kawan2:

Monday, February 14, 2011

sambutan Maulidur Rasul 2011/1432 hijrah


IRONINYA menjelang sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.syukur kita sebagai umat manusia yang masih hidup di mukabumi ini...
bagi aku,sambutan maulidur rasul utk kali ini aku hanya merayakan di depan tv...

seronok andai dapat sama2 macam kawan2 aku yang akan menyambutnya di putrajaya bagi kali ini..... sebelah mlmnya pula ada ceramah di masjid dan surau tamanku..hmmm keja mmlm pulak tak dapat pergi jugak....teringat zaman kanak2 dulu ketika aku tinggal di berek polis dato kramat penang. tiap kali datang nya hari sambutan maulidur rasul,pasti peniaga keturunan india muslim akan membuat sedekah nasi minyak untuk diagih2kan kepada sesiapa yang datang ke gerai mereka...aku jua tak terkecuali,...sungguh enak nasi minyak tu,walaupun semata2 diberi nasi minyak sebungkus tanpa lauk,nasi itu saja bisa mengenyangkan perut ku...hmm zaman kanak2 dah berlalu pergi....indah nya kenangan itu...

1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

as salam wany...selamat menyambut maulidur rasul..

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers