kawan2:

Tuesday, August 9, 2011

kisah dari kampung....

sambungan dari yang lepas...
kepulangan kami kali ini sempat jugak kami ke kampung simpor yang berhampiran tikam batu kedah,kira kampung di dekatla dengan kampung dato K tuu..tujuan kami kesana adalah utk melihat rumah tok wan dan mak tok yang telah lama lebih kurang ditinggalkan dari tahun 2005 tidak berpenghuni....dalam pada tu mengait buah rambutan,cempedak hehe...
kalao nak tau katmana kampung ni klik sini:
http://travelingluck.com/Asia/Malaysia/Kedah/_1763601_Kampong+Tambang+Simpor.html#local_map
kalo dulu kami selalu balik kampung sebb kedua dua kampung kami dlm satu daerah jadi sekali jalanleh balik dua kampung....ni kisah kampung belah abah...tiap kali balik kami akan naik feri dengan keta kami yang pintu dua ja..heh nama keta kami yang pintu dua toyota corolla ke20 wagon klik sini kalao mau tauu
http://tiosu.blogspot.com/2010/12/berikut-adalah-kilasan-toyota-corolla.html. dan bila dah baliktu mesti dlm perjalanan kami akan bergaduh,gelak bergaduh...dan mama yang dok depan akan panjang kan tangan dan skru kami yang selalu gadoh tu hahahahhaa....




ni pandangan yang menarik perhatianku,lawak pun ada tapi ni bukan umah wan ku,tapi umah sebelah wan aku....agak2 apa tujuan letak periuk tu ya..? tkpayah guna piring astro kan..hihi
ni salah satu pot tempatmain masak2 aku dulu,dulu pagi2 kami (aku,suhaila,suria..manala pi depa ni) main masak2 sampai letih sampai tghari baru balik umah,hehe antara yang selalu jadi mangsa kami adalah pokok palas utk buat ketupat pasir,masak pasir dlm tempurung,buah getah yang kami akan bakar konon2 kacang la dan bunga kertas warna merah maktok yg akan dikikis dibatu utk jadi air sirap...tp bukan leh makan pun semua tu...hehe

ni pandangan dari sisi......

ni abah aku,yang sedang dlm sesi kain mengait buah.....
aleesya n ayuni dgn aktiviti depa sementara org tgh kait buah..


ni pandangan dari belakang dapur,kira keluar dari pintu ni leh la pi kat pondok kecik yg ada dapor kayu ,yangselalu kami gunakan utk bakaq ikan,goreng kulat kering dgn kunyit dgn telur ....pheh sedap wooo resepi tu,susah payah cari kulat kayu getah dlm kebun getah tuuu....pastu kami selalunya kami akan guna susu getah utk cucuh kayu api nak buat bara .kalu nak tau tepi pondok kayu ni ada pokok limau nipis dan pokok asam renda yang kalo buah tu msak akan jadi kaler ungu dan akan keluar macam darah warna ungu pekat ,alamat kalo kena baju kompem tak keluaq punya....masammm woo


kalo nak tau cemanarupa klik sini k http://monas2petronas.blogspot.com/2011/06/buah-hutan.html


pastu bila raya maktok akan buat rendang ayam ,pastu ingat lagi maktok akan buat nasi impit yangbetul2 kena impit.nasi lembik akan dituang dalam kain putih pastu boh dalam bekas 4 segi dan di impit oleh batu giling.best wooo...
pastu bila balik ramai2 kami akan berKELAH kat belakang umah ni mengadap bendang wan sambil makan nasi dengan gulai nangka,ikan bakar pheeeehhh dan sayuq wajib kobis masak lemak....dan mak tok jugak pandai buat sup kaki ayamm..um yumyummm

kat sini pulak ruang tengah,yang selalu jadi tempat kami tidoq ramai2 bila pakat2 balik,semua kan susun tilam dan tidoq kat situ n pastu takot2 plak sebb katak banyak wooo...ngerii....hehe pastu mlm2 kalo terjaga dari tidoq selalu takot sebb bunyi gas peti ais...dan satu lagi dlm blik belah kanan tu ada katil besi ,mak tok selalu susun bantal kat atas tilam tu bagi tebal-tebal.pastu menurut sumber@along bawah tilam wan ada pedang tapi taktau la pedang tang mana dah.pastu wan bila tidoq selalu ngigau n nyanyi n ckp jepun....hmm? pelik2.tp selalunya orang dolu2 tu kebanyakkan tahu cakap jepun kan...


pastu kat belahkanan tu yangada dinding tu ada tangga naik ke atas dan ada stor bawah tu,dlm stor tu ada banyak majalah gila-gila yang amat femes satu ketika dolu,masa tu manada majalah mangga.....
ni pulak adalah pandangan sisi lagi satu,kat sini ada tangga luar ,best tau..nak tau apa kisah di sebalik tangga dan kaitannya dgn klip video iklan proton tu tunggu yaaaaa....

ni pulak ruang depan umah,dulu selalula kami berhimpun ramai2 depan ni....kat atas bumbung tuada beranda tempat lepak2 dan main karommm syok sambil tgk bas2 lalu...

kat kawasan umah ni masing 2 ada pokok masing2..ada pokok paksu,pakngah,pakcik,pakteh,paklang....banyak woo pokok yang ada,antaranya:
POKOK rambutan merah/kuning.buah mangga epal,mangga panjang,jambu batu,cempedak,nangka,asam renda,limau nipis,belimbing,belimbing buloh,kelapa,daun palas...yang mana setiap pemilik pakteh,paksu,pakngah,paklang,pakchik semua ada pokok hebatkan!



ni pulak pintu bahagian depan umah,selalunya petang atau pagi wan akan duk(kerusi oren yang robohtu) sini sambil sembang2 dengan orang kampung yang kadang-kadang tunggu bas yang lalu,.bas katsini leh brenti merata2..kadang2 orang baru nak siap pun bas lehtunggu lagi tau,tapi tu dulu la...la ni mana bleyyy...


munkinkot selipar maktok,wan........

tangga ni selalu jadi tempat aku menyanyi hahahahaa..bila balik ramai2 aku dan haziana anak pakngah ku akan main-main kat tangga ni dan nyanyi lagu ni ulang-ulang sampai letihpastu salam2 macam kat klip video ni..ahahahaahahaaa...pastu bila raya maktok akansediakan dua meja kuih raya .satu utk org dewasa dan satu lagi utk kanak2 kat depan porch umah tu....pastu kat saluran air bumbung porch tu ada tempayan isi air ujan yangturun buleh la buat basuh kaki orang yang mai .terutama kaki cucunya yang suka main pasir...sebab pasir kat umah maktok ni sangat halus ,dan gebusss.....
dan bila balik dulu2 kan,kami suka beli bihun sup n laksa n es kacang yang sedap dengan harg a5kupang/50cen. dan masa blik baru ni pun ada lagi harga macam tu....mak aaiii mana nak cari......pastu bila balik ayam akan jadi mangsa ligan kami dan kami akan kayuh gerek lalu dekat ban,pi kedai aji bakar pastu kayuh sampai letih... ya la masatu nama pun budak mana da tanggunjawab lagi nak tolong2 org kat dapoq...kan..
pastu along pulang bila jump agengakan tak ingat donia jumpa sepupu dia si lan tu,abang kepada haziana tu...depa buleh bersembang satu hari suntuk ,
ya la adikbradik pakat dok jauh cemtu la kan,...pastu depa selalu pi blakang umah kat bendang menyembang dan dengan kamera kokak/kenit zaman tu la kira femes la,masa tu manada kamera DSLR...pi la amik gambaq pepatong,siput pelbagai.kira along aku ni dari dulu dah menampakkan keminattan diala dalam bidang fotografi ni...
ni la antara kisah kami,kisah yang dh jadi kenangan buat kami semua,segalanya dah tinggal kenangan yang manis buat kami yang takkan berulang kembali....

sekian ,terima kasih...






Wednesday, August 3, 2011

juadah utk peminat mickey n minnie mouse

wajah peminat mickey mouse !





wajah mickey yang tak brapa jelas...

semalam tk kemana2,sekadar membaiki bumbung umah sewa di Mantau,..sebelum itu puding telah disiapkan utk pembuka selera waktu buka posa nanti,..
disebabkan kemalasan yang melanda utk keluar kedai ,maka terhasillah puding yang menggunakan bahan yang sedia ada...
jadila puding koko +kastard ,tak lupa jugak pada kanak2 yang tak berposa puding bentuk mickey utk depa...maklumla depa ni peminat mickey mouse....hehe..

Monday, August 1, 2011

kisah balik kampung...

*opps sblom tu,rezeki datang lagi,tiba-tiba tgh menaip ni ,ada rezeki tk disangka utk aku,..

syukur alhamdullilah,..murah rezeki aku semenjak dua menjak ni,tkdak la lumayan tapi kadang-kadang jadi penawar dlm menjalani hidup sehari-hari....alhamdullilah....



ni gambar masa kami singgah di hentian gunong semanggol...berenti jap tunaikan apa yg patot dan seperti biasa aleesya tkkan lepaskan peluang utk mandi,maklomla aleesya cepat peluh hehe...







sempat posing seketika menanti ayah....



gaya 1Malaysia!



gaya 1 Malaysia lagikkk..!semangat patriotik aleesya ni huhu....




ni masa kami kelah kat peranginan Tupah,Merbok,kira kawasan ni dekat kaki gunong Jerai la......ayaq sejuk gediii
aleeesya..hmm dia tkmandi sebab dia takot ayaq mcm ibu dia,dia cuma sekadar cedok2 ayaq n pi curah kat orang,,,,,tapi gaya ja lebih kekekkekeeee....


manakala rayyan (anak alongku) aqif (anak adikku)pantang jumpa air,rayyan lagi2la,sampai ketaq dagu pun takmau naik atas lagi.... yang turut serta alongku,asha adikku,dan kami ja,...abah kat wad...rehat2 sebb darah naik,mama n makteh malas nak turut serta ...hehe.kami pun tkmasak apa sgt,sekadar beehon goren ,kek,nasi guren,nuget,,...ayaq tehh..hmm buleh la wat makan pagi kan.....
sambungan...tungguuuu lepas ni(err,ada ke yang mengikuti,err apa2 je la...)

Saturday, July 30, 2011

salam ramadhan ...



salam ramadhan di tahun ini...


semoga kitakan beroleh berkat dan rahmat..



Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka
Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.




ayuh berlumba kita mengumpul pahala,....






Thursday, July 21, 2011

iklan jap yee




tumpang iklan jap utk kawan2...
bilik utk disewakan,kemasukkan utk bulan ogos 2011.
- sedia utk diduduki bila2 masa,.
- kawan serumah yang beragama islam
- utk keterangan lanjut sila hubungi talian tertera:
- bilik di apartment VISTA IMPIANA bukit serdang selangor.
- kemudahan: kolam renang,sauna,gym, gelanggang tenis& badminton
-security,padang permainan,dobi,cybercafe.
-muslim,LELAKI sahaja.
-B.jalil 10 minit,klia 45mnit,puchong 15mnit,kl 20mnit.
-sewa termasuk api+air rm250 (deposit 1+1)
sila hubungi NICK 011-19700032


- bilik di TAMAN MANTAU INDAH 2,mantau seremban.
- sesuai utk muslimah yang bekerja di area seremban 2,seremban.
- 7mnit ke JAYA JUSCO SEREMBAN 2,3mnit ke BANDAR SERI SENDAYAN,
5mnit ke LBJ,25mnit ke kLIA,25mnit KE NILAI.8MNIT KE SEREMBAN.
- 5MNIT ke PERSIMPANGAN TOL SEREMBAN.5mnit ke Hospital KPJ SEREMBAN
.
- Sila hubungi ERIN utk keterangan lanjut: 019-3958700

Friday, July 15, 2011

berehat,...

berehat seketika .....
seketika di kampung halaman..
melihat bendang,bermain air terjun di Tupah...
seketika menghirup udara segar ....
oh indah hidup di desa nan tercinta.....

Wednesday, July 13, 2011

Tiada Lagi Aku - Yantzen & Rahim Maarof



lagu utk orang yang nak balik kampung ....
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers