kawan2:

Sunday, May 30, 2010

kembali..











kini aku kembali seperti sediakala,setelah selesai tugasan tempahan craft dan kerja2 penambah baikkan utk dunia kraft aku,kini aku kembali dan semakin yakin dlm menongkah kehidupan. dlm duniani kita tak mungkin dpt semua apa yang k ita hendakkan,sebagaimana mama selalu ingatkan kami,"kita kena selalu bersyukur,jika kita rasa hidup kita susah,pandangla ke bawah,lihat mereka yang lebih susah dari kita,." sebut tentang kesusahan dlm erti kehidupan serba kekurangan,teringat aku peristiwa di Kemunting perak suatu ketika dulu semasa aku di dlm kereta menati mamaku di tepi jln berdekatan warung sate,ada sepasang pasangan suami isteri berjalan berpimpin tangan dengan anak kecil mereka usia lebih kurang anakku aleesya.




bila melalui warung sate si anak menarik2 tangan si bapa kerana munkin menginginkan sate yang sedang dibakar. si ayah memandang si ibu lalu si ibu memandang kembali pada si ayah seolah memberitahu sesuatu,si ayah memandang pada anak sambil menerang bahawa mereka tak punya wang utk membeli sate tersebut,lalu si anak kecil merintih menggoyang2kan tangan si ayah lagi..lalu tanpa segan silu si ayah membeli secucuk sate pada anaknya demi tidak menghampakan si anak kecilnya. si anak ketawa riang.lalu mereka berlalu .




aku yang memandang keadaan itu berasa amat terharu dan sedar bahawa kita harus sentiasa bersyukur,tak semestinya hidup kaya rasa bahagia dan tak semestinya hidup susah tak bahagia.pastinya mereka bahagia dengan cara sendiri bukan?...




dalam perjalanan hidup ni,penuh dgn warna warni indah kehidupan. dan hidupku kini ceria disamping anakku aleesya...lihat saja aksinya ketika di kebun sayur sewaktu kami singgah di kampung matahari jatuh,teluk kumbar penang melawat kawan mama,.

Monday, May 10, 2010

aduhai aleesya..


aduHAI anakku aleesya..ibu tk dapat nak raikan hari ibu dengan anak ibu,walaupun begitu aleesya dh cuba ucapkan selamat hari ibu pada ibu,..ibu dh cukup hargai walaupun hanya melalui telefon. apa agaknya anak ibu buat disana?..ibu harap aleesya sihat,jgn nakal2 tau.ibu doakan aleesya happy2 kat sana,dilindungi Allah selalu dengan tokmama,tok abah dan ateh,mngah yg rajin melayan anak ibu ni. doakan ibu sentiasa sihat dan murah rezeki selalu.harap2 rezeki yang ada berpanjangan dan berkekalan sampai bila2.ibu tkdapat bayang kalau semuanya ini akan hilang sekelip mata,tapi andai itu dugaan dari Allah seperti yang telah tersurat di urat telapak tangan kita sejak kita dilahirkan,ibu kena redha. biarlah semuanya berlaku dalam kebaikan ,mintadijauhkan keburukan atau musibah. sesekali kita kena beringat dan takselalunya kita akan sentiasa berada diatas dan tak selalunya langit tu mendung buat kitakan...hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...WAALLAHHUAALAM

semoga dipanjang usia kita bersama....

Daisypath Anniversary tickers