kawan2:

Friday, August 31, 2012

cerita raya kami,..

mula-mula sekali ucapan untuk semua,..selamat hari raya aidilfitri....
biarla orang nak cakap apakan,almaklumla dengan kesihatan semenjak2 menjak yang tak mengijinkan ni,alahai nak update blog pun malaih....!

yang pastinya raya ni aleesya mesti la happy,sebab raya sakan dia dari ramadhan sampai syawal dia di kampung nuu,...syokk aaa...

tengok tu,...mai mood nak bergambar la tu...

oww ni gambar kami sekeluarga,keluarga kecik (oh ya kelihatan si ibu yang semakin oversaiz haha)
selamat hari raya yeee kawan-kawan....

tema tahun ni itam putih n dot2...


ni tugu alamat ada kat depan umah kat kampung,ade ka patot aleesya cakap ni kubur,alahai anak oiii...

merajuk sebab tak dapat nak tarik bendera..haha..

posing kat banner raya upin ipin....


posing pulak kat banner merdeka kat umah ku di kampung...kalo zaman remaja dulu akula yang amik kontrak buat banner tiap2 tahun,alaa banner tulis sendiri je,tkla sehebat cemni,tapi sayang zaman tu manada kamera digital,kamera pun kokak2 ja,tak teringat la pulak nak amik gambaq wat kenangan...



kira raya kali ni happy la jugak walaupun raya hanya sat2 ja di kedah,pastu fly pulak ke n9 phehhh jauh tu,...nasib beik ada transpot kompeni jadi jimatla masa skit tapi penat gak la,..tapi nakwat cemana nak bagi adilkan...bagi sama merasa nikmatnya raya di kampung masing-masing...apapun janji bahagia...kan kan...selamat hari raya noo...


Friday, August 24, 2012

penawar...

hidup ada masanya taksemudah yang dijangka dan direncana...
adakala /kadangkala/sesekali/ seringkali / ..
yang pasti semua yang berlaku pasti ada sebab musabab dan hikmahnya,..
cuma sebagai manusia sering kali terlupa dan kerapkali menyesali...
namun harus kita berdoa agar segalanya dipermudahkan,jangan sesekali bersungut..
biarpun andai kata rezeki hari ini hanya sekeping roti, ucapkanlah syukur ALHAMDULLILAH.
bersyukurlah,..
bacalah sebanyak mana,pasti pahala yang berganda...
semoga ALLAH mendengar dan mempermudahkan segala urusan kita...
INSYAALLAH..

Friday, August 17, 2012

sederhana saja..

tiada yang luar biasa apabila beraya tanpa siapa-siapa,..
tiada yang istimewa hanya yang biasa-biasa..
tiada yang lebih bahagia hanya saat bersama keluarga.
tiada apa yang boleh dikata2 apa2 lagi...
raya hanya sederhana agar bahagia biarpun adakala berduka..
raya,raya,raya itulah kenyataan yang harus diterima..
walau diri menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja...
ucap selamat pada diri dan pada sesiapa....

adakah untuk tahun yang akan datang akan muncul episod baru yang lebih bersinar dan bermakna...?

selamat hari raya ...


kredit pic : google...tq

Wednesday, August 15, 2012

tak kisahla...

takkisahla kalo time la ni orang dah sibuk uplod mood raya,aku nak uplod gak kisah balik kampung aritu,yela dah nama pun blog ni kisah kenangan kita,..kan.....

kami selamat mendarat jam 1030 pagi di penang,...macambiasala odw nakbalik pasti ada persinggahan,yang pertama sekali aku pi amik obat kat klinik panel yang service macam sipot shedut,lambat gilakk.ke2,lokasi jeti ikan kat penaga,abah ajak kami pi situ utk beli ikan yang fresh ijao2 kata abah ,leh la kita bakar ikan petang satgi...memang betui ikan murah n ijao2 lagi,sedapnya...


sayangnya aku lupa nak snap gambaq ikan tu,..



ni menu kami petang berbuka tu,sardin gulung permintaan hero gomeh, tkkurang jugak permintaan along ku iaitu koayteow shop bilis yang kubuat masa kat umah aritu,patot nya orangyang tak bpa sihat ni yang request menu aikk suda terbalik suda....

puding karamel kuruih yang aku buat gara2 nak cepat n malas punya hal,telur bistik bajet yang ku buat,nasi lemak tajam along ku beli,kuih raya yang dia buat ,kuih muih tunjuk2,dan tembikai kuning hmm lazat...

ni pulak kaki anak aku,gambr ni dia yang snap sendri,biasa la dia pun nak amik bahagianjugak,jadi semua babak kat atas ni part kaki,ja,kaki cik pah,kaki baby bob n kaki dia....

ni masa dia dah terlena dah,sian dia bangun2 pagi kebetulan pulak dia bangun awal aritu ,maka gheyau la sebbab nak ikot kami ....hmm nasib baik la ada cekelat mentos penyelamat keadaan!hhuhu...tunggu ye nak,lagi 3,4 hari ibu balik la kot,insyaAllah...

gambaq mentos: kredit to google

Monday, August 13, 2012

kalo tengah mengemas,jomla sambil....

buleh punya kann...
sama2 berkongsi ....

Friday, August 10, 2012

gembira dan sedih...

harini,..ada banyak perasaan yang aku alami,banyak benda bila lagi pikiaq lagi kusut,tapi cemana pun aku kena hadapi jugakkan,... kisah manusia yang lupa daratan dan tak sedaq diri,dan manusia itu jugak yang telah spoilkan mood aku harini ,bila tak jumpa,tak teringat rasa macam lega walaupun hakikatnya grrrr,,,,...tapi bila dah terserempak mcm hampesss..!
opps apa aku cakap ni,bulan posa ni,sudah2...biaq la Allah yang membalasnya...
tinggalkan bab yang tak menguntungkan tu,..
esok aku nak balik kampung,pastinya saat yang aku tunggu2 bagi perantau macam aku, yala walaupun utara tu tak jauh tapi bila di usia tahap macam aku ni,bagi aku makinjauh dengan mak bapak itu adalah suatu perasaan yang tak dpt di kata,sukar nak luahkan,tambah pulak kalo tengok drama2 atau kisah2 pengajaran lagila emo...tapi apa nak buat itu adalah dugaan,aku pecaya bukan aku ja yang alami,pasti kat luaq sana ada yang alami,..jadi beruntungla mereka yang berdekatan dengan ibu ayah....walaupun aku akui aku bukan la anak manja...tapi kenangan katkampung terlalu banyak huhu.
atas sebab nak balik esok ,aku hanya sempat tidoq 3jam siang tadi,dan sampai saat ini,dan munkin sampai esok tengahari baru la dapat lelap sat dah la dengan selsema pening smua cukup..
sebelum balik dah order siap pulut udang yang lazat untuk berbuka esok,yela bukansenag orang macam aku ni nak rasa kuih yang sedap2 di klia ni,..ni la peluang,taklupa jugak order sengkuang calit yang tiba2 aku tringat nak makan....hmm lazat..
dalam pada tu sempat jugakla aku siapkan 2 kad raya yang wajib di poskan pada ibu mertuaku dan mamaku...kalini raya buat kad sendirik,,....

ni gambaq raya tahun 2010,masa ni aleesya pun kecik lagi dalam 2 tahun...opps maaf ya ibunya terlebih sengih waktu ni,...hehe

ni pulak hadiah khas utk aleesya dari pengasuhnya umi,abi ada kad ,kek lapis,batang buruk ,aneka kurma,..ow terima kasih nanti saya akan sampaikan pada aleesya ya umi....

mesti aleesya suka,...

ni la kad ucapan yang ku buat sendrik,...jadikla,..

pantun utk family di kampung ,..

ni pulak pantun utk omak mertuo den dan pemeli..,...

ni pulak plastik air utk aku letak pada pokok2 bunga ku yang idup sogan mati pun sogan tu,...
kesian la nanti sapa nak siramkan..jadi dengan adanya beg2 plastik air ni mudah-mudahan sihat walafiat walao tkdak orang yang siram...

nahletak ja kat situ,...
k jumpa lagi insyaAllah...

Sunday, August 5, 2012

sorang ja..

semalam aku buka posa sorang ja,...sebab hero gomeh kerja n aleesya masih kat kampong lagi,..memandangkan keinginan untuk nak makan koayteow sup buat menu ulangan pada hari ke2 adalah harus dilakukan. oleh sebab bahan2 yang simple dan mudah tapi bagi aku dah cukup membuka selera aku untuk bukak posa,...tambah pulaksup bilis ni manis n makan dengan kicap boh cabai melaka opps cili padi..oww so good!

sebab apa dipanggil koayteow sup pangkor adalah,...tringat aku zaman practikal kat teluk dalam resort dulu yang tiap2 pagi kalo kena tugas kat kitchen department ,aku kena siap kan bahan2 ni la ,kul 6pagi tu kena standby siap semua dah,sebab pagi2 lepas makan pelancong akan pi snorkeling pulak jadi harusla isi perut dulu...menu ni adalah wajib untuk pagi2 di beach hut restoren ,yang menjadi kegemaran pelancong dari taiwan yang tak leh nak brek2 makan,selagi ada makan depa kan makan,naik lenguh tangan topup makan...huhu.tapi semua tu kenangan woo ,bab kenangan kat teluk dalam resort tu nanti aku story naa...


ni pulak peneman menu ku,makaroni bakaq dari mastarchep atau duta jalan2 makan kat nilai iaitu et@kekodokbulat.... pandai hang masak !
et ni orangnya baiik,walaupun kalo tengok luaran dia sama macam aku jenis Garang@ chenge tu kata orang kedah la,tapi kami beikkk...kan kan et...

itula sedikit kisah berbuka macam aku ni,yang kadang2 rajin ,kadang2 terlebih rajin dan selalunya terlebihmalaih utk update blog...hehe

errr....adalah saya dapat pulang beraya tahun ni?? err....ntahla,..mudah-mudahan tapi kalo ikut giliran,giliran aku beraya nuuu tunggu 3,4 tahun lagi,..huhu...takpala aku raya kat klia dahla,...nama pun kejakannn..sabaq sabaq....

Saturday, August 4, 2012

6 sebab beruntungnya wanita dikurniakan rahim

1.) WANITA... Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


sumber: google ...samalah kita berkongsi ilmu... untungnya menjadi wanita...
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers