akhirnya berjaya jugak aku siapkan decoupage aku yang tak seberapa ni..nak siapkan taklama manapun,cuma kekadang memerlukan kekerajinan yang jitu untuk kesudahan yang sebegini hingga berjaya muncul sebagai tayangan perdana bagi minggu ini. impian nak beli almari atau rak putih mcm kawan2 yang lain,tapi takmampu dan tak punya ruang yang sesuai maka jadila rak express mcmni...naktau kenapa dipanggil rak express? kerana ia punya cerita...tunggu episod sambungan k..sekarang ni jomm layan dulu gambar2 hasik kerja tangan ku yang tak seberapa ni,yang pasti kudut2(kedut2) kat tisu masih jelas kelihatan....itu tandanya tak cukup proooo...heheeee
kawan2:
Friday, February 26, 2010
tayangan perdana...

Tuesday, February 16, 2010
dh try...tapi takpahamku..
knapa la aku ni tak reti sgt,ku dh try tapi takbjaya jgk ,...hmm sapa dpt bantu yee...tiap kali nak joint giveway masaelah dtg...takpela...ku layan je semngat deco ku yang tak seberapa n i....keja mlm macam ni hati dan semangat mau kuat woo.bukan sennag nak berjaga malam sampai esok jam 7 pagiiii....huaaarghhh ngantok laaa...
NUREIL GIVEwayyyy..!!!!
Saturday, February 6, 2010
aBOOMmmmMM...
aBOMMMM,semua murid2 tau apa maksud aBOMMMM?hmm gerenti semua takpaham n taktaokan...aboomm adalah ganti nama bagi diri aku yang bergelar ibu..sebutan ni khusus hanya anakku je yang guna...perkataan lain ayah,mama,abah,ateh,abgejat,akak,rayyan semua pandai,tapi ibu tak reti nak sebot pulak...ohhh,tkpala nakkk,ibu tetap happy kerana anak ibu dh dewasa dan rajin....cumanya jgn nanti bila dh besar aboom suruh buat keja jgn jadi malas taoooo!
dh beasr anak ibu ni,,,aduhai anaaaakkkkkk....
Monday, January 11, 2010
bersama-sama....

bersama-sama Aleesya tak pernah menjemukan dalam hidup aku sebagai ibu yang jauh dari anak,masa terluang akan sentiasa diisi aktiviti yang kadangkala mengalah yang Berhormat. tiap kali balik kampung ada saja lokasi yang akan dituju. apapun saat2 bersama anak yang tersayang,terindu sangat2 dihargai dan menjadi kenangan manis buat ibubapa seperti kami....gambar-gambar ini sewaktu kunjungan ke taman lye huat yang terletak di changlun kedah,lokasinya takjauh dari Bukit Kayu Hitam cuma sayangnya lawatan kami ketika itu tak kena pada masanya kerana bazar yang sediaada telah diganti dengan bazar yang baru yang sedang dlm proses perpindahan,takbyakla kedai yang bukak....apapun lawatan haritu sgt menggembirakan kami terutama Aleesya yang suka betoi tgk ikan-ikan kat kolam tu....
Friday, January 1, 2010
tahun baru menjelma....
alhamdullilah,tahun 2009 telah melabuhkan tirainya.tahun yang penuh dgn peristiwa gembira dan sedih kerana kehilangan org yang tersayang iaitu nenekku. serta pakngahku. semuanya berlalu begitu pantas. dan aku ,masih dengan keadaan berjauhan dari anakku,aleesya azzahra.harapan aku dan doaku mengharapkan tahun 2010 ini membawa rahmat,rezeki dan kemanisan didlm hidupku.mudah mudahan....semoga apa yang telah aku lalui selama ini akan dapat ku harungi dan membawa sinar dan harapan buat diriku dan keluarga ku terutama sekali anakku yang ku sayang....
Saturday, December 12, 2009
rindulagi...

aleesya...ibu rindu sangat kat aleesya. pada malam ni ibu keja malam,tadi ada satu pakcik sembang ngan ibu,sembang punya smebang dia tanya ibu cemana ibu dapat tahan perasaan rindu pada anak...ibu senyum saja (pura2 dapat control perasaan tu walaupun ibu rindu tahap gaban maksimum) tapi apa nak buat,siapa ingin berjauhan dengan anakkan? hmm kenapa aku emosional sangatni?,bersabar wani...mungkin satu hari nanti semuanya akan selesai...
Subscribe to:
Posts (Atom)