kawan2:

Tuesday, March 20, 2012

impian ..rumah

semalam,.lepas aku balik dari kodaikat nilai,aku,hero gomeh n alessya,kami saja2 jenjalan tengok umah-umah di sekitar umah kami...disekitar umah kami ada macam2 taman,sampaikan ada taman yang aku pun taktau.....
sajala kami ronda2 utk bagi motivasi dan makanan pada otak kami petang2 yang hening, untuk kami motivasi diri,kuatkan semangat,tabahkan hati utk harungi hari2 yang mendatang...
sebenarnya kami masih lagi sewa umah...sesaja pusing2 taman....


best kalo umah aku ada tangga macamni,..suka aku,..tapi hari2 mesti tak larat sapu,...dan hari2 mesti aleesya kena marah sebab main dekat tangga....

umah kampung,...ni adalah umah idaman aku,juga umah idaman hero gomeh yang katanya inginkan umahyang dekat dengan bendang,phehh...tambah pulak kalo dapat umah yang ala2 umah melaka tangga lebar tu,,,phehhh best ja dok kat tangga batu yang lebaq tu masa hari raya amik gambaq..sempoiiii!kena lak kawasan umah yang lapang macamni,pheh petang2 rilek ja menyicah garam belacan dengan jiran aku limah@kekodokbulat..cewah...kiranya masa tu aku sembang2ngan limah pasai kenangan waktu keja dulu2 di klia..hahakk..gilorr..

kalo tak dapat hat yang atas tadi tu,umah kayu cemni pun okay aja...sempoi bila aku bukak tingkap waktu time pagi2..huuh angin supsup masuk...tapi banyak jugak tudung tinkap nak kena jahit,takpa aku kan tukang ..haha

ni,....ha ni patern umah yang aku dok lani...tapi bukan yang ni laa..ni aku ambik dari google.tapi sebijik mcmni la,tapi takla ngeri cmnikan....dan depan umah aku takdak pokok seraii ..dalamkawasan umah adala..di samping ternak pokok lalangggggg,...
umah yang aku dok la ni pun sewa ja...,kalo tak,,...aku pun tkmampu dok kawasan ni...yela kawasan yang aku dok ni semuanya hebat2 belaka,...
jiran aku,KAPTEN kapai terobang,BOS kompeni kat klia,LAWYER,..cIKGU besaQ,pEgawai BANK,Boss Besaq APOT,KOntraktor,MajISTRET,dOKtor..phehhh mana la nak setanding dengan aku yang hanya keja biasa ni,ni pun sewa murah,semua orang terkojut,harga sewa ni hanya utk harga umah teres biasa...mungkin rezeki kott....


umah ni pun aku penah dudok,masa zaman bujang2 dulu.masa zaman rempit dengan motobesaq aku la,...ala takla besaq..niat nak tunggang harleydavidson ,tapi mana mampu,..jadilah dapat tunggang jaguh punn hahahahah kenangan sunggguh!! umah ni pun mahai lani,harga dah dekat 200k...mana nak korek..untungnya orang kerja kerajaaan ,semuanya rendah...yang naik n tambah bonus n gaji..keja macam kami ni nak naik pun susah,nak kerot lagi adaaa...huhu...nak pinjam bank pun nahhhh interest mak aiii punya laaaa tinggi...!



macam umah kat atas ni,sapa takmauu kan..huhu..mau mati idup balik tak dapat kot nak dok cemni melainkan tiba2 menang peraduan marjerin ka,kopi pawar rot ka,sijil SIMpanan premiumka "saya memang MOTO"



umah flat cemni pun aku penah dok gak,masa mula2 aku bertapak di klia ni,masa ni aku pun taksangka akan bertahan sampai dekat 8tahun kat negeri ni...aku masih disini..tapi tak dok umah ni laaa....


ni pulak ,kalo kami dapat beli alhamdullilah dah....cukupla dan padanla dengan kerja kami,,...tapi area ni mana nak cari nokkkk,dalam 150k pun dah payah nak dapat,kalo tak kena siap ten parcen ,memang la 100parcen loan,tapi bulan2 lak tinggi mak aiii! nak makan pa ,maonya aku tkdapat balik kampung ku di utara,,,,silap2 setahun 2 kali ja balik...ikat perut la aku.huhu...


so kesimpulannya adalah kalao aku punya kemampuan dapat umah comei macam ni dah syukur alhamdullilah,.dan pastinya aku bangga dan akan bergambar lebih dari macam gambar kat atas ni hehehehehe..akan ku tanam pokok bunga n pokok buah penuh keliling umah..haha berangan!

tak sangka hebat2 umah yang aku lawat semalam,terkedu aku tengok,...cantik2 belaka...
(maap la ,kalo sat sat huruf2 ni sat saiz kecik ,sat besaq...aku pun tkpaham nak adjust tang mana)

mudah-mudahan ,YA ALLAH bukakan la pintu rezeki buat kami ...dan jauhkanlah kami dari sifat 2 malas,....

dan dalam mencari2 di google aku terjumpa ini....mari la kita amalkan...

  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas



- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid



gambar2 diatas adalah hasil pinjaman dari en.google..tidak kena mengena dengan sesiapa pun....

Sunday, March 18, 2012

al-fatihah,..adik dian natrah

berkongsi kisah...
al-fatihah buat adik DIAN NATRAH......
16hb mac 2012 jumaat 9.15mlm


telah perginya permata ayah dan bonda,...
redakan pemergiannya,...jadilah ia bidadari di syurga...
walaupun aku hanya mengenali kisah adik dian di blog kawan craft sekoci norlie.
aku dapat rasanya kesedihan yang diterima...
mungkin itu adalah naluri semulajadi buat seorang wanita apatah lagi yang bergelar ibu...
disini aku link kan antara entry tentang arwah adik dian natrah....





ada disebut " meriba jenazah anak sepanjang perjalanan"...sedih sgt....
hmm tkmampu dah nak coret apalagi..
buat ayah dan ibu arwah adik dian natrah...puan diana dan encik idan..
semoga terus kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan dan yang pasti bidadarimu ini menanti di syurga....
kuatkanlah hati mereka YA ALLAH....
marilah kita sama2 bersedahkan al-fatihah buat arwah adik dian natrah.....


Saturday, March 17, 2012

gubahan utk mr.bob,..

sedikit bz buat masa2 terkini,..
sepanjang kebizian yang berlansung tempoh hari di awal bulan mac,..

ni hadiah dari aku yang aku buat sendirik untuk mr.bob untuk diberi pada pihak pengantin pompuan...

sejambak cinta manis nama nye hehehehehe....kalo nak suruh gubah buleh je,cakap je n ak bila ,untuk gubahan kat atas ni aku amik rm36-40 bergantung pada jenis cekelat nye...

permintaan dari rakan sekerja mr.bob untuk gubahkan hantaran buah2,coklat...
aku coba sedaya upaya,..
tema biru pink..
cara nak gubah semua serah kat aku a to z...dari jenis bakul,..jenis bunga,manis n pelbagai..senanglakan...




untuk diletakkan aneka buah-buahan khas buat sang isteri...





bekas untuk coklat yang diberi oleh mr.bob untuk aku gubahkan...

semoga mr.bob dan pasangannya mieda bahagia selalu ya...maafla kami tkdapat pi kerana menghadiri kenduri sepupu ku di ipoh pada tarikh yang sama dengan mr.bob ni...
oh ya utk pengetahuan aku terima je sesiapa yang nak suruh aku gubah simple hantaran diorang,...yang nak gubah terkejut pun buleh,..maksudnya yang tiba2 angin tkde ribot tkde,tiba2 nak suruh buat hantaran leh ja koling aku utk suruh gubah dengan apa yang adooo.....tapi untuk kawasan sekitar la,area nilai,salaktinggi ..buleh ajee...1 gubahan je pun ku terima...
ok jumpa lagi,nanti sambung lagi yeee...

Saturday, March 10, 2012

hadiah kawen utk kawan..

11hb mac banyak betui kenduri,dan oleh sebab itu esok aku akan gerakke ipoh utk kenduri sepupu ku yang akan melansungkan perkahwinan, dan dengan itu kenduri kawanku mrbob n mrsbob di dewan ilp jln kuchai lama keyyel tak dapat la aku pi,..
untuk itew khas buat mu encik bob,...terimalah hasil dari tangan ku yang tak seberapa....

semoga bahagia melayari bahtera perkahwinan sampai hujung nyawa,,,....
opss,..utk sepupu-sepupu ku,nanti ku uplod kan ye,..bz ya amat....sebab apa sepupu tu ku sebut 2 x?..sebab 2 sepupu ku iatu abang n adik akan kawen serentak...hmm mesti meriahkan..so sambung nanti la nooo...

Friday, March 9, 2012

BEN ASHAARI dan rakan blogger

JOMjom joint segmen nI ,..

syarat nya amat mudah:
1. sila letak header blog ben ashaari
2. tajuk: BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER linkkan ke entry nyee...
3. tulisla apa yg benda yang menarik telah berlaku pada kita harini.
4. tinggalkan url entri lengkap di web site encik ben ashaari
5. jom la pakat joint!

temph sejam je masa diberi,..bermula 9mlm tamat 10 mlm...

10 perkataan yang menarik telah berlaku dlm diri saya harini ialah:...
saya berjaya mencari kasut comel untuk anak saya yang comel! !!!




Saturday, March 3, 2012

kasih anak pada ibunya,,,,

pertama kali tengok gambar ni,..
seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak,namun seorang anak belum tentu mampu menjaga ibunya macam ni,...


terus aku teringat mamaku yang dalam perjalanan ke sini ,bersusah payah membawa moto bersama di dalam JUARA semata-mata untuk kemudahan anaknya esok yang akan lapor diri ,melangkah ke alam pekerjaan....sungaipetani- subang..jauh tu....semata-mata demi kesenangan anaknya untuk pergi bekerja....tiada apa yang diharapkan oleh ibu dan bapa melainkan kebahagiaan,kesenangan anaknya.......namun jangan sesekali lupa dan lukai hatinya...
semoga ALLAH terus melindungi ,mengkurniakan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia kedua mama n abahku.....
terima kasih:


terima kasih:

Friday, March 2, 2012

2kali tangkapan curi..


hari ni dalam sejarah, 2 tangkapan dpaat dikesan..
1 dari kekodok bulat hasil risikan kawan2...
2 hasil usaha giat cergas kami...huhu

sayangnya di usia atok2 pun masih berkelakuan macam tu,itula haritu pongpang pongpang lantang sangat kondem orang ,itu takkena,ini tak patot,patotnya kerajaan mcm ni,mcm itu ,bangkang itu ini,dia semua la baguih..haaa hari ni bila dah kena batang idung sendiri diamm koooo pakcikkkkkkkkkkk.......
siap tak ngaku lagi,last2 akui jugakla,..yanglagi satu pulak dah wat salah tak akui,,muda,masih nak wat keja macam tu,kerana kao kita orangterpaksa terima macam aduan,apa yang kau buat satu penganiayaan ,walaupun kecik,tapi yang besar bermula dari yang kecik,kau kena ingat tu....
alahai,manusia,itula...yang dilarang itula nak dibuat,apa yang disuruh tak pulakkau buat....hanya yang tau menyusahkan orang,kami ni la yang sapa pun tak peduli,walaupun kami cengeee kami beikkk,haha..
apa aku merapu ni,dah la,cukup la sessi merapu kali ni.....aii doyai geram bil apikiaq kan kekodokbulat...sia-sia....

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers