gula (campoq ngan gula merah pun buleh)

- 1 paket yis serbuk

- 2 cawan air biasa

- 1 cawan air suam (utk dibancuh dgn yis)

- pewarna (kalao nak warnakan la)

- kelapa parut yang diletakkan sedikit garam





caranya:-

- campurkan yis dengan air suam,kacau sebati,ketepikan.

- tepung gandum dicampurkan dengan gula dan tuangkan bancuhan air yis tadi dan air 2 cawan tu,

- boleh masukkan pewarna jika mahu( saya letak warna hijau).

kacao sebati.

- tutup bekas tersebut dan biar direhatkan dalam 2-3jam atau adunan telah naik 3 kali ganda.

- kukusla dengan pengukur yang telah panas/ didih airnya

sehingga masak , dan sejukkan dan boleh la dimakan dengan kelapa parut tadi..

sungguh lazat!....





* memasak perlukan kesabaran,kalao tak sabar asyik nak cepat ja jadila seperti saya,1 loyang yang pertama dikukus tak menjadi,gara2 nak cepat siap,...hehe.....(refer gambar tu)







Thursday, June 9, 2011

terima kaseh umi & family...

wajah seorang yang happy sekali!






todiaaaa semangat tu...!




terima kasih umi & family....


kerana begitu bertungkus-lumus untuk mengadakan jamuan khas utk aleesya az-zahraku....


sesungguhnya aku terhutangbudi atas susah-payah umi dan family yang bekerja keras untuk menyiapkan kek yang begitu membuat anak ku teruja kerana kek itu ada gambr dia si samping cik tet(nama gelaran utk bear merah dlm gamabr tu,..aku pun baru tau). sebenarnya aku memang plan nak buat majlis potong kek utk anakku,memandang anakku telah potong kek di kampung tanpa kehadiran aku,so kita hanya merancang tapi ALLAH jua yang menentukan maka majlis itu tk dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat atas sebab-musabab yang tak dapat dielakkan...jadi tarikh pun belom ditentukan...tup-tup umi call" hello,ngah satgi mai kul 2.15 bagi aleesya pakai baju cantik2 nak amik gambaq..." aku pulak terus terpanik dan dpt mengagaknya kerana umi pernah berkata padaku..malu jugak kerana aku tak sempat buat apa-apa kerana baru balik hantar mama n ateh ke kajang...


apa nak buat,rezeki jangan di tolak,...tahun lepas pun umi buat suprise jugak bawak kek ke rumah ku, (tgk sini)siap nyanyi2 lagi,very the happy family!...thanks umi...
terimakaseh terimakaseh terimakaseh terimakaseh terimakaseh
hanya ALLAH yang dapat membalas jasa...
saya amat terharu.......
terimakaseh atas hadiah yang begitu berharga........sangat-sangat tak sangka....

terIMA kASIH uMI, AbI & ABG HASraff...




aleesya ngan ayah...







aleesya disamping pembuat kek...abg hashraff







aleesya ngan umi@pengasuhnya..





kek yang umi n abg hashraff buat..




semua ni umi yang buat n taja.....







penuh warna -warni...

















Monday, June 6, 2011

berikan kekuatan...



Ya Allah,...


berikan dan kurniakan kami kekuatan untuk kami menghadapi hari esok dengan sebaiknya.


mudah-mudahan segala urusan akan berjalan lancar dan dipermudahkan.


amin.........

Tuesday, May 31, 2011

cekelat crunch...














sekadar memenuhi permintaan rakan ku Ina mawie yang bersungguh nak lihat bagaimana rupanya cekelat crunch yang ku buat tu..semoga recepi yang tak seberapa ni membantu ....sebab aku pun bukan pandai sangat...


sebenarnya sangat sonang n mudah,.sebab hanya perlu lebih usaha dan giat usaha untuk hasilkan cekelat ini kerana beli n cair n tuang ke dalam acuan,sejukkan terussss saja ngapppppp.!



cekelaT CRUNCH!


bahan2nya:-


- 1 bar coklat compound jenama beryl's


(ada bermacam brand tapi bagiku cekelat ni sedap...)


- 1 pek bertih beras.perasa koko lebih sedap!


(err rasa betul kot namanya,tktau lak nama yang spesifiknya)


- acuan kegemaran anda..



caranya:-


- gunakan teknik double boil utk cairkan coklat tersebut.


pastikan betul2 cair dan terus tuang pada acuan tersebut.


- selepas itu taburkan bertih beras mengikut sebanyak mana yang diinginkan.


- lapisklan sekali lagi coklat tersebut jika mahu....


- sejukkan!


- keluarkan dari acuan,sedia untuk di makan begitu sajaaaaa....


mudah sangat! sebab tak perlu buat apa..hanya perlukan usaha...hehe


resepi yang sangat sesuai untuk orang saperti ku yang nak cepat siap!













Monday, May 30, 2011

selamat hari lahir ANAK...aleesya az-zahra binti azharudin







selamat hari lahir anakku,...

kerana mu anak,maka itulah permulaan bermulanya blog aduhaianak ini...

hanya kerana mu anak, kerana kamu anugerah teristimewa.

segalanya kami curahkan kerana kamu...hanya kamu untuk kamu...

semoga seronok dengan sambutan hari lahirmu pada hari ini di kampung halaman walaupun tanpa kehadiran ibu dan ayah,semestinya sambutan tetap meriah seperti yang anak tunjukkan semalam dalam 3G..

nanti InsyAllah kita sambut disini yaaa anak....

aduhaianak,oh anak,...

kami sayang kamu...!





Sunday, May 29, 2011

kek cekelat ibu...

lihatla kek yang ibu buat...



saya sukakan nya!









mmmmm,bestnyaaa...


hari coti yang lepas ,peluang yangada aku gunakan untuk membuat kek,..sebenarnya aku memang malas bab nak buat kek,sebab kek selalunya tak menjadi,...taktau napa kerana oven atau kerana aku yang tak punya bakat hehehehe..maka talian hayat telah dilakukan kepada along ku http://bakergrapher.blogspot.com/ maka resepi mudah untuk buat kek cekelat telah ku terima,mklumla prinsip aku kalo masak mesti yang senang, mudah n cepat utk di ngap...aku jenis yangtak penyabar ..hehe apa saja mesti nak siap cepat...

so kepada yang membuat permintaan iaitu sahabatku Ann http://zurheritage.blogspot.com tapi bab masak ann lebih pakar la...inila resepi mudahnya:....



kek cekelat simple: -


bhn A-

- minyak masak 1 cawan

- serbuk koko 1 cawan

- susu cair 1 cawan

- gula 1 cawan

- susu pekat 1/2 cawan

- telur 3 biji


bhn B-

- tepung gandum 1 1/2 cawan

- 1/2 sudu kecik baking powder

- 1/2 sudu kecik sodabikabonat

bahan ini semua diayak bersama...


*satukan kesemua bahan A, termasuk telur yang telah dipukul sebati. kemudian tuang tepung yang telah diayak tadi,..kacao sebati,(kacao dgn wire whisk pun ok,senduk kayu pun dah ok..)

bila dah sebati tuangkan kedalam acuan loyang yang telah dilengserkandengan minyak terlebih dahulu...

kukus dalam pengukus yang telah panas selama 45minit mengikut kebesaran pengukus dan kesesuaian acuan..seeloknya balutla tudung periuk anda dengan kain supaya tiada air yang menitis ke atas kek anda...

sejukkan,potong n bolehla terus ngap kedalam mulut anda .

nak hias dengan topping pun boleh..

ikotla kerajinan yang anda ada...

utk topping saya hanya gunakan bahan seperti ini:


- sedikit serbuk koko (agak2 sendiri sukatan)

- marjerin atau butter(agak@ sendiri sukatan)

- susu pekat manis (agak2 sendiri sukatan)

* cairkan marjerin tersebut jgn sampai hangit. masukkan susu pekat dan serbuk koko,kaCao atas api perlahan dan tutup api.

tuanglah keatas kek anda dan hiaslah mengikt selera dan kerajinan anda ok.selamat mencuba!

p/s: resepi kek ni selain daripada teknik mengukus,teknik membakar pun boleh juga,,cuma munkinkek itu akan kurang lembabnya berbanding kukus...


































Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers