ok hari ini saya telah mencuba resepi orang lama,resepi nenek yang sering dijadikan hidangan minum petang, setelah melihat ibu mertuaku yang telah menghasilkan apam yang begitu lama telah ku lupakan,maka dengan semangatnya aku juga telah mencobanya...kerana dan yang pasti resepi ia mudah dan tak banyak benda,senang!
Apam tepung gandum:-
- 3 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (campoq ngan gula merah pun buleh)
- 1 paket yis serbuk
- 2 cawan air biasa
- 1 cawan air suam (utk dibancuh dgn yis)
- pewarna (kalao nak warnakan la)
- kelapa parut yang diletakkan sedikit garam
caranya:-
- campurkan yis dengan air suam,kacau sebati,ketepikan.
- tepung gandum dicampurkan dengan gula dan tuangkan bancuhan air yis tadi dan air 2 cawan tu,
- boleh masukkan pewarna jika mahu( saya letak warna hijau).
kacao sebati.
- tutup bekas tersebut dan biar direhatkan dalam 2-3jam atau adunan telah naik 3 kali ganda.
- kukusla dengan pengukur yang telah panas/ didih airnya
sehingga masak , dan sejukkan dan boleh la dimakan dengan kelapa parut tadi..
sungguh lazat!....
* memasak perlukan kesabaran,kalao tak sabar asyik nak cepat ja jadila seperti saya,1 loyang yang pertama dikukus tak menjadi,gara2 nak cepat siap,...hehe.....(refer gambar tu)
5 comments:
perghhh apom depa....
oklah tu...kalau saya, laaaaaagilah malas...huhu...
tapi apesal saya nampak sedap je yg jadi mcm bengkang tu...
wau sdpnye hehe. nk ckit ..
salam Angah..lama x buat apam.Bila tinggai berdua nie,nk kuih beli la 2-3 ketui jer.Nk buat alang2 lak...hihi
salam...ko nak masuk ke GA aku tu? kalau masuk sila tinggalkan link ye..
sila ikut syarat...heheh..
Post a Comment