kawan2:

Tuesday, June 30, 2009

RINdu...


rindu pada aleesya,ibu selalu ingat kat anak ibu,sampaikanayah selalu kata ibu dah tak betol ke sebab selalu cakap sorang2..heheeeheee sapa rindu anak weiii..

tokmama kata aleesya dah pandai bergaya dgn baju pilihan sendiri,mulut pun dah pandai keluar perkataan sebijik-sebijik..tapi takleh jalan lagi...bila agaknya anak ibu nak leh jalan? ibu tak sabaq sgt nak jumpa n peluk aleesya n cubit aleeysa..gerammm betoi.

takpa sabaq,sabaq ni ujian buat ibu n ayah,kami kena redha dengan keadaan ni,mungkin ada rahmatkan sesuatu sebab tu terjadikan...hanya ALLAH yang lebih mengetahui....

Tuesday, June 2, 2009

sayang anak..


aleesya baru baik dari demam campak halus,kata mamaku panas dah takdak cuma ruam2 halus masih belum keluar sepenohnya..kesian kat anak ibu,ibu takdpt jaga anak ibu di waktu mcm ni..

cukup setahun aleesya sambut ulangtahun kat kampung.ibu dan ayah terpaksa sambut awal dgn aleesya,.. dah besaq anak kami,.kami sayang anak kami,hmm sapa tak sayang anak weii.

minggu depan tokma akan bawak aleesya mai sini,ibu dan ayah taksabaq sgt jmpa..cepatla masa berlalu.......

Saturday, May 2, 2009

jalan2







ini pulak gambar sewaktu adikku asha sewaktu sarat mengandungkan babynya,hmm sempat l agi kami ke carnival kat sp,alaala sunway lagoon.tapi ku tak mandi pun,saja joint sekali..

ragam kehidupan






dah lama tak ku singgah di tempat ini,baru kini berpeluang.bermacam ragam,peristiwa yang ku tempuh sepanjang tempoh ini.oh ya adikku dah selamat melahirkan seorang putera bernama MIFZAL THAQIF,tapi sayang ku tak sempat nak menguplod gambaqnye.(maaf ye dik).dan aku kini kembali sunyi,kerana anakku kini berada di kampung.dan yang pasti ku merindui anakku itu....

Friday, March 27, 2009

menghitung hari....






ini kisahku,esok tamatlah hari-hari yang ku hitung untuk bertemu anakku aleesya az-zahra yang semakin membesar dgn karenah yang kadangkala aku sendiri tidak menjangkanya.
esok selepas kerja,aku akan terus menaiki pesawat untuk terbang ke menemui aleesya bersama ayahnya.anakku pulang bersama tokmamanya minggu lepas bersama acik yang masih menghitung hari untuk menerima orang baru...! bawak bawak bersabar acik heheeeheee semoga semuanya selamattt....insyaAllah


anak,permata hati...



inilah aduhai anak permata hati hidupku...

lahir pada 30hb mei 2008 jam 0957mlm.Kehadiran anugerah Tuhan didalam hidupku ini membuat aku lebih mengerti erti kehidupan yang terlalu berharga buat kita setiap umat manusia...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers