kawan2:

Sunday, January 6, 2013

kepuasan..

hari pertama dalam seumur hidupku ,aku peroleh kebahagiaan dan kepuasan kerana walaupun cuma berpeluang untuk jadi surirumah hanya 3 hari,kerana aku berpeluang menjadi seorang ibu yang menghantar anak ke sekolah@tadika...
mungkin bagi sesetengah orang apalah nak dikecohkan sangat setakat menghantar anak sekolah,tapi bagi aku ,menghantar anak ke sekolah,pada hari pertama,lebih2 lagi berpeluang ,melihat sendiri anak menjejak kaki ke sekolah,bergaul dengan kawan2,mula belajar berdikari,itu adalah saat yang cukup berharga dan takkan berulang lagi dimasa depan,saat yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

aku cukup bahagia kerana dapat siapkan sendiri anakku, kejutkan dia, mandikan dia,siapkan dia,bersarapan bersama, berpimpin tangan bersama menghantar sendiri dia ke tadika...

 beruntung sungguh buat para ibu yang berpeluang setiap hari memberi sepenuh perhatian pada anak mereka...tak seperti aku.....


tiap hari aku tak pernah putus berdoa agar aku dikuatkan hati,sabar dalam menempuh cabaran dan dugaan . aku selalu berdoa apa yang ku hajati termakbul ....
semua hanya kerana ANAK...


 pada hari pertama agak risau jugak,rupanya anakku tidak meragam,alhamdullilah,cuma mungkin dia agak bosan kerana hari pertama masih belum kenal kawan2 dan cikgu .....


apapun ibu doakan anak ibu jadi anak yang solehah dan membesar dengan baik dan sempurna .walaupun ibu agak terkilan kerana tak mampu untuk memberikan yang terbaik buat anak ibu....tapi percayalah duhai anak ,ibu cuba untuk menyediakan yang terbaik.....
perasaan bersalah dan kasihan pada anak tak dielakkan lebih-lebih lagi bila aleesya dah mula masuk sekolah,dan ibu perlu menghantar aleesya ke rumah pengasuh diwaktu malam,bila mana sepatutnya seorang ibu itu harus bersama anaknya,....maafkan ibu sayang,kerana ibu harus bertugas ....
semoga ALLAH itu menguatkan hati dan tebalkan kesabaran dan beri ketabahan hati buat ibu,...buat kawan2 ibu yang harus bertugas seperti ibu tak kira siang ataupun malam.....


7 comments:

bujal X said...

turn saya lambat lagi~~he~~

wahida said...

inilah moment yg best kan...

Angah said...

bujal: tkpe bujal,nanti kao pun akan rasa pa yg ku alamai hehe..
waheda,ya nokks momen yg sgt bernilai

Angah said...

alamai pulak,alami haha

et said...

uwaaa..bestnyerr kan..takper..bertabahlah kawan..susah dahulu senang kemudian..moa impian kita semua tercapai...

happy tgk aleesya..tak sangka dah besaq.

YanaHime said...

besaq dh aleesya. jd anak yg solehah ye, in sha allah

nita said...

ala... rasa hiba pulak baca..
harap awak tabah...Saya pun pernah alami cuma saya tak kerja syif malam jadi malam saya still dengan anak2 walaupun kadang-kadang balik kerja anak dah tidur.

Comel Aleesya, semoga dia menjadi anak yang pintar dan solehah serta faham situasi ibunya (^_^)

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers