kawan2:

Friday, November 18, 2011

aku,hyperhydrosis...


anda penah peluh?
aku? aku ,aku sudah semestinya kaki peluh...
kira bab peluh aku leh jadi presiden la..
seingat aku,sedar2 di dunia ni aku tkpenah sunyi dari peluh...
dan kalo nak hitung waktu yg keringg (maksud ku ku tk peluhla) waktu kering tu amat skit...Dan pastinya masa exam dulu kertas tisu atau sapu tangan akan jadi pelapik tangan ku daripada aku comotkan kertas exam...
tapi waktu masak,tk la akupeluh..herann?
kadang2 aku faham,dan rasai apa perasaan orang yang bersalam dengan aku,..owww
penerimaan orang pada yang peluh seperti aku ni,hmm amat sedih..penah sekali tu lepas orang tu salam ngan aku dia tanya aku,pastu aku senyum je la,pastu aku nampak bayangan kt cermin pintu dia lap kan tangan dia kat baju,tkpela dia taktau aku ada penyakit ni...
tapi aku seharusnya bersyukur,sebab aku hanya diuji seperti ini,..dan banyak lagi orang lain yang lebihberat ujiannye...
.dan orang lain" eii,ingat aku suka ke keadaan basah mcmni selalu..."
aku,..penyakit hyperhydrosis bagi ku yang menghidapnye selalunya peluh tu berlaku di sekitar tapak tangan,dan kaki,..kawasan lain mcm ketiak,muka tu kadang je,bayangkan tangan aku ni lembab sentiasa,..
kalo aku keja mlm pun adakalanya tangan aku akan sejuk mcm baru rendam dalam ais...hmm bayangKANNN!
Tambah pobelem kalo sesuatu pekerjaan yang memerlukan pengesahan cap jari owwwhh nyampah tui,dah kompem aku gak yang tak dapat nak scan jari aaaaarghhhh!
bab nak salam lak,..arrghh,sebab tu la aku jarang salam ngan orang,kalo nak salam pun jenuhlap tangan ni bagi kering tapi lembab gakk..
tu belum lagi bab pemilihan kasot,kasot terbuka pun takkena,sebab kadang2 kaki ku peluh,..kasot tertutup pun tkkena,sebab tk dak pengudaraan...hmm..tapi tula tangan orang yang ada penyakit niselalunya lembot...tapi kalo tangan ni tak peloh,tangan ku akan jadi kering macam tangan nenek tua....
bab nak keluarkan duit dari ASB pun satu hal,asyik tak lekat je ink kat jari sebab jari ku lembabb aaaaaaargghhh!.
tensen2...bukannya aku tak penah g check-up ngan doktor,..tapi doktorckp kalo aku operate pun belum tentu penyakit ni akan sembuh,selalunya sembuh tapi ada juga sesetengahnya akan menjadi bertambah kronik..arrr?..hmm
tapi orang mcm aku ada gak kegunaannya,kalo g kafe kawan2 ku selalu panggil aku supermak utk bukakan plastik beg yang tak dapat dibuka,senang ckp kalo aku keja kat suparmarket dah kompem aku tak perlukan span basah utk buka beg plastik haha!
ntahla,aku pun konpius,,,
tkpela,aku tk nafikan adakalanya orang tak selesa dgn aku,tkpela,janji hero GOMEH terima aku seadanya....terima kasih sayunkk!
sementara aku tengah taip ni pun tangan ku berkilat je,sebab PELOHHH haha...ntahla,...orang kata tangan orang yang basah ni keja nya tak abis2 ..yeke..ye la kot..!
tkpela,janji aku bahagia,....terima kasihpada orang yang gelakkan aku...

Kalonak tao apa itu hyperhydrosis leh baca ni:
penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.

Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum(Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.

Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 - 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.
ni antara yang mengalaminya:
http://xtawula.blogspot.com/2011/04/hyperhidrosisaku-rimas.html

forum peloh

sumber : tq google

1 comment:

et said...

dlm kekurangan ada kelebihan,dlm kehodohan, ada kemanisan, dalam kegarangan, terselit hati dlm taman. jgn risau beb,selagi tak banjir sebab peluh, tak pala kan.huhuhu..yg pntg abg gomeh ado.

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers