kawan2:

Sunday, January 20, 2013

utk sang suami...

sekadar berkongsi petikan dari utusan malaysia 20 jan 2013


Tip lebih menyayangi isteri

MENGIKUT pengalaman saya selama hampir 20 tahun menjalankan motivasi, hampir 90 peratus penyelesaian konflik rumahtangga tidak perlu melalui penceraian. Oleh itu, saya membuat kesimpulan peribadi bahawa 90 peratus penceraian yang berlaku di luar sana sebenarnya tidak perlu berlaku namun tetap berlaku kerana pasangan tiada ilmu, tidak sabar dan kurang bijak mengurus konflik. Memanglah jodoh itu ditangan Allah namun usaha menyelamatkan perkahwinan itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh terlebih dahulu.
Bagi kita para suami, hayatilah beberapa tip di bawah agar kita menjadi seorang suami yang mampu bersabar dalam perkahwinan.
Ingatlah kita lelaki yang dipilihnya menjadi suami sedangkan dia dulunya mungkin ada pilihan yang lain
Suka atau tidak itulah hakikatnya. Kita menjadi suami kerana isteri menerima kita untuk menjadi suaminya. Dia mungkin ada beberapa pilihan lain namun kitalah yang dirasakan paling serasi, secocok dan sekufu dengannya. Kitalah yang diharapkan dapat menjadi payung baginya dan mendidik dia menjadi isteri yang baik lagi solehah. Cuba imbas kembali betapa bahagianya hati kita ketika dia bersetuju menjadi isteri. Indah dan bermakna sungguh saat itu.
Kenang pengorbanannya sewaktu dia sanggup bersusah-susah dahulu sebelum senang
Mengharungi kehidupan di saat-saat awal perkahwinan bukannya mudah. Rumah sewa dan gaji pun kecil. Yang berniaga, juga bermula secara kecil-kecilan. Kita suami isteri sanggup berkorban masa, tenaga, perasaan dan segalanya demi membina sebuah kejayaan. Makan kita makanlah isteri. Ramai isteri yang sanggup sama-sama bersusah payah demi memastikan keadaan keluarga menjadi lebih berjaya satu hari nanti. Doanya untuk kita tidak pernah putus. Sakit demam kita dijaganya. Keluhan hati kita didengarnya. Kesusahan kita dirasakannya. Jadi, kenapa mesti kita lupakan semua itu. Apa sekali pun jalan yang kita pilih pastikan isteri yang sama-sama susah itu tidak diabaikan, apa lagi dibuang. Tutup mulut dan padam perkataan cerai daripada dalam minda.
Dialah ibu yang separuh nyawa bertarung mengandung dan melahirkan anak-anak kita
Bukan senang mahu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan melahirkannya. Jika kita berpeluang melihat bagaimana sukar dan sakitnya isteri melahirkan anak maka pastilah timbul rasa insaf dan kasihan terhadapnya. Ketika anak pertama saya lahir, isteri saya memberitahu bahawa roh bagaikan terkeluar seketika daripada badan. Anak pertama itu beratnya lebih kurang empat kilogram, isteri saya merintih atas katil dalam wad bersalin selama lebih 12 jam. Ketika anak diteran keluar dengan satu nafas, dia rasakan seolah-olah dirinya terapung dan dia nampak saya, doktor, jururawat, anak dan dirinya sendiri ketika berada di atas itu. Semuanya berlaku dengan pantas dan dia kembali ke jasadnya. Begitu sekali pengalamannya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Apakah kita sebagai suami dengan mudah mahu lupakan semua itu. Oleh itu, walau apa sekali pun ujian Allah, didiklah hati isteri dan pujuklah hatinya sebab marah bagaimana sekali pun isteri, jauh di sudut hatinya dia sayangkan kita. Mulutnya bising, kata-katanya kesat tetapi percayalah semua itu hanya luarannya sahaja.
Imbas kembali saat-saat indah ketika zaman berkenalan atau bercinta dahulu
Sepatutnya semakin lama usia perkahwinan semakin kenal kita akan pasangan masing-masing. Kita kenal baiknya, kita juga kenal buruknya. Sebab itulah perkahwinan itu untuk saling melengkapi, apa yang kurang pada isteri lebihnya mungkin pada suami dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu setiap kali berlakunya krisis, kenanglah semula saat-saat indah bersama dan segala kebaikannya yang membuatkan hati tertarik padanya. Dengan cara itu tidaklah kita tidak membuat tindakan melulu dan terburu-buru.
Tatap wajahnya ketika dia sedang tidur dan ucaplah syukur serta kasihanilah dia serta doakan dia
Kenapa perlu tatap wajah isteri ketika dia tidur? Kerana wajah isteri ketika itu tanpa emosi. Cuba dengarkan suara hati ketika menatap wajah itu. Pasti akan hadir rasa sayang, kasih dan simpati. Pasti tidak dapat dibayangkan pilu dan sedihnya hati ini jika bangun esok paginya wajah itu sudah tiada lagi. Bersyukurlah ketika ramai orang yang tidak punya isteri, Allah anugerahkan kita seseorang sebagai teman hidup. Itulah wajah yang menyimpan segala memori pahit manis bersama.
Hargai usahanya memasak, mengemas, menjaga anak dan melayani kehendak batin kita
Bukan senang menjalani hidup sebagai seorang isteri. Tugas seorang isteri ialah dua puluh empat jam sehari dan tujuh hari seminggu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130120/ke_02/Tip-lebih-menyayangi-isteri#ixzz2IZovqLpg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, January 18, 2013

hari rajin

kelmarin adalah hari rajin,sebabnya aku rasa macam dah tak lama dan tak sempat aku nak jahit sebab banyak sangat agenda dankeja2 tertangguh yang belum settle selagi belum bercoti ni....
jadi dengan semangat meluap2 melihat longgokkan kain yang sudah aku kerat nak tunggu masa jahit ja,aku kena panaskan enjin untuk gerakkan mesin jahetku itew..



inilah produk hasilan ku kelmarin,set barut warna ijao yang dilapik dengan kain flannel,kenapa pilih ijao? oow itu bukan pilihan,tapi itu kain lebihan projek dulu2,jadi dalam kempen penjimatan ni,adalah harus ku guna pakai apa yang ada di peti karun itew...


                                  jadila,dapat 7 helai....cukupla kot...

 ni pulak bukan kain buruk ye,tapi t-shirt aku yang dah tak muat,jadi dalam dok godek2 kat tenet tu,aku jumpa website ni
                treasuresunderthewillowtree.blogspot.com/2012htt/04/tutorial-newborn-mittens.html

                           yang ajar cemana nak jahit boxing baby....

 haha dapat la 4 pasang,semua sarung boxing....tapi biasala kalo aku yang jahet kompem la harus ada herot petotnya.....yang mat salehtu jahit memang bulat elokla boxing tu......


                                                     jadilaaa.....

 ni pulak lebihan kain perca yang sarung tilam aritu,gabung dengan kain dot2....1 utk kakak dan 1 utk adik...


                 
       kalo dah ada bantal untuk adik dan akak,harusla ada bantal untuk ayah dan ibukan....


       wajah si akak yang berpuas hati dengan produk, walaupun ibunya jahit herotpetot haha....

                             selesai satu bab....banyak lagi bab dok menanti..

Wednesday, January 16, 2013

jln2 tengok ladang...

minggu lepas masa mama ku datang dengan abah,ateh,tok ngah kami sempatla jalan-jalan ke ladang herba YPL yang popular dengan khasiat daun belalai gajah yang boleh digunakan utk merawat kanser...
tempatnya takla susah dan jauh seperti jangkaan ku,sebab kali ni hero gomeh tkleh joint sekali sebab tak dapat coti,apa nak buat keja dengan orang cmtu la kan...


 kira dalam 15 minit ja dari pekan seremban,kami pun main hantam ja ikut maps ,maklum la kami orang luaq...lokasi terletak di Pantai n.sembilan,tapi kat sini takdak la pantai leh renang2 main pasir tu....nama ja punn....

 masa sampai tu kami ja yang ada sebagai pelawat,lagipun masa tu dah petang dlm kul 4 lebih,...yang ada uncle yik dengan pekerja2 dia yang dok asing kan batang daun belalai gajah tu daripada batangnya.kat atas tu antara pokok yang ada disana.tengok rupa macam pokok cabai,..

 yang ni pulak tengok rupa macam buah pala pun ada,tapi takdak pulak label info tentang pokok ni...

 ni pulak pokok nilam sari atau pecah beling yang jugak sesuai utk pesakit kanser.

 ni pulak pokok menjalar macam pokok bunga kat umah kita tu....pendekkata banyak jenis pokokbunga yang kita tanam di sekeliling umah kita,cumakita ni tak tau khasiat setiap pokok tu....


 ni gaya aleesya,

 ni gambar yang dia snap sendiri ,konon2 amik gambaq gaya nak jadi polis katanya...

 ni pun gambar yang dia snap jugak,ni benih pokok belalai gajah yang disemai dalam polibeg.



 tula uncle yik yang cukup peramah,tatak sombong punya...masa tu dia tengah semai anak pokok gelenggang...
 antara pokok2 herba ..

 ni macam tempat pameran/display barang2 jualan uncle yik,teh ada,sabun ada,minyak sapu ada,daun belalai gajah yang fresh pun ada...


gaya alesya bila tak mau amik gambaq.

 lepas pada tu kami terus ke pekan seremban utk menikmati cendol sariff yang sangat lemak berkrim..

 kelihatan aleesya teruja dengan cendoi nya itu...

syruupppp ,...sungguh lazat .....len kali leh mai lagi.....

* utk keterangan lanjut khasiat daun belalai gajah boleh la ke sini ye...
http://pokokbelalaigajah.blogspot.com/

terimakasih pada uncle yik yang sangat peramah dan tidak lokek dengan ilmu dan penerangan yang diberikan..


Friday, January 11, 2013

cuba jugak...

dalam pada kebizian,keletihan,ketidak laratan aku harus juangkan semangat menjahit hingga ketitik noktah yang terakhir....lagi mampu aku jahit jugakla,...
dan aku dah berjaya jugak hempas pulas pulun jahitkan sarung bantal baby dan sarung tilam baby,dan kain utk bedung baby...

 jadila konsep warna warni cemni,biar nanti mata baby tu tertarik dengan aneka warna kat sarung tu haha...

              buleh la gagah gagah jahit sempoi ja takdak pesyen pesyen....simple cukup aaa...

 3 helai kain flannel yang akan dibuat kain bedung,walaupun pada pirasat aku corak nya tak menepati my citarasa tapi apa leh wat,dari tampin dapat la 1 helai yang merah tu walaupun macam tak kena ,terjah pulak ke nilai 3 ,nilai satu yang gah dengan kepopularitian kain2 takdak jugak kain flannnel tauu! tensennnn,,,last2 pi ke the mines kain kedai kain teewah tu,huhu jumpala yang bear kenit tu dengan yang petak....walau hajat hati nak ke kamdar,tapi eiiiii banyak songeh aku ni kan....takpe la naakkkk,....bulihla kot,nanti leh buat selimut gakkk....

 pasto sarung tilam nipis n sarung tilam 4inci yang ado kek kampungg...
n satu lagi tertangguh adalah nak jahit barut plak.....

 sedar tak sedar pisang kat kebun belakang umah pun (cehh kebun la sangat kan) dah berbuah ,dan yang dok adala ni pun ada5 pokok lagi tengah menunggu giliran berbuah utk membesar dan sedia utk dimakan....
rezeki....jadi hero gomeh pun potong la,dapat la banyak ni..alhamdullilah.

 dapatla sedekah kat jiran2 dan kengkawan terutama encik melor hero kepada et@kekodok bulat yang amat suka dnegan pisang comel ni....harap kamu suka encik melor haha....

dan inilah jantung pisang comei tu ,so leh bayangkan la saiz buah besaq mana,pasti comei jugak...tengok bandingkan dengan gelas pelestit tu,...kecik lagi jantung tu...so leh bayangkan la setandan buahnya pun comei2 ja...makngah ku kata tak yah rebus la,kompem pahit ,n wat abih gas ja...so wat hiasan ja la,kalo ada lembu ka,kambing ka macam kat kampung leh la sedekah kat depa kan,,ni ada chipmunk n burung ja ...adaka depa nak makan haaa....teringat waktu dulu masakat kampung,lembu ntah sapa2 punya yang suka tambat depan umah aku selalu macam menjerit2 mintak ayaq,sebab dahaga,..pastu kami letak sebaldi ayaq,nah shruuuut sat ja,clear dah ayaq dalam baldi tu,kesian lembu tu,apa la tuan lembu,tak bertanggung jawab..ehh apa cerita bab lembu plak ni,..haha tetiba nostalgia kat kampung menjelma....



Sunday, January 6, 2013

kepuasan..

hari pertama dalam seumur hidupku ,aku peroleh kebahagiaan dan kepuasan kerana walaupun cuma berpeluang untuk jadi surirumah hanya 3 hari,kerana aku berpeluang menjadi seorang ibu yang menghantar anak ke sekolah@tadika...
mungkin bagi sesetengah orang apalah nak dikecohkan sangat setakat menghantar anak sekolah,tapi bagi aku ,menghantar anak ke sekolah,pada hari pertama,lebih2 lagi berpeluang ,melihat sendiri anak menjejak kaki ke sekolah,bergaul dengan kawan2,mula belajar berdikari,itu adalah saat yang cukup berharga dan takkan berulang lagi dimasa depan,saat yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

aku cukup bahagia kerana dapat siapkan sendiri anakku, kejutkan dia, mandikan dia,siapkan dia,bersarapan bersama, berpimpin tangan bersama menghantar sendiri dia ke tadika...

 beruntung sungguh buat para ibu yang berpeluang setiap hari memberi sepenuh perhatian pada anak mereka...tak seperti aku.....


tiap hari aku tak pernah putus berdoa agar aku dikuatkan hati,sabar dalam menempuh cabaran dan dugaan . aku selalu berdoa apa yang ku hajati termakbul ....
semua hanya kerana ANAK...


 pada hari pertama agak risau jugak,rupanya anakku tidak meragam,alhamdullilah,cuma mungkin dia agak bosan kerana hari pertama masih belum kenal kawan2 dan cikgu .....


apapun ibu doakan anak ibu jadi anak yang solehah dan membesar dengan baik dan sempurna .walaupun ibu agak terkilan kerana tak mampu untuk memberikan yang terbaik buat anak ibu....tapi percayalah duhai anak ,ibu cuba untuk menyediakan yang terbaik.....
perasaan bersalah dan kasihan pada anak tak dielakkan lebih-lebih lagi bila aleesya dah mula masuk sekolah,dan ibu perlu menghantar aleesya ke rumah pengasuh diwaktu malam,bila mana sepatutnya seorang ibu itu harus bersama anaknya,....maafkan ibu sayang,kerana ibu harus bertugas ....
semoga ALLAH itu menguatkan hati dan tebalkan kesabaran dan beri ketabahan hati buat ibu,...buat kawan2 ibu yang harus bertugas seperti ibu tak kira siang ataupun malam.....


Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers