kawan2:

Tuesday, February 22, 2011

semAnGat balik kampongggg!


ponn ponnnn

ku pandu ke kiri ku pandu ke kanan..

hehhehe maaaf ,ter over..

puncanya..

esok lusa nak balik kampung nunn di utaraaa..

lama dh nantikan saat ni...

pergghh dptla rest otak yg serabut ni...

semoga apa yg dijadualkan tercapai....

mudah mudahan aminnnn

ohh desa tercinta,nantikan kepulangan aku....!!

p/s: gambar ihsan pakcik google..maaf gambar kampung tk dak dlm simpanan...0

tunggu nantiiii...

Saturday, February 19, 2011

beg comei sponge bobbbb







sekadar ingin mencuba,
nak berjinak2 dgn bisnes on9.
kagum dgn semangat kengkawan yang boleh bekerja dari rumah..
bukan mudah ,byk yang perlu dikorbankan,masa,tenaga,perasaannnn
tabikk springgggggg!!
aku pun nak ikut jejak,
tapi semngat ku tak setebal mereka...
apapun aku sekadar mencuba...
beg sponge bob utk dijual!
new item!
harga rm20.oo
tk termasuk postage yeee
sangat gebu,comeiiii sekali..sesuai dibuat hadiah utk teristimewa....!
nak order? sms saja ke no.ni.. 019-2234678

Tuesday, February 15, 2011

teman...


Renungilah Teman
Maafkan aku wahai teman yang tersayang

Maafkanlah sekiranya teguranku melukakan

Demi Tuhan ku lakukan semua dengan keikhlasan

Demi untuk melihat hari muka mu bahagia

Ingatlah teman jangan berlebih ketawa

Mungkin itu kan membawa kita hampir dengan duka

Kita tidak tahu yang bakal berlaku

Seperti kita tak bisa mengawal gerak cuaca

Teman jangan sekali kau mudah lupa

Hidup ini sementaraSetiap dugaan datang bersabarlah teman

Berkat kesabaran kan membawa kemenangan

Apa yang terjadi teman jangan ditangisi

Namun senyumlah atas nikmat yang diberi

Selalu insafi, kembali ke pangkal jalan

Renungilah teman

Ikhlasku teman memberimu peringatan

Melihat kau bahagia itu yang lebih utama

Sekiranya nanti aku tiada lagi

Sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan

Monday, February 14, 2011

sambutan Maulidur Rasul 2011/1432 hijrah


IRONINYA menjelang sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.syukur kita sebagai umat manusia yang masih hidup di mukabumi ini...
bagi aku,sambutan maulidur rasul utk kali ini aku hanya merayakan di depan tv...

seronok andai dapat sama2 macam kawan2 aku yang akan menyambutnya di putrajaya bagi kali ini..... sebelah mlmnya pula ada ceramah di masjid dan surau tamanku..hmmm keja mmlm pulak tak dapat pergi jugak....teringat zaman kanak2 dulu ketika aku tinggal di berek polis dato kramat penang. tiap kali datang nya hari sambutan maulidur rasul,pasti peniaga keturunan india muslim akan membuat sedekah nasi minyak untuk diagih2kan kepada sesiapa yang datang ke gerai mereka...aku jua tak terkecuali,...sungguh enak nasi minyak tu,walaupun semata2 diberi nasi minyak sebungkus tanpa lauk,nasi itu saja bisa mengenyangkan perut ku...hmm zaman kanak2 dah berlalu pergi....indah nya kenangan itu...

Thursday, February 10, 2011

kaWAN@Sahabat...kejamkah aku...edisisakit hati!

(gambar: pinjam dari pakcik google)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....
kawan@sahabat@teman@frenzz ...kejamkah aku? tapii semua kata2 diatas banyak berpihak pada sahabat,tapi untuk diri kita,hati kita ?...siapa yang peDULI?
hanya ALLAH YANG MAHA Mengetahui... YA ALLAH KUATKAN HATIKU,DAN kesabaranku....kuatkan hatiku untuk berdepan dengan pelakon2 hebat didepanmataku ini!!!
biarla aku pendam semuannya demi menjaga persAHABATAN yangSUCI kononnn!!

Wednesday, February 2, 2011

gong xi fa Cai!!


gong xi fa caiiii

kong heeei fatt choyyy!!!



semoga bahagia semuanya ,semoga yang menyambutnya happy dan gembiraaa selalu!!!

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers