kawan2:

Saturday, July 30, 2011

salam ramadhan ...



salam ramadhan di tahun ini...


semoga kitakan beroleh berkat dan rahmat..



Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka
Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.




ayuh berlumba kita mengumpul pahala,....






Thursday, July 21, 2011

iklan jap yee




tumpang iklan jap utk kawan2...
bilik utk disewakan,kemasukkan utk bulan ogos 2011.
- sedia utk diduduki bila2 masa,.
- kawan serumah yang beragama islam
- utk keterangan lanjut sila hubungi talian tertera:
- bilik di apartment VISTA IMPIANA bukit serdang selangor.
- kemudahan: kolam renang,sauna,gym, gelanggang tenis& badminton
-security,padang permainan,dobi,cybercafe.
-muslim,LELAKI sahaja.
-B.jalil 10 minit,klia 45mnit,puchong 15mnit,kl 20mnit.
-sewa termasuk api+air rm250 (deposit 1+1)
sila hubungi NICK 011-19700032


- bilik di TAMAN MANTAU INDAH 2,mantau seremban.
- sesuai utk muslimah yang bekerja di area seremban 2,seremban.
- 7mnit ke JAYA JUSCO SEREMBAN 2,3mnit ke BANDAR SERI SENDAYAN,
5mnit ke LBJ,25mnit ke kLIA,25mnit KE NILAI.8MNIT KE SEREMBAN.
- 5MNIT ke PERSIMPANGAN TOL SEREMBAN.5mnit ke Hospital KPJ SEREMBAN
.
- Sila hubungi ERIN utk keterangan lanjut: 019-3958700

Friday, July 15, 2011

berehat,...

berehat seketika .....
seketika di kampung halaman..
melihat bendang,bermain air terjun di Tupah...
seketika menghirup udara segar ....
oh indah hidup di desa nan tercinta.....

Wednesday, July 13, 2011

Tiada Lagi Aku - Yantzen & Rahim Maarof



lagu utk orang yang nak balik kampung ....

Tuesday, July 12, 2011

? dah tersurat...



kelmarin,aku baru mengenali dirimu,

tiap hari ,tiap waktu kita bersama susah senang,tawa duka,.

sewaktu ada gembira,kau yang pertama mengetahui segala,..

tatkala berduka aku yang pertama disisi mu,...

tapi kini sengketa,kesombongan,keegoan,kebongkakkan menjadi sifatmu...

itulah engkau manusia yang ku kenali kini,...lenyap sudah segalanya

terima kasih TUHAN kerana menunjukkan siapa kau yang sebenar...

sememangnya persahabatan kita sudah nokhtah .

dan buat sahabat lain yang masih meneruskan watak pLASTIK di depanku,silakan..

silakan dengan lakonanmu,

silakan dengan kepuraanmu,

silakan dengan kehebatanmu,..



aku sedar,siapalah aku,..

aku tak punya wang ringgit,rupa paras,kehebatan

dan punya kebohongan yang hebat sepertimu..

biarlah aku menyendiri ,membawa diri sendiri.

aku tetap aku,..



Saturday, July 9, 2011

TMP BUKIT KEPONG TRIBUTE 2




aku takpandai berkata-kata....
tapi babak ini penah ku lakonkan sewaktu di kolej dulu yang telah mengalirkan air mata pensyarahku....

JANGAN jadiPEnderhaka Negara!

kini kita cuma tinggalkuasa
yang akan menentukan bangsa
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
pulih kembali Harga DIRI!!!

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara


ADAKAH KITA KAN GAGAH DINUSANTARA seperti suatu ketikadulu menentang penjajah?
adakah setakat gagaha/gah/gah le sangat di jalanan?
adakah itu warisan yang ingin kita tinggalkan utk anak2 bangsa kita di masa depan kelak?
jangan lah jadi buta sejarah,...
jangan lah menjadi penderhaka hanya kerana ingin memperjuangkan kepentingan peribadi seseorang.
BAYANGKAN LAH disuatu masa nanti,
dimanakah nilai anak bangsa melayu kita,?
dimanakah melayu ......
jangan hanya yang tinggal kuyu,layu .....kayu...
janganlah kerana kerakusan hati ,kita sanggup berpecah belah,
yang rugi kita,tepuktangan lah mereka disana melihat kita
yang semakin jatuh dan mundur....
kalao cina dengan negara china nya,india dengan negara indianya
dan melayu dimanakah negaranya kalao bukan di bumi tercinta MALAYSIA...
berduyun-duyun diluar sana ingin memasuki negara menjadi rakyat MALAYSIA
hingga ada yang terkorban nyawa lemas dilautan,dihimpit manusia sesama manusia
untuk menjejak,berlindung di negara kita,
tapi kita...kita yang buta sejarah tidak pernah lansung rasa bersyukur
berada disini.....
semoga ALLAH membuka mata hati mereka......



Thursday, July 7, 2011

semoga kau tabah sahabatku...


entry Iniku tujukan khas buat sAHABATku.....
apa yang kau cuba sampai kan ,akanku cuba fahamkan....
hidup ni tk selalunya indah dan hidup ni tk selalunya payah.....
aku hadiahkan kata-kata semangat ini buat mereka yang bergelar SAHABATKU....


Mutiara kata atau kata-kata hikmat penting untuk kita semua. Kata-kata ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, atau dalam pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata-kata ini sebagai kata-kata semangat untuk kehidupan harian agar dapat menghibur serta memotivasikan diri sendiri.

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. – Saidina Ali Abi Talib

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.


KREDIT TO: MUTIARA RASA DARI http://inderaputera7052.wordpress.com/page/2/


Saturday, July 2, 2011

sesungguhnya ujian mereka lebih hebat....


pasangan yang sedang diuji,beratnya dugaan mereka....



baby rafiq di samping ibunya norma..(sebelum pembedahan)
hulurkan tangan ringankan beban


Tersentuh,sedih,sebak bila membaca kisah pasangan Talib dan Norma,dan babynyaRafiq....

sesiapa saja yang melihat dan membaca kisah ini pastinya mampu menitiskan airmata...

terima kasih pada tenit-tenit comel kerana sudi berkongsi kisah,dan kerana itu aku jua ingin bersama-sama berkongsi dengan rakan2ku...

Norma,sebaik melahirkan anak sulung baby Rafiq,dia disahkan menghidap kanser otak,ujian dari NYA amat berat untuk ditanggung,tapi itula dugaan,dugaan itu jua menguji kasihnya seorang suami kepada seorang isteri,isterinya norma kini terlantar sakit ........

terima kasih pada moon (kakak ipar norma) yang sudi berkongsi kisah norma,dan sentiasa memberitahu keadaan norma buat rakan2 bloggers,...

untuk mengetahui kisah lebih lanjut tentang norma,talib dan baby rafiq sila klik disini moon

kepada sesiapa yang ingin meringankan beban Talib boleh menderma melalui

cimb

01070068677528


Noormawati Mohd Rasif



sangat2 tersentuh hati melihat ketabahan Talib dalam mengharungi hidup bersama Norma dan baby rafiq,semoga mereka terus tabah dalam menghadapi ujian dari ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.....

Semoga mereka akan dilindungi Allah dan diberi kekuatan menghadapi ujian ini...

Friday, July 1, 2011

selesai sudah....

todia,.......boleyla....

3 orang bloggers......

aku dan antara produk ku

inila cupkek ku....



sempat lagi posing,sanggup tinggal gerai haha

ni geng aku masa LSG dolu2,



Selesai sudah jualan tempoh,.
keletihan yang amat sangat,di sulami keletihan akibat penjamuan makanan yang mewah oleh pihak penganjur iaitu LSG SKYCHEF BRAHIMS yang sangat2 mengenyangkan perut kami berdua hingga di tapao balik hehe....
terima kasih, terima kasih atas layanan dan penyediaan ruang buat kami peniaga kecil2lan,...
terima kasih juga buat kawan2 yang memberi sokongan antaranya ana gb,kawan2 LSG aKMAZ TQ BYK2,INA- CEMMOMILE CRAFT terima kasih buat bisnes partner chekjuaino yang sering bergado utk demi menghasilkan keputusan yang terbeik dan tk lupa sahabat blogger yang sentiasa bertukar idea dan memberi tips dan yang penting membagi TApAk NIagaaanya padakami melor@kekodokbulat trimas trimas....................
DAN buat inche suami YANG membantu mengangkot dan keizinan utk ku hehe.....

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers