kawan2:

Friday, December 30, 2011

selangkah ke tahun 2012,..

selamat datang 2012
selamat tinggal 2011

selamat datang tahun baru 2012,.
tinggallah tahun 2011 ...
tahun 2011 , tahun yang sarat dengan suka dan duka,..
biarpun ada impian dan harapan yang masih tak tercapai..
namun kesyukuran harus ada kerana kita ini manusia.
semoga kedatangan tahun baru ini membawa perubahan dan kemajuan dalam hidup kita. dimurahkan rezeki,dipelihara dalam kebaikan.
amin ,kesyukuran dipanjatkan kepadaMU TUHAN ,kerana aku masih berpeluang melangkah ke tahun 2012,..Ya Allah peliharalah keluarga ku,ayah ibuku dan saudara-saudaraku dalam kebaikan dan kesejateraan didalam menempuh kehidupan mendatang dan negaraku terus aman makmur.
selamat tahun baru 2012
dari kami
aduhaianak.blogspot


Thursday, December 29, 2011

pi try..

tghari tadi momy@adikku ajak kami smua lunch di kedai nasik ayam yang boleh dikatakan fofuler di kawasan klia/nilai ni,..maka dengan ajakkan dan kesungguhan pihak penaja yang beria ajak pi kami pun pi la,..

len chii kang n nasi ayam..

dinasihatkan sesiapa yang nak pi cuba2 menu kat sini,digalakkan pergi dalam pukul 12,kalo lewat pastinya agak sesak kerana tempat ni selalu jadi pilihan orang opis makan lunch.kedai ni menyediakan hidangan set,harga pun berpatutan..masa aku sampai meja yang kami pilih di sebelah kaunter donut,yola kami ni dah 5 orang,meja kat situ ja yang panjang skit n sesuai dengan kanak2..masa tu meja belum lap lagi,adala skit tumpah kat meja tu,..masa sampai tu ada la yang dtg amik order,..(hmm ,pantas2 tak perlu customer tunggu lama) disebabkan menu yang hits adalah nasi ayam ,aku pun terpengaruhla,lagipun aku tgh laparkan,diet kelaut la haha! cuma mejanya la,smpai kali ke3 aku panggil,adik sayang tolong lap meja ya...lepas nasik ayam sampai baru ada sorang abang datang lap,..

ini len chii kang nye,ok.sebab meriah
tak macam yang aku makan kat melaka aritu,mcm hampess sebab seolah2 tangkapmuat je...

aleesya lebih tertarik dengan objek2 yang timbul di mangkuk tu

ini donut yang mendapat sambutan dari permerhatianku...yela kejap2 orang datang bungkus,takputusla orang beli donut ni...maka kami pun terpengaruh skali.bila balik makan di umah hingga aleesya pun mengatakan ianya" shedappp ibu,nanti ibu beli lagi eee...."

inila pulak budak yang sangat aktif,sudu dibuat straw,straw dilukis2nya atas meja,..sabaqje la,standardla budakkan...

ini pula air asi kosong yang di order momy,err ada sesapa nampak apa yang saya nampak? aku taktau la mungkin mata aku yang silap tgk atau memang semuanya kebetulan,tapi memang aku agak kurang selesa dengan bahagian bawah gelas ini,aku paling ke arah meja dibelakang ku ,mana tau kot2 gelas ku je yang macamni,rupanya adalagi gelas yang rupa sebegini,isyhh,macamana depa cuci gelas haa?,memang la kerak@daki tu dibahagian bawah n luar gelas tapi eii cemana haaaaa......basuh celup2 ja ka? adikku pernah terkena masa diorang datang haritu,,dia order air jus pastu sudunye berminyak n dibelakang batang sudu ada sisa masak lomak adooiyaii.bukansekali tapi 3kali..bayangkan,memangla leh komplen tapi kalo dah sampai 3kali mesti aa muka pelayan tu pun masam.so air yang kali ke3 tu adikku tak minum pun sebab khuatir hanya dituang ke dalam gelas baru dengan sudu je ditukar..
overall dari segi persembahan cara hindang makanan tu ok,cuma dari segi alatan tu yang perlu lebih perhatian,cubala korek2 n tonyoh2 skit bawah gelas tu,bukan susah n lama pun..bab lap meja tu masih boleh dianggap mereka kurang tenaga kerja,cuma ,mungkin nasib kami yang tak baik dapat gelas cmtu.huhu...bab lokasi ok,memang ok sebab tepi jalan,mengadap padang golf lagik..semoga pihak kedai dapat beri perhatian,apa yang aku luahkan ni bukan nak kondem atau jatuhkan imej,tapi sekadar pelanggan yang prihatin,kalo kedai,alatan ok kedai anda jugak yang majukan.!! dan anda juga yang untung,pelanggan seperti kami pun pastinya puas ati n akan rekomenkan kengkawan yanglain ...

ni entry antara pelanggan yang pergi,..makanan memang ok




terima kasih pada pihak penaja

Tuesday, December 27, 2011

sesekali nak try jugak~!


sesekali nak try jugak up traffic kan,rupanya selain dari kunjungan kengkawan secara normal ,ada lagi formula yang berkesan,...so aku punterasa nakjoint jugak walaupunblog ku ini hanya suam2 kuku eheheheee...seronok gak sesekali joint benda2 macamni,tak rugi,dapat jugak tambah kenalan kan kan kan....okla syarat nya mudah sajoo, yela kalo nak lakukan perubahan kena la usaha sikit kan ...betoi dak..?

syarat2nyaaaa adalah...jeng jeng jeng....

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog cik Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. kena la Buat entri pasal segmen ni kat blog kita yee...
3. Of course mesti ada blog sendiri,mesti aaa.....
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist kita
5. Lepas letak link, sila komen kat entrinye beserta Nama Blog and Link Blog kita
6. Nanti cik Kiz akan mai terjah blog kita and kalau link cik Kiz ada baru Kiz
akan letak link kita kat blog Kiz Garden ok.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog kita pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist kita
4. Mesti ada Blog sendiri.itu sudah wajib!
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog kita kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012
so pakat2 pi ke sini nooo

Friday, December 23, 2011

jalan2melaka..

ini kisah kami jalan2 ke MElaka..
satu perjalanan yang tk dirancang,terjadi saat2 akhir....

tengok tu muka aleesya mencebik...gara2 takmo naik beca...
ibu pulak dok kat beca sampai sakit buntot,gara2 ibu yang sesaiz dengan beca...muahahaaa....kesian abang beca yang bawak kami..total 200kg! bayangkan...

ini menara taming sari,kira macam naik lift yang ada bangku,pastu putar2 macam restoren putar kat menara kl tu...tiket masuk rm10 dewasa dan kanak2 rm7..bulehla...
ni pemandangan dari atas,masa naik n turun adala penerangan yang diberitahu macam dalam safety annoucement dlm kapal terbang tu,tapi bising akibat keterujaaan pelawat yang naik jadi memang sayup2 je la dengarnya...masa sebelum naik tu nanti adala staff dia akan amik gambar kita satu family,...kononnya nak abadikan kenangankita di menara taming sari,..tapi gambar nye tak cun sgt dengan latar blakang dinding gambar pemandangan,nak tau bpa henggit...lebih kurang rm40 ke rm45 cemtu la,tapi aku tak amik,,..almaklumla save bajet hahaha bukan kedekut tauu! cuma aleesya la yang tak tahan semua tempat dia nak shopping ,errr...ingat mak dia kilang duit kot..sabaqje la aduhaianak..

ni pulak taman mini malaysia yang dalam kerja2 naik taraf so memang tak dapat masukla...jimat masa n kalori ahakkks..

ni masa dalam zoo melaka,tu aleesya suka sangat bila burung merak tu terbang dekat nngan dia...tapi sombong skit sebab tunggu punya tunggu tak kembang pun kepaknye tu..malu agaknya kot.err betul ke kepak,yela kot..hihi
ni pulak sewaktu lalu kat segerombolan seladang ke apantah,aleesya masih di strollernya yang hampir2 dah membengkok gara2 lebih muatan...baby tua la katakan..sebab bawak stroller ni dia malas nak jalan2,mau patah pinggang ibu yang tak berapa ramping ni nanti hehe...
gajah...gajahhh...
overall,boleh aja la,kalo bintang tu taraf 3setengah je kot,sebab kebersihan tu la terserlah sangat.tandas pun tak best, kemudahan pejalan kaki pun adayang dah penuh dengan tanah...daun2 berguguran,tapi okla,tiket masuk lebih murah dari zoo negara,...munkin sebab tu macam kureng terjaga kot...lepas 3 hari aku pergi sini,ada pulak kes siamang yang menyerang budak tu..eiii ngeri tull cemana leh terlepas...alhamdullilah tak dak apa2 yang berlaku waktu ke sana...
ini adalah keadaan perigi hang tuah yang dikhabarkan tak pernah kering airnya...dikatakan wujud buaya putih di perigi ini,tapi masa ku pergi tak de la,kalo ada pun mesti nyorok sebab ramai pelawat yang datang...buat masa sekarang ni kawasan ni sedang dinaik taraf..munkin lepas ni nak datang melawat kena bayar le kot...

ni pula pasangan anak dan ayah yang rajin berjalan,dan si anak yang tak lekang dengan belon nye yang dibeli di zoo,meninggalkan si ibu yang penat berjalan,lagipun si ibu dah pernah mai sini,kecuali si ayah dan anak yang belum pernah melawat tempat2 kat sini..

gelagat si anak yang heppi sesangat...

si ayah dan anaknyeee....

ni pulak lorong yangjual2 dekat bangunan stadhuys ,kira kalo nek beca pastu abang beca akan tinggalkan kita kat sini sekejap n kita buleh jalan2..ni dekat bangunan merah tu la....pastu naik lagi beca kayuh eahh eyahhh maklumla muatanberat haha.! kayuhla sampai ke depan kota a famosa tu balik...oh ye sebelah bangunan memorial tu ada tandas awam,dan bagi aku ,dalam banyak2 tandas awam yang bersih (cantik tak semestinya bersih) tandas awam di sini la yang bersih,hanya mengenakan 30 pocen! walaupun bukan paling bersih tapi selesa,kering je lantai,berbanding tandas kat tandas awam dekat river cruises,kat mahkota parade,... harap cun je..
ni pulak masjid selat melaka yang berada tepi pantai,bila air pasang masjid ni akan nampak mcam terapung,dan bila malam sangat sangat cantek ...sempatla solat zohor,..dan ada jugak pelawat luar negara yang melawat,disediakan jubah khas untuk mereka yang tidak menutup aurat,..
ni budak yang masih malas nak jalan..

oh lupa nak tepek tadi,ni gambar dari atas menara taming sari...yang bumbung putih belah kanan tu tandas awam yang skali dengan kanuter tiket kot kalu tak salah..,mm tak best lansung,satu je leh guna toiletnye,nama pun tandas awam,sayang bangunan cun tapi toilet satuje tu pun jenuh beratur,yangnampak kecik2 empat segi kat sungai tu bumbung river cruise ,kami tak naik pun sebb masa kami pegi situ dah gelap,lagipun reramai sangat .....nantila bila2 datang menginap sekali panjang skit masa...

ni pulak dalam muzium kapal,tapi macambiasa bila bab muzium aku tak leh jalan sakan sebab aleesya tak suka dengan patong-patong ni n akan nangis,ntah apa2 la..
rugi bayar tiket....oh ya tu patong hang Tuah...sayang knapa la tak hensem,patotnya buatla bagi sasa n hensem skit kan.kan kan.!
ni waktu malam,kami pergi punmasa malam,jadi mungkin aleesya rasa macam takot le kot,..tapi kalopi siang pun takot gak..hmm ..yangbest bila dok dalam muzium ni aleesya tanya aku,ibu,knapa kapal ni tak jalan lagi,(tak gerak lagila maksudnya)adooi,apa nak nak jawab,err,kapal ni tak dak minyak,minyak habis....haha buleh ke jawab cemtu...nak terangkan pun payah nak paham budak kecik ni...adooiii..oh ya kalo masuk muzium kqpal ni kita leh melawat 2 muzium lagi di sebelahnye..tapi kami tak pi pun...penat nak jalan...

dan selepas lawatan muzium ni kami pun pulang la ke rumah kami ,dalam masa 2jam kami pun selamat sampai di restoren sunita,..makan2...sanggup tu dari melaka tahan lapar makan di sepang,sebab aku tak kompiden ada kedai yang masak sedap macam sunita....yang pasti sedap,harga patot n siap bagi diskon lagi!.....
sekian saja trip 9.30 pagi to 9.30 malam.....sehari di melake...

Saturday, December 10, 2011

segmen jimat tapi bukan kedekut...

dalam musim cuti skolah ni selalu para suri rumah akan sering pi makan kenduri,..
maka adakalanya terlepas pandang yang kasot/sandal yang dipakai rupanya hampir reput,disebabkan banyak kasut maka adakala nya kasut yang jarang2 dipakai reput puntksedar,..
so ,utk menjimatkan duit poket semata2 nak beli kasot nak pi kedai atau yang sesuai dengannya ,buat macam ni ye....


dapatkan hiasan seperti bunga2plastik,buanga reben atau kain felt yang dipotong seperti kelopak bunga seperti diatas dan tempek la dibahagian kasot yang reput/merekah tu ye menggunakan gam uhu atau gam tembak...haaa kan ke jimat....

so ada berani buat,mesti berani punya,sonang jo kan...
sekian,slamat jumpa lagi...

aaaaaaaaaaaa

tolonggggg

Thursday, December 8, 2011

senyum..

senyum itu awet muda,
senyum itu kemesraan,
senyum itu pengikat sahabat,
senyum itu penambah kasih,
senyum itu pelaris jualan,
senyum itu pengiktirafan,
senyum juga pemanis wajah,
senyum menambahkan kecantikan
dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.



semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers