kawan2:

Monday, August 30, 2010

salam kemerdekaan...




31hb ogos ni kita akan menyambut kemerdekaan yang ke53, Alhamdullilah kita masih lagi mampu bernafas dengan aman,tidak seperti negara-negara saudara kita yang sedang bergelut,berjuang utk hidup...
YA ALLAH YA TUHAN KU,Kau lindungilah bumi Malaysia ku ini dari segala musibah dan peliharala negaraku ini dengan aman sentosa..syukur padaMu ALLAH atas kemerdekaan dan kebebasan yang tak ternilai ini...
merdeka ! merdeka! merdeka !

Saturday, August 21, 2010

sekadar berkongsi petua/ilmu...ikhtiar utk yg sukar hamil


petua ini saya pinjam dari redcomel iaitu sahabat craft bloggerku.semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaat ..kepada kawan2 yang ingin berkenalan dengan redcomel bolehla ke sini redcomel
petua ni untuk mereka yang ada masalah kesuburan, boleh berikhtiar melalui cara pemakanan. Ini adalah petua turun temurun orang melayu ye.


1. Memakan taugeh mentah selama 6 bulan setiap hari. ~ berapa banyak tak pulak buku ni cakap, tapi tiap hari, make sure basuh dulu tau. Jangan balik-balik pasar buka plastik terus ngap aje. :)


2. Makan ulam pegaga.~ ulam pegaga mmg bagus. Masa saya praktikal dulu saya penah cuba hasilkan minuman pegaga dengan nenas,dalam usaha menghasilkan minumam berkhasiat, tapi serius tak sedap dan lagi rela saya makan ulam pegaga begitu sahaja. Terus terminate eksperimen tu. Sigh..


3. Ambil kunyit bara besar ibu jari, daun asam jawa2 genggam dan sikit garam. Tumbuk dan perah.Minum sebelum sarapan dan makan malam. Amalkan dua minggu.~ Sanggup minum tak? :-) Mesti minum,tutup hidung peh tu telan je. Jangan takut.( Ni kalau masuk fear factor sure menang punya. )


4. Jika alami senggugut yang teruk, ambil secekak akar kayu senggugut rebus 2-3 jam, tapis dan ambil airnya, minum segelas sekali, 3 kali sehari. Amalkan selama 6 bulan.~ Mesti susah nak cari akar kayu macam ni zaman sekarang, tapi setahu saya di Johor ada Taman Herba yang mengumpulkan beribu-ribu species tumbuhan herba. Mungkin boleh cuba cari di situ.A


5.Ambil ranting daun dedap , buang bintik2 putih padanya. ambil bawang merah, bakar tapi jangan sampai hangus ye ..Pas tu rebus keedua-kedua bahan tadi ni. Minum air dan hampasnya diletakkan di tempat peranakkan dan lub**g punggung. Ulang 3 kali sehari.





Harap info ni dapat membantu pada yang perlu. Insya Allah moga hidup akan bertambah ceria dan indah dengan kehadiran zuriat yang dinanti!

Thursday, August 19, 2010

rindunyeee...


ibu rindunyeee kat aleesya...agaknya anak ibu dok watpa tu.? teringat sunggohla kat aleesya tao! harini umi long belikan baju tidoq princes ,aleesya terus pakai tanpa banyak soal,sampai tak mau tanggalkan pulak. kelmarin tok abah bawak aleesya pi taman burung.sakan sunggohla nak ibu ni. kami semua rindu kan aleesya...harap2 impian ibu selama ni kaan termakbul. semoga kita dapat menyambut syawal bersama buat kali yang pertama. tapi andai kata tak seperti yang dirancang,ibu pasrah huhuhu cuba di lain masa.... ;-) rindula kat aleesya,..

Friday, August 13, 2010

ramadhan




RAMADHAN yang dinanti datang lagi,...alhamdullilah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati ramadhan pada kali ini...beberapa hari sebelum kedatangan ramadhan aku agak sibuk dengan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh kompeniku..tapi penyertaan kalini tidak sia-sia,alhamdulilah emas milik kami..
esok kami akan pulang untuk berpuasa di kampung nun di utara....dan pastinya kehadiarn aleesya dinantikan oleh tok mama,abah,ateh,awah dan sedara2...semua rindu pada aleesya...jumpa esok ya!...

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers